Terlupa tanggalkan contact lens selama 5 bulan, wanita buta sebelah mata


CHINA - Seorang wanita dari Wuhan mengalami kerosakan mata kekal selepas dia tidur dengan kanta lekap (contact lens) tanpa menanggalkannya lebih dari lima bulan, lapor Sinchew. 

Mangsa berusia 21 tahun bernama Chen, pada awalnya berjumpa dengan pakar untuk mendapatkan kanta lekap pada bulan Mac. 

Selepas sebulan kemudian, Chen semakin malas menanggalkannya setiap malam, lalu mengambil keputusan untuk membiarkan saja kanta lekap itu di matanya dan terus tidur. 

Selepas lima bulan kemudian, apabila Chen bangun dari tidurnya di waktu pagi menyedari mata sebelah kanannya tidak dapat melihat apa-apa. Panik dengan keadaan itu, Chen segera pergi ke hospital untuk mendapatkan bantuan. 


Ketika menjalani pemeriksaan, doktor mendapati ada lapisan nipis di permukaan bebola mata Chen. Lapisan itu kemudian dikenal pasti dan ia adalahkanta lekap milik Chen. 

Lebih teruk lagi, kanta lekap itu telah bercantum dengan matanya, menyebabkan kornea matanya merah dan bengkak. 

Selain itu, doktor juga mendapati ada lubang yang saiznya sebesar kacang hijau pada mata Chen. Apabila ditanya apakah dia ada memakai kanta lekap sebelum ini, Chen berkata, 

"Mustahil! Saya tak ada pakai apa-apa kanta lekap baru-baru ini!" 

Bagaimanapun, setelah menjalani pembedahan kecil, doktor berjaya mengeluarkan dua kanta lekap dari matanya, membuatkan Chen tidak terkata apa-apa. 


Selepas diimbas kembali, barulah Chen teringat bahawa lima bulan lalu dia ada memakai kanta lekap yang kemudian dibiarkan di dalam matanya sejak itu. 

Akibat dengan kecuaiannya itu, mata kanan Chen disahkan buta kekal berikutan terdapat lubang kecil di kornea matanya itu. Doktor memaklumkan, hanya ada satu cara sahaja untuk memulihkan semula pengelihatan mata kanannya itu dengan menjalani transplant kornea. 

Chen bernasib baik kerana mata kirinya masih selamat namun perlu dirawat selama dua minggu bagi mengelakkan matanya buta. Doktor turut menasihatkan Chen untuk tidak memakai sebarang kanta lekap lebih dari enam jam sehari dan ia perlu ditanggalkan sebelum tidur. 

'Kenapa akak malu? Saya malu atas pelamin! 7 pasangan kena tipu akak!' - Pengantin berang majlis perkahwinan terjejas dan rugi lebih dari RM16,000


JOHOR BAHRU - Viral di media sosial video seorang wanita yang juga merupakan wedding planner 'diserang' beberapa individu yang mendakwa mereka telah ditipu oleh wanita berkenaan sehingga mengalami kerugian ribuan ringgit. 

Difahamkan, kes ini mula tercetus apabila pihak Zurin Jundi Wedding Planner tidak melaksanakan amanah yang diberikan oleh pelanggannya, Zainul,  pada Ahad, 27 Ogos 2017. 

Kakak ipar mangsa, Rose Eusoff, memuat naik video pertama di hari kejadian yang memaklum bahawa pihak katering tidak kunjung tiba, menyebabkan mereka terpaksa menjamu tetamu yang datang dengan sejenis hidangan sahaja. 

"Hi, I nak bagitahu I dekat kenduri adik ipar ni, kat Johor. Okay, sampai sekarang tak ada lagi katering yang sampai. Kami sedih sangat, sebab apa? Tetamu kita jamu makan, kita sempat masak sejenis (hidangan) je. 

"Nampak tak? Pengantin dah berarak dah. Tapi makanan tak ada sampai sekarang dari Zurin Jundi wedding Planner," katanya. 


Menurut Rose, dia bukan nak menjatuhkan perniagaan sesiapa tetapi kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak berkenaan yang menyebabkan majlis adiknya tidak sempurna. 

"Tiada siapa nak menjatuhkan sesiapa. Tetapi kalau majlis adik kami, makanan tak sampai tu. Apa cerita sampai orang tua pengantin yang jatuh terduduk?

"Bukan niat suka-suka nak memburukkan orang. Tetapi kami tak mahu orang lain menjadi mangsa seperti kami. Trauma seumur hidup. 

Sementara itu, kakak kepada Zainul , Zainatulazlina Zailan, juga mengesahkan dakwaan itu, 

"Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya hati. Majlis yang sepatutnya meriah, hakikatnya malu yang kami sekeluarga dapat. 

"Report polis telah dibuat, berani buat berani tanggung. Catering tidak datang seperti yang dijanjikan. Pelamin jam 6 pagi sebelum majlis, baru pasang. Khemah dekat tengah malam baru sampai. 

"Call tak berjawab, masuk voicemail. Dah habis majlis, tahu pula reply dan tak mahu pula bertanggungjawab. Konon-konon dia yang teraniaya," katanya.








Laporan polis yang dibuat Zainul pada 27 Ogos menyatakan, dia telah berurusan dengan Zurin untuk majlis perkahwinannya sejak 3 Julai 2017 untuk urusan pakej jemputan 1,000 pax bersama hidangan pengantin, dua unit meja VIP, 6 unit khemah full set, hiasan meja makan berabad 8 pax, pelamin 20 x 10, walkway red carpet bersama pintu gerbang, sepasung baju butik bersama aksesori, 1 kali make up pengantin, photographer 1 hari majlis (sticky album bersanding dan outdoor) dan P.A system dengan harga RM10,700.00. 



"Saya telah membuat bayaran booking sebanyak RM4,000 dengan dua kali pembayaran. Bayaran pertama sebanyak RM1,000 dan kali kedua sebanyak RM3,000 secara online. 

"6 Julai, Puan Zurin memaklumkan sekiranya saya membayar jumlah penuh pakej tersebut, saya akan mendapat kambing bakar. Jadi saya buat baki pembayaran berjumlah RM6,000 secara online pada nombor akaun yang sama. Puan Zurin memberitahu tarikh majlis perkahwinan saya pada 27 Ogos itu akan berjalan lancar. 

"22 Julai, saya pergi ke butik Zurin Jundi di Shah Alam dan berjumpa dengan kakitangannya bernama Cik Sinar untuk memilih baju, pelamin dan menu makanan. 

"23 Ogos, saya telah menghubungi pihak katering dan mengingatkannya tarikh majlis perkahwinan saya dan mereka semua faham. Keesokan hari saya telah menghubungi pihak katering melalui WhatsApp untuk meminta kepastian waktu untuk katering menghantar makanan dan pihak berkenaan memberitahu paling lewat akan sampai jam 11 pagi pada hari majlis. 



"27 Ogos, hari majlis perkahwinan berlangsung, tiada sebarang respon dari pihak katering bila saya cuba menghubungi mereka menyebabkan saya terpaksa mencari insiatif lain untuk menjamu tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan saya. Disebabkan itu, saya terpaksa mengeluarkan kos tambahan sebanyak RM6,000.

"Pihak Zurin Jundi Wedding Planner juga tidak memberi sebarang respon, malah kami turut disekat dari Facebooknya, serta segala komen kami berkenaan majlis kami telah dibuang dari ruangan komen di halaman Facebook rasmi mereka. 

"Pada jam 4 petang, Puan Zurin memberitahu pihaknya sedia mengeluarkan pampasan sebanyak RM10,000 selepas saya memberitahu saya mahu membuat laporan polis. 

"Saya juga menghubungi pihak katering dan mereka memberitahu pihaknya tidak bersalah kerana mereka tidak menerima bayaran katering untuk majlis saya sehingga ke hari majlis, sedangkan pihak katering telah berjanji akan menghantar makanan seperti yang telah ditetapkan," demikian laporan Zainul. 

Ekoran itu, Zainul mahu menuntut bayaran ganti rugi kos malu, kos tambahan makanan tetamu, selain mahu membuat aduan kepada pihak Tribunal Pengguna untuk tindakan selanjutnya. Malah, Zainul mahu pihak Zurin Jundi Wedding Planner membuat permohonan maaf secara terbuka kerana tindakan tidak bertanggungjawabnya itu telah memalukan Zainul dan keluarganya untuk seumur hidup. 


Dalam video kedua, difahamkan sekumpulan individu yang pernah menjadi mangsa menyerbu pemilik Zurin Jundi Wedding Planner di depan sebuah premis dan meminta bayaran pampasan. 

Video yang dipercayai dirakam oleh salah seorang mangsa itu menunjukkan wanita terbabit berada dalam keadaan resah dan enggan wajahnya dirakam. Beberapa individu mendesaknya membuat bayaran ganti rugi. 


Susulan ketegangan dan tiada jalan penyelesaian yang berlaku, Puan Zurin akhirnya ditahan polis untuk sementara waktu. 

Pelajar dibunuh dengan kejam oleh sekumpulan lelaki kerana keluar dengan gadis idaman mereka


THAILAND - Seorang pelajar lelaki dibunuh dengan kejam oleh beberapa pelajar yang lain hanya kerana mangsa keluar bersama seorang pelajar perempuan yang popular di univerisiti mereka. 

Kejadian yang menggemparkan itu dilaporkan berlaku pada 26 Ogos, di Chaiyaphum. 

Menurut laporan media tempatan ketika kejadian pada malam itu, mangsa telah keluar bersama seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun bersama lima lagi pelajar yang lain. 

Mangsa dengan pelajar perempuan itu kemudian berjalan ke tempat letak kereta untuk mengambil motosikalnya dan pada ketika itu mereka didatangi sekumpulan lelaki yang mendakwa diri mereka sebagai pelajar senior di universiti sebelum mengejar pasangan berkenaan. 

Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa dan pelajar perempuan itu kemudian melarikan diri dengan motosikal dan dikejar oleh kumpulan berkenaan. 

Malang tak berbau, pasangan berkenaan hilang kawalan lalu terjatuh dari motosikal kerana ditendang oleh salah seorang dari kumpulan terbabit. Kumpulan itu kemudian bertindak dengan lebih agresif dan membelasah mangsa. 

Pelajar perempuan berkenaan cuba merayu agar kumpulan itu berhenti memukul mangsa, namun tidak diendahkan. Malah beberapa lelaki dari kumpulan itu mengambil batu di tepi jalan dan memukul kepala mangsa dengan batu sehingga terjatuh di jalan sebelum kesemua mereka melarikan diri dari tempat kejadian. 


Polis menerima panggilan kecemasan segera datang ke lokasi kejadian pada jam 3.30 pagi dan menemui mangsa terbaring di tepi jalan dalam keadaan berlumuran darah berhampiran sebuah premis dengan sebahagian otaknya terdedah. 

Siasatan awal mendapati, sekumpulan lelaki berkenaan cemburu dan marah pada mangsa kerana keluarga dengan pelajar perempuan itu yang mana mereka semua menyimpan perasaan terhadapnya. Jadi, mereka merancang untuk 'mengajar' mangsa kerana keluar bersama gadis idaman mereka. 

Polis telah berjaya mengenal pasti identiti kesemua pelajar senior yang terlibat dalam kejadian itu dan akan mendedahkan kesemua nama mereka tidak lama lagi. 

Sumber: Sin Chew, World of Buzz

Berang cinta tak berbalas, lelaki buang wanita kesayangan dari tingkat 19


CHINA - Seorang lelaki didakwa di mahkamah Rabu lalu atas tuduhan membunuh seorang wanita yang menolak cintanya dengan membuangnya dari tingkat 19 bangunan kediaman. 

Tertuduh berusia 27 tahun dari Hangzhou itu, difahamkan telah menyimpan perasaan terhadap wanita berkenaan selama 8 tahun sebelum bertindak membunuhnya. Tertuduh juga dikatakan menaruh rasa cinta pada wanita itu sejak dari bangku sekolah lagi di mana kedua-duanya merupakan rakan sekelas. 

Lapor South China Morning Post, tertuduh dan wanita kesayanganya itu sebelum ini amat rapat. Selepas tamat persekolahan, mereka bersama-sama meninggalkan negara asal untuk menyambung pengajian di Amerika Syarikat. 

Sejak dari itu, mereka menjadi semakin rapat dan kerap menghubungi sesama diri dan wanita itu akan sentiasa menceritakan perkembangan dirinya pada lelaki terbabit. 


Bagaimanapun, dia menolak lamaran lelaki itu untuk bercinta. Sebaliknya meminta ruang dan masa untuk mengenali hati budi masing-masing. Enggan berputus asa, lelaki itu kemudian cuba memenangi hatinya dengan menghadiah barang-barang berharga seperti beg tangan dan barang kemas. 

Pada Januari 2017, tertuduh berpindah ke Hangzhou, dipercayai untuk mendekati wanita berkenaan. Dari situ, kedua-dua mereka mula menjadi rakan serumah yang juga tinggal bersama seorang lagi rakan wanita. 

Suatu hari, hubungan mereka menjadi tegang apabila lelaki itu menemui gambar wanita terbabit bersama lelaki lain yang diletakkan di meja biliknya. 

"Saya kejar dia untuk lapan tahun dan dia tidak pernah bersetuju untuk merakam gambar dengan saya," kata tertuduh pada mahkamah. 

Dalam pengakuannya, tertuduh memaklumkan dia terdengar wanita itu bercakap tentang dirinya pada telefon, yang mengatakan dia tahu tertuduh cuba menagih cinta daripadanya, tetapi malangnya tertuduh bukan lelaki pilihannya. 

"Saya tidak dapat tidur pada malam itu dan terasa sakit yang tak terkata," katanya. 


Menurut laporan polis, siasatan juga mendapati lelaki itu pernah mencari kata kunci 'suicide' dan 'sentence for murder' di internet yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kematian mangsa. 

Pada pagi keesokan harinya, lelaki itu menyerbu ke dalam bilik dan mengangkat mangsa sebelum membuangnya dari balkoni kediaman mereka di tingkat 19. 

Difahamkan, mahkamah masih lagi membicarakan kes tersebut dan hukuman masih belum ditentukan untuk kesalahan tertuduh.