"Insya-Allah doakan yang baik-baik.." - Sajat Umum Kahwin Tahun Depan

"Insya-Allah doakan yang baik-baik.." - Sajat Nak Kahwin Tahun Depan



Sajat memberitahu dia mungkin akan mengakhiri zaman solonya pada hujung tahun depan.

Nampaknya melepaslah jejaka-jejaka di luar sana untuk mengahwini Sajat yang merupakan usahawan berstatus jutawan ini.

Sajat sendiri mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya.

Nur Sajat berkata buat masa ini beliau mahu mencapai beberapa sasaran dalam hidupnya yang masih belum dicapai selain mahu mengembangkan empayar perniagaan yang dibina.

Ini komennya:

"Sajat pun bukan tua, masih muda lagi. Jadi sekarang nak fokus pada bisnes dulu. Dalam bisnes ini, kita tak boleh fokus pada satu-satu bisnes sahaja.

"Lagipun Sajat masih ada sasaran yang belum dicapai. Tunggulah hujung tahun depan, Insya-Allah. Doakan yang baik-baik ajelah,"


"Sajat akui sudah berpunya cuma soal teman hidup Sajat letakkan di tempat ketiga. Bagi Sajat bisnes dan keluarga lebih penting ketika ini dan pasangan hidup ibarat persinggahan," 


Memang ramai yang tak sabar nak lihat Sajat naik pelamin. Mesti meriah habis!!


Sumber: mStar

Viral video 'jeritan azab seksa kubur', namun pemilik video kesal ustaz tak kreditkan kepadanya


12 jam yang lalu, seorang lelaki memuat naik video yang dipercayai dirakam oleh beliau sendiri di sebuah tanah perkuburan di lokasi yang tidak dinyatakan. 

Video yang dimuat naik Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz sejak jam 2.36 pagi tadi telah ditonton hampir sejuta kali dan dikongsi 28,926 pengguna Facebook. 

"Jangan hiraukan apa yang anda nampak, tapi perhatikan betul-betul apa yang anda dengar. Sila beri pandangan," demikian kapsyen videonya. 


Di ruangan komen, ada netizen berkata mereka terdengar suara jeritan yang didakwa seperti suara orang meminta pertolongan. Namun, tidak kurang juga yang berpendapat bahawa itu cuma suara ayam berkokok sahaja. 

"Saya dengar orang dalam kubur itu menangis. Ada yang meminta tolong. Suara kebanyakan menjerit suara perempuan. Takutnya Ya Allah," kata Siti Aishah Mustapha. 

"Tak boleh nak percaya sebab suara roh yang diseksa itu hanya manusia dan jin yang tak boleh dengar," kata Mohd Aiman. 

"Bukan ke manusia dan jin tak boleh dengar seksaan di alam kubur? Hanya Rasulullah sahaja yang boleh dengar," kata Moyy Eugene. 




Bagaimanapun, tampil seorang individu yang mendakwa ustaz berkenaan mengambil video milik rakannya tanpa keizinan. 

"Macam mana ustaz boleh ada video ini? Ini video original dari kawan saya sewaktu dia dan keluarga bekerja di kubur di Singapura, buat kubur dan batu nisan. 

"Ustaz muat naik video ini seolah-olah ustaz yang empunya. Ustaz ada minta izin tak dari tuan empunya? Sepatutnya share dari sumber asal tetapi tidak. Sebaliknya dimuat turun dan dimuat naik semula seolah-olah dirakam oleh ustaz sendiri. Ini dah kira mencuri dan menipu namanya," kata Nepalese Ladee. 

Menurut Nepalese, video itu dirakam sekitar bulan May 2017 dan baru dimuat naik ke media sosial seminggu yang lalu oleh pemiliknya dengan tujuan perkongsian pengalaman.

"Lain kali minta izinlah ustaz. Setidak-tidaknya beri kredit kepada saya. Islam tak ajar benda-benda begini, mencuri hak orang lain seolah-olah ia milik ustaz. Mana ajaran mulia Islam dalam diri ustaz? Ini video kepunyaan kami, warga Singapura. Astaghfirullahalazim," katanya pemilik asalnya, Sarah Schmitzkova.

Teruk Dikecam, Bapa Mia Sara Tampil Beri Respon Balas

Teruk Dikecam, Bapa Mia Sara Tampil Beri Respon Balas






Ayah Mia Sara iaitu Muhammad Ridhuan telah tampil memberi kenyataan balas ekoran pakaian anaknya telah dikecam teruk ketika membuat penampilan di anugerah Festival Filem Malaysia.


Ridhuan telah menerima teguran orang ramai tentang isu tudung singkat dan baju ketat anaknya itu.

Ada juga yang mengecam bapa Mia Sara kerana pemakaian pelakon cilik itu (BACA SINI).

Katanya, baju yang digayakan Mia Sara tidak ketat seperti diperkatakan sehingga dapat memperlihatkan bahagian dadanya.

Ini komen ayah Mia Sara:

"Saya mengaku tudung yang dipakai Mia pada malam tersebut agak singkat dan saya terima segala teguran.

"Namun, bajunya tidak seketat yang anda nampak dalam gambar itu. Kalau lihat secara berdepan, baju itu longgar sahaja.


"Mungkin disebabkan sisi kamera yang mengambil gambar sehingga nampak bahagian dadanya jelas," 


"Saya mengaku tudung Mia terlalu singkat dan ia adalah kesalahan saya sendiri. Semua yang dilakukan pada saat-saat akhir.

"Kami mendapat jemputan untuk hadir pada malam itu pun kurang dari dua minggu. Manakala baju Mia siap sehari sebelum.


"Tak sempat nak cari tudung yang sesuai dan kebetulan baju itu ada hiasan di bahagian bahu,"

"Saya minta maaf jika ada pihak yang tidak suka atau selesa melihat pakaian Mia. Tapi bagi mata saya, dia tetap kelihatan cantik.

"Untuk netizen yang komen positif itu saya mengucapkan terima kasih. Yang negatif itu, saya dan Mia biarkan sahaja," 


Lihat pakaian Mia Sara itu ( DI SINI )

Ridhuan telahpun  memohon maaf jika ada pihak yang tidak suka dengan pakaian anaknya itu dan dia berterima kasih kepada netizen yang meninggalkan komen positif dengan mengunakan ayat-ayat betul.

Sumber: mStar

Dahi lebam, patah 2 batang gigi selepas dirempuh penunggang motosikal


GEORGETOWN, PULAU PINANG - Viral video seorang wanita yang sedang melintas jalan di lintasan pejalan kaki (zebra crossing) dirempuh penunggang motosikal yang kemudian meninggalkan mangsa dalam keadaan kesakitan. 

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 30 saat itu dilaporkan berlaku pada 25 September, Isnin, pada jam 6.54 petang di Jalan Sultan Azlan Shah, Sungai Nibong. 


Berdasarkan video tersebut, mangsa berusia 42, bekerja sebagai akauntan, dalam perjalanan untuk menjemput anaknya dari sekolah. Ketika wanita berkenaan sedang melintas jalan di laluan pejalan kaki, secara tiba-tiba sebuah motosikal yang ditunggang dengan laju dan dengan sengaja melanggar lampu isyarat berwarna merah, terus merempuh mangsa. 

Mangsa yang tidak sempat mengelak, terus tercapai lebih kurang satu meter ke hadapan dengan wajahnya terseret di jalan raya. Penunggang motosika terbabit langsung tidak turun, sebaliknya dia hanya memandang mangsa yang cedera sebelum meninggalkan tempat kejadian. 

Beberapa pemandu kereta yang menyaksikan kejadian itu juga langsung tidak keluar untuk membantu mangsa yang cedera dan mangsa kemudian bangun serta berjalan dalam kesakitan sebelum diberi bantuan rawatan oleh beberapa ibu bapa pelajar dan pengawal keselamatan sekolah anaknya. 





Lapor The Star, mangsa kehilangan dua batang gigi depan dan mengalami lebam di bahagian dahinya. 

"Saya tercampak semeter ke depan. Saya takut nak membayangkan apa yang akan berlaku jika kanak-kanak yang dilanggar. 

"Dia menunggang dengan laju, langsung tidak memberi perhatian terhadap pelajar-pelajar sekolah yang selalu menggunakan lintasan pejalan kaki itu," kata mangsa yang enggan namanya didedahkan. 

Mangsa kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab penunggang terbabit yang terus melarikan diri. Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan polis. 

Lapor Harian Metro, polis kini sedang memburu penunggang motosikal terbabit dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di talian 04-2181872 atau balai polis berhampiran.


Dalam kejadian 6 April lalu, seorang wanita warga emas, berusia 58 tahun, maut selepas dilanggar lari oleh penunggang motosikal yang melanggar lampu merah. 

Dalam kejadian jam 1.20 petang itu, mangsa, Foo Swee Wah, sedang melintas jalan di lintasan pejalan kaki dan secara tiba-tiba sebuah motosikal yang dipandu dengan laju merempuhnya sebelum melarikan diri. 


Mangsa terjatuh dan terhentak di atas jalan, mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang, namun disahkan meninggalkan dunia kerana kecederaan teruk di bahagian kepala. 

Remaja pukul ibunya hanya kerana tidak diberi RM2 - Polis


KUALA LUMPUR - Tindakan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun memukul ibunya  bertubi-tubi dalam video viral semalam dikatakan berbuat demikian kerana RM2, lapor The Star. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, remaja itu terdahulu meminta wang sebanyak RM2 daripada ibunya, tetapi wanita itu enggan memberi jumlah wang yang dipinta menyebabkan remaja itu berang. 

Remaja itu kemudian cuba mengambil wang sebanyak RM17 dari ibunya sebelum keadaan menjadi semakin buruk di mana remaja itu dirakam tergamak memukul ibunya bertubi-tubi dalam rakaman video berdurasi 40 saat yang viral di media sosial semalam. 



Difahamkan, video itu dirakam melalui telefon bimbit salah seorang ahli keluarga yang menyaksikan kejadian itu. 

Susulan video itu viral di media sosial, bapa remaja berkenaan telah tampil membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatan anak lelakinya itu. 

"Kami telah mengambil keterangan dari mereka yang terlibat dan ibu bapa remaja terbabit tidak mahu mengambil tindakan mendakwa anak mereka sendiri. 

"Ujian air kencing yang dijalankan pada remaja itu juga menunjukkan keputusan negatif untuk dadah," katanya. 

Beliau menambah, keluarga berkenaan mendakwa bahawa ini adalah kali pertama insiden itu berlaku, tetapi polis masih menyiasat kes itu di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana secara sukarela menyebabkan kecederaan. 


Semalam, video kejadian itu viral di media sosial mengundang pelbagai reaksi netizen yang mengecam tindakan biadab remaja berkenaan yang sanggup memukul ibunya sendiri hanya kerana wang. Video yang dimuat naik oleh seorang individu itu bagaimanapun telah dipadamkan setelah bapa remaja berkenaan membuat laporan polis. 

Individu berkenaan juga telah tampil memohon maaf dan menyatakan kekesalannya menviralkan video itu sehingga mendatangkan masalah terhadap keluarga dan remaja berkenaan. Katanya, dia tidak berniat mahu mengaibkan sesiapa dan katanya juga dia memperolehi video itu daripada adik mangsa yang menghubunginya untuk diviralkan di media sosial.