"Alhamdulillah.." - Ini Jawapan Laudya Cynthia Bella Apabila Ditanya Adakah Sudah Hamil


Pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran telah disatukan pada awal September yang lalu.

Walau baru sahaja sebulan bernikah dengan Engku Emran pada 8 September lalu, pelakon Laudya Cynthia Bella dikhabarkan sudah hamil.

Berita ini mula tersebar di negara jiran Indonessia.

Menerusi portal hiburan Detik Hot, wartawan telah mendapatkan kenyataan Laudya Cynthia Bella.

Pihak Detik Hot bersungguh mendapatkan jawapan Laudya Cynthia Bella dan telah  berkunjung ke kedai kek Bella iaitu Bebelly Bakery yang terletak di Jakarta hari ini.



Apabila ditanya tentang hal ini, Laudya Cynthia Bella tidak mahu menidakkan dan tidak juga mengiyakan pertanyaan itu.

Laudya Cynthia Bella hanya meminta agar mendoakan yang terbaik untuknya.

Ini komen ringkas Laudya Cynthia Bella:

"Alhamdulillah, amin..

"Belum lagi. Itu (hamil) doa untuk saya.

"Saya tidak mahu mengiyakan atau menidakkan,"


Pelakon sinetron itu tidak berniat mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Engku Emran dan Bella bernikah pada 8 September lalu di Kuala Lumpur, Malaysia. Perkahwinan mereka berdua mendapat liputan hangat di negara Malaysia dan juga Indonesia.


Laudya Cynthia Bella merupakan seorang yang amat popular di Indonesia dan mempunyai follower instagram sebanyak 19.3 juta follower.


Untuk pengetahuan, Laudya Cynthia Bella merupakan top 5 artis Indonesia yang mempunyai follwoer paling banyak, menewaskan Luina Maya dan juga Agnes Monica.

Sumber: Detik Hot

Wanita warga emas berpindah ke pusat penjagaan orang tua untuk menjaga anaknya yang berusia 80 tahun


LIVERPOOL - Seorang wanita warga emas berusia 98 tahun sanggup berpindah ke sebuah pusat penjagaan untuk menjaga anak lelakinya berusia 80 tahun, lapor Daily Mail. 

Tom Keating, 80, menjadi penghuni Moss View di Huyton sejak 2016 kerana dia memerlukan penjagaan dan sokongan tambahan. Namun selepas setahun kemudian, ibunya, Ada Keating, mengambil keputusan untuk berpindah ke tempat itu untuk membantu menjadi anak sulungnya itu. 

Ibu dan anak berasal dari Wavertree difahamkan sangat rapat dan gemar menghabiskan masa bersama dengan bermain permainan dan menonton program televisyen kegemaran mereka.



Tom tidak pernah berkahwin dan tinggal bersama ibunya sebelum dimasukkan ke pusat penjagaan itu. 

"Setiap malam saya ucap selamat malam kepada Tom di biliknya dan di sebelah pagi saya akan pergi ke biliknya untuk ucap selamat pagi," kata Ada. 

Sementara itu, Tom meluahkan rasa gembira dengan kehadiran ibunya di rumah itu. Malah mereka juga diberikan layanan yang baik. 

"Adakalanya mak menegur saya, 'jaga adab awak'," katanya. 


Ada dan mendiang suaminya, Harry, dikurniakan empat orang anak iaitu Tom, Barbara, Margi dan Janet yang telah meninggal dunia ketika berusia 13 tahun. 

Sebelum bersara, Tom bekerja sebagai tukang cat dan penghias di sebuah syarikat tempatan. Manakala Ada adalah bekas jururawat. 

Menurut pengurus rumah berkenaan, Philip Daniels berkata, "Sungguh terharu melihat keakraban di antara Tom dan Ada dan kami sangat gembira dengan kehadiran mereka di sini serta mampu menampung keperluan mereka. 

"Amat jarang sekali melihat seorang ibu dan anak mereka bersama-sama di sebuah pusat penjagaan dan sudah tentu kami mahu mereka meluangkan masa istimewa ini bersama-sama. Mereka memang tidak boleh dipisahkan," katanya.


(13 Foto) Sekitar Majlis Pertunangan Dynas Mokhtar.. Tahniah!



Pelakon dan pengacara popular  Dynas Mokhtar atau nama penuhnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, selamat melangsungkan majlis pertunangan di kediaman keluarganya di Shah Alam, Selangor.

Pada umur 34 tahun, Dynas akhirnya bertunang setelah hampir empat tahun menjalani hidup sebagai ibu tunggal.

Dari rancangan awal, Dynas Mokhtar dijangka bakal menamatkan zaman solonya pada April tahun depan.

Pelakon dan pengacar jelota ini sememannya memasang impian untuk menjadi suri hidup kepada usahawan, Shazrik Din.

Pertunangan mereka membuktikan hubungan Dynas dan Shazrik sememangnya serius.


Ini komen Dynas Mokhtar: (BeritaHarian)

"Alhamdulillah, saya lega kerana hubungan kami sejak tiga tahun lalu kini melangkah ke fasa yang lebih serius iaitu pertunangan. Insya-Allah, tidak lama lagi kami berdua akan melangkah ke gerbang perkahwinan.

"Saya sentiasa berdoa impian untuk memiliki kehidupan berkeluarga yang sempurna seperti wanita lain akan dipermudahkan. Majlis pernikahan kami dijangka berlangsung pada April tahun depan, cuma tarikh belum ditetapkan.

"Keluarga kami merestui hubungan ini. Begitu juga dengan dua anak saya hasil perkahwinan terdahulu iaitu Khyra Khalyssa, 7, dan Mohamed Haqaish, 5. Mereka begitu terbuka dan gembira menerima kehadiran Shazrik,"

"Jika ditanya mengenai perancangan hari depan, kami sepakat untuk mengadakan pernikahan disusuli majlis resepsi kecil. Insya-Allah, ia akan berlangsung di sebuah dewan secara tertutup dan hanya dihadiri mereka yang rapat,"

Dynas memberitahu, sejurus selepas bertunang, dia dan rakan-rakan mengambil kesempatan untuk meraikan ulang tahun kelahiran Shazrik yang ke-35.

Majlis sambutan hari lahir Shazrik itu turut dibantu teman baik mereka, Awal Ashaari dan Scha Alyahya.

Ini gambar sekitar majlis pertunangan Dynas Mokhtar dan Shazrik:














'Saya tidak izinkan pihak hospital beri sebarang suntikan (vaksin) terhadap bayi kami'


PUTRAJAYA - Viral di media sosial surat yang ditulis oleh seorang lelaki yang meminta pihak hospital tidak mengenakan sebarang suntikan (vaksin) terhadap bayi mereka, mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Gambar surat yang dimuat naik oleh jururawat lelaki, Anwari Hamzah, pada 28 Oktober lalu telah disukai 1,100+ dan dikongsi 1,150 kali oleh pengguna Facebook. 

Berdasarkan surat bertarikh 26 Ogos 2017 itu, bapa kepada bayi meminta pihak hospital mengecualikan bayi mereka dari sebarang suntikan vaksi dengan alasan takut sekiranya Allah mengambil tindakan terhadap mereka kerana menganggap ciptaanNya tidak sempurna. 

"Saya tidak mengizinkan sebarang suntikan dikenakan terhadap bayi kami. Tiada sebarang alasan melainkan bayi ini pada zahirnya anak kami akan tetapi pada hakikatnya adalah Hamba Allah, Ciptaan Allah dan milik Allah. 

"Kami amat takut sekiranya Allah mengambil tindakan terhadap kami dunia akhirat kerana menganggap ciptaanNya tidak sempurna sehingga perlu kepada bahan-bahan tambahan ciptaan makhluk-makhluk yang zalim lagi jahil," tulisnya. 


Kesal dengan ayat yang digunakan lelaki itu, 'zalim lagi jahil', Anwari tampil memberikan pandangannya. 

"Mula-mula aku baca, aku tak adalah kisah sangat. Bad parenting, lepas itu tunggang agama bagai rodeo, dah terbiasa aku baca.

"Tapi bila sampai part "makhluk-makhluknya yang zalim lagi jahil", aku dah triggered. WTH? Kalau kami ini pengamal kesihatan moden dicerca sebagai "makhluk-makhluknya yang zalim lagi jahil", apa tujuan dia datang ke hospital sebenarnya?

"Dalam surat kata tak nak disuntik sebab takut dituduh tak yakin anaknya dicipta sempurna.  Habis datang hospital untuk apa? Tak yakin ke dengan kesempurnaan anak itu sampai sanggup datang ke tempat "makhluk-makhluknya yang zalim lagi jahil" bertugas, yakni hospital?

"Sampai dia sanggup datang kepada "makhluk-makhluknya yang zalim lagi jahil" untuk dapatkan 'confirmation' yang anak dia sempurna, kenapa? Bukankah kami ini agen Dajjal, 33rd degree Freemasonry, ahli Kaballah dan sebagainya?

"Ironi. Hang datang hospital untuk dirawat lepastu hang cerca staff hospital sebagai zalim dan jahil. Adakah dia ni dulu pernah terjatuh dan terhantuk kepala sampai membesar dengan sebegini bodohnya?

"Persoalan paling penting, adakah kami ni "makhluk-makhluknya yang zalim lagi jahil", atau dialah sebenarnya yang ZALIM DAN JAHIL dengan menidakkan hak anaknya untuk hidup sihat? Sekian," tulis Anwari. 


Meskipun ramai yang bersetuju dengan jururawat berkenaan, ada segelintir netizen yang mula mempertikaikan tindakannya mendedahkan surat itu tidak berintegriti walaupun tidak mendedahkan nama pasangan berkenaan. 

"Kasihan ibu bapa ini. Tiada integriti dalam staff kesihatan yang memviralkan surat parents berkenaan untuk dibodoh-bodohkan oleh mereka. Cuma pelik bin ajaib, bila pula doktor di Malaysia ini jadi pencipta vaksin sampai terasa sangat digelar zalim dan jahil?" kata Zulaikha Zafirah.

(TERKINI) Hans Isaac Umum Tak Jadi Kahwini Aileen Gabriella Robinson



Datuk Hans Isaac telah membuat satu pengumuman yang menduka cita kan pada hari ini.

Pelakon, pengarah dan penerbit kacak ini mengumumkan bahawa dia tidak jadi berkahwin dengan tunangnya iaitu Aileen Gabriella Robinson.

Pengumuman itu dibuat melalui laman IG miliknya sebentar tadi dan ternyata mengejutkan ramai pihak.

Ini foto yang dibuat naik oleh Hans Isaac:



Melalui portal mStar pula Hans Isaac ada memberi sedikit komen tentang keputusannya itu.

Ini komennya:

"Dengan berat hati saya umumkan bahawa rancangan saya untuk berkahwin, setelah bertunang pada 29 Februari awal tahun ini, terpaksa dibatalkan.

"Keputusan untuk membatalkan rancangan perkahwinan ini tidak mudah dan dibuat setelah berfikir panjang susulan daripada pertunangan tersebut,"

Datuk Hans Isaac dan model yang juga bekas ratu, Aileen Gabriella Robinson telah bertunang Februari yang lalu dan merancang untuk berkahwin pada bulan Julai.

Kemudian mereka berdua telah bersetuju untuk menunda tarikh perkahwinan mereka kerana dikatakan ada masalah dengan kehadiran keluarga.

Ketika itu pelbagai spekulasi timbul apabila Aileen Gabriella Robinson dilihat membuang semua foto foto Datuk Hans Isaac di laamn media sosial IG miliknya.

Akhirnya hari ini satu kenyataan rasmi dibuat oleh Datuk Hans Isaac yang merungkai segalanya. Mereka tak jadi kahwin.

Melalui ruang komen, ramai yang memberi semangat kepada Datuk Hans Isaac supaya kuat / stay strong dengan dugaan yang menimpanya  ini.