Kaki tersepit pada rantai motosikal


Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menanggung kesakitan hampir sejam apabila kaki kirinya tersepit pada rantai motosikal yang ditunggang bapanya, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 5.50 petang semalam di Jalan Kelapa Bali Taman Soga Batu Pahat, Johor, mangsa, Ahmad Khalifi Mohd Khairy membonceng motosikal bapanya ketika bersiar-siar.

Namun secara tidak sengaja, mangsa menjulurkan kaki menyebabkan kakinya terkena pada rantai motosikal sebelum tersepit. 

Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, menerima panggilan kecemasan dari orang awam berhubung kejadian itu dan segera menghantar lima anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa. 

Ketika tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati mangsa sedang ditenangkan oleh bapanya dengan bantuan orang ramai agar tidak menangis dan panik. 

Bomba berjaya mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit dengan menggunakan alat pemotong khas dan mangsa segera dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk rawatan lanjut.






Sementara itu, bapa mangsa enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu. 

Para penunggang motosikal dinasihatkan sentiasa berhati-hati ketika membawa anak-anak mereka membonceng motosikal bersama-sama, bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang. 

'Adil ke suami buat saya begini?' - Madu bengang suami mungkir janji tak ceraikan isteri pertama


Saat isteri pertama diduga dengan suaminya mahu berkahwin dua, dia redha dan menuruti sahaja kemahuan suaminya yang terlalu mengharapkan zuriat sendiri. Biarpun dituduh mandul, dia bersabar dan berdoa.

Tatkala si madu mensyaratkan bahawa si suami perlu menceraikan isteri pertama sekiranya si madu hamil, siapa sangka berkat kesabaran dan pengorbanan si isteri pertama akhirnya diberi kemanisan yang tak ternilai harganya. Suami yang dahulu putus harapan, kini pulang semula ke pangkuan isteri pertama, biarpun isteri keduanya juga hamil sama.

SALAM admin dan warga KRT. Saya nak meminta pendapat, tapi tolong jangan kecam saya. 

Isteri pertama suami, mandul. Jadi, suami nak berkahwin dengan saya. Suami juga berjanji selepas dia berkahwin dengan saya, kalau saya hamil, dia akan menceraikan isteri dia. 

Sekarang saya dah hamil lima minggu. Jadi, saya menuntut suami menunaikan janjinya sebelum ini. 

Tiba-tiba pula isteri pertama hamil dan kandungannya berusia sebulan lebih. Jadi, suami pula enggan menceraikan dia dan lebih mengutamakan dia. 

Adil ke suami buat saya begini? Mana janji-janji dia nak ceraikan isteri pertama? 

Saya mengamuk dan merajuk sebab dia telah berjanji sebelum ini dan sekarang dia memungkiri janji. Tetapi dia langsung tak mahu memujuk saya. Malah juga berkata yang dia tidak tahan dengan perangai saya seperti budak=budak. 

Lebih menyakitkan hati saya, dia tergamak kata saya perempuan bodoh, lebih baik berambus. Saya sedih sangat diperlakukan suami seperti ini. 


REAKSI NETIZEN:

"Sebenarnya, apa yang awak dapat itu sesuai dan kena sangat dengan niat tak baik awak itu. Anggaplah ini balasan dari Allah sebab ada menyimpan niat yang tidak baik iaitu mengharapkan suami menceraikan madu awak. 

"Bersihkan hati awak, madu awak itu sudah cukup berkorban hati dan perasaan semasa awak nak berkahwin  dengan suaminya masa mula-mula dulu. 

"Allah menduga dia dengan lewat hamil, sekarang atas berkat kesabarannya, dia hamil sama dengan awak. 

"Kita hanya merancang. Allah yang menentukannya. Lain kalau, kalau ada niat yang tak baik, ingatlah awak itu cuma hamba. Allah itu Maha Mengetahui." - Maziah Mazlan

"Well, well, well. Dah pesan banyak kali, dalam banyak-banyak janji, janji Allah sahaja yang orang perempuan boleh percaya. Tetapi awak nak juga percayakan janji lelaki. Selamat melahirkan secara berjemaah ya. Semoga selamat semuanya," - Siti Nordiana Mohd Bakri

'Ingat di China je ada? Di Malaysia pun ada housekeeping buat perangai camni'


Ingat berlaku di China sahaja? Jangan sangka di luar negara saja begitu, di dalam negara kita sendiri ada juga yang melakukannya. Menurut lelaki ini, kejadian yang sama berlaku di sebuah hotel mewah di Langkawi, Kedah.  

"Biar betul?"

Percaya atau tidak, terpulang pada penilaian masing-masing berdasarkan beberapa gambar yang turut dimuat naik di Facebook pengadu yang menunjukkan kakitangan berkenaan sedang menjalankan tugasnya tanpa disedari dirakam oleh lelaki ini. Berhati-hati ya gais! 

SEKARANG tengah kecoh tentang hotel mewah bertaraf lima bintang di China, di mana housekeeping lipat cadar atas karpet, lap cawan menggunakan tuala mandi yang sudah digunakan dan mencuci lantai menggunakan air dari dalam tandas. 

Di Malaysia pun ada dan ini berlaku di sebuah hotel termewah di Langkawi dan juga dikatakan termewah di Malaysia dengan kadar harga yang ditawarkan bermula dari RM1,500 satu malam untuk bilik paling murah. Sila rujuk gambar di bawah. 





Ini hotel bertaraf five star diamond. Entah macam mana dengan hotel-hotel yang tak ada bintang itu. Bukan semua kotor tetapi lebih baik beringat sebelum terkena. 

Pastikan bilas cawan, mug dan water heater terlebih dahulu sebelum menggunakannya ya kawan-kawan. Dan jika ternampak ada kekotoran pada tuala atau cadar, atau masalah-masalah lain, jangan takut untuk membuat aduan kepada pihak pengurusan dengan kadar segera kerana itu adalah hak anda. 

Anda layak menerima pampasan, ganti rugi atau sebarang bentuk ganjaran dari pihak hotel sekiranya hotel tidak dapat memenuhi standard yang telah ditetapkan sama ada dari segi kebersihan, kemudahan dan begitu juga dengan perkhidmatan. 

"It was an implied term of the contract that the accommodation provided would be of a standard of cleanliness and quality reasonably to be expected from this type and price of hotel.

"It's also an implied term that the service provided would be done so with reasonable care and skill as required by the [Supply of Goods and Services Act 1982/ Consumer Rights"

Sumber: Mohamad Atif

'Dia ambik tong gas cuba pecahkan pintu bilik aku'


Viral di Twitter perkongsian seorang gadis mengenai kejadian pecah rumah yang berlaku pada rakannya di Pagoh, Johor baru-baru ini. 

"Kenapa gadis-gadis yang selalu duduk di rumah seorang diri, berhati-hati dan pastikan pintu rumah dikunci. Malang tak berbau dan kalau boleh, sentiasa peka dengan keadaan sekeliling rumah kita. 

"Kejadian ini baru saja terjadi pada kawan kami tadi. Semoga Allah melindungi kita," tulis Wiwin di Twitternya. 

Berdasar gambar-gambar perbualan di antara mangsa dengan Wiwin, mangsa yang ketika itu bersendirian di rumah, terdengar bunyi pecah masuk dari bahagian pintu belakang rumah. 

Difahamkan, dua lelaki warga asing telah memecah masuk ke rumah mangsa yang kemudian memaklumkan kejadian itu kepada ibunya. 

Bimbang dengan keselamatan anaknya, si ibu kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis sebelum segera pulang ke rumah untuk mendapatkan mangsa, bersama dengan beberapa anggota polis. 

Sebelum ibu mangsa tiba di rumah, dua suspek berkenaan menendang pintu bilik berhampiran dapur, namun gagal membukanya. Takut dengan keadaan itu, mangsa menangis teresak-esak ketakutan. 

Menyedari ada penghuni di dalam, suspek kemudian menjerit dan meminta mangsa membuka pintu bilik tersebut. Namun mangsa tidak mengendahkan permintaan suspek. 

Berang pintu masih tidak dibuka, suspek kemudian mengambil tong gas dan cuba menggunakannya untuk membuka pintu bilik itu. 

Bagaimanapun, mangsa bernasib baik kerana ibunya bersama anggota polis sempat sampai di rumah dan mendapati dua suspek berkenaan sedang berusaha memecahkan pintu bilik. 

Terkejut dengan kehadiran polis, suspek cuba melarikan diri namun gagal berbuat demikian. 

Kedua-dua suspek berjaya ditahan dan dibawa ke balai untuk tindakan lanjut. 





Orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan memastikan tingkap dan pintu rumah sentiasa dikunci bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. 

Kepala bayi terputus ketika dilahirkan, pasangan saman hospital


Pasangan suami isteri memfailkan tindakan undang-undang ke atas sebuah hospital yang didakwa cuai sehingga menyebabkan kepala bayi pra-matang mereka terputus ketika dilahirkan pada 18 Disember lalu, lapor Mirror. 

Ibu mangsa, Reina Natalia Valazquesz, 30, yang hamil 22 minggu terpaksa bersalin awal pada 18 Disember lalu ketika dia sedang meluangkan masa cutinya bersama keluarga di Salvador Mazza, Argentina.

Reina dibawa ambulans ke Hospital Juan Domingo Peron di Tartagal setelah pasukan perubatan memutuskan wanita itu boleh bersalin secara normal.

Di dewan bersalin, kakitangan hospital cuba menyambut kelahiran bayi pasangan itu dengan badan bayi itu keluar terlebih dahulu. Malangnya, kepala bayi itu tersangkut di serviks. 

Doktor didakwa secara tidak sengaja telah menarik badan bayi itu menyebabkan kepalanya terputus. 

Ketika kejadian, suami Reina keluar memberi beberapa barangan bayi dan apabila kembali dia ternampak salah seorang kakitangan hospital berkenaan memegang badan bayinya tanpa kepala.

Kepala mangsa yang masih berada di dalam rahim wanita itu kemudian dikeluarkan secara semulajadi bersama plasenta. 

Reina berkata, semasa proses kelahiran itu dia tidak tahu sama ada doktor atau bidan yang menarik keluar bayi mereka sehingga menyebabkan kepala anak mereka terputus. 




Selepas kejadian itu, pihak hospital berkenaan menempatkan mayat mangsa dalam sebuah kotak putih dan diserahkan kepada pasangan terbabit. 

Sementara itu, pengarah hospital berkenaan, Jose Fernandez berkata, kakitangan hospital yang bertugas pada waktu itu menolak kelahiran secara pembedahan kerana bukaan Reina pada waktu itu sudah mencecah 11 sentimeter.

"Bayi itu masih berada dalam breech position, jadi badannya keluar terlebih dahulu. Apabila tiba di kepala, berlaku tekanan di serviks yang memampatkan leher bayi berkenaan.

"Pakar obstetrik itu kemudian menghubungi doktor lain untuk cuba membantu membebaskan kepala bayi itu, namun ada koyakan dan menyebabkan kepala bayi itu terputus.


Pihak Pendakwa Raya Argentina hari ini mengesahkan siasatan berhubungan kematian bayi itu telah dijalankan. Bedah siasat terhadap bayi seberat 700 gram itu juga akan dibuat bagi menentukan punca kematiannya.

Jose berkata, pihaknya akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sepenuhnya. Walau bagaimanapun beberapa kakitangan hospital yang terlibat dalam kejadian itu akan terus bertugas seperti biasa.