(Video) Pelakon Kemboja dirasuk hantu, tetapi translation netizen menghibur hati


Viral di media sosial video seorang pelakon yang melakonkan watak hantu telah dirasuk hantu sehingga mencederakan pelakon wanita. 

Dalam kejadian yang berlaku di Kemboja itu, produksi berkenaan sedang menjalani penggambaran filem hantu. Namun semasa penggambaran sedang dijalanlam. pelakon yang melakonkan watak hantu itu telah dirasuk. 

Pelakon itu kemudian telah menyerang seorang pelakon wanita sehingga mengalami trauma dan cedera ringan di lehernya dipercayai dibelit dengan dawai. 


Dalam video berkenaan, kru-kru produksi sedang cuba bercakap dengan 'hantu' berkenaan agar keluar dan meninggalkan tempat itu. 

Sementara itu, ada beberapa netizen dari Malaysia menterjemahan kejadian itu. 

"Diorang berlakon cerita hantu. Pastu pelakon yang bawak watak hantu tu asyik salah dialog je. Last-last dia malas berlakon, dia duduk dalam bilik itu seorang-seorang. Merajuk sebab tak pandai berlakon. 

"Yang perempuan itu pula stress dapat pairing yang tak pandai berlakon. Dia berlari keluar dari rumah itu dan terlanggar ampaian baju jiran sebelah. Itu yang ada kesan dawai di leher dia tu," terjemahan dari Mohd Azhari Jerry. 






"Ngagai kita ka enda ulih macha Khmer ngau enda mereti ka jaku sida. Bala sida iya tadi benung ngaga ngeshoot siti cherita antu. Tang lebuh maya ngambar nya, antu amat-amat nyeruga alu ngerasuk tubuh pelakun ke begari baka antu nya alu ngachau pelakun indu siku nya.

"Dalam bideo nya, sida benung nguji bejaku ngasuh antu nya pansut ari tubuh pelakun nya. Utai tu amat nyadi ba Kemboja din," terjemahan Abeng Acj. 

"Kurang Adab! Memalukan!" - Buat Aksi Bahaya Di Escalator, Hairul Azreen Teruk Dikecam

 
Nama pelakon Hairul Azreen boleh dikatakan amat popular di Malaysia ini.

Suami kepada Hanis Zalikha ini telah menjadi tumpuan apabila satu video menembaknya menjadi siasatan pihak Polis.

Hairul Azreen diminta hadir ke balai polis untuk memberi kenyataan berhubung isu videonya menggunakan senapang patah.

Baru sahaja reda isu tersebut, kini telah viral pula satu lagi video baru yang menunjukkan aksi bahaya Hairul Azreen di tempat awam.

kali ini, Hairul buat aksi terbang di eskalator pula.

Ini videonya:


Selain aksi ini, ada juga satu lagi video menunjukkan Hairul Azreen masuk ke dalam troli dan menaiki travelator.

Ternyata, aksi lasak Hairul Azreen itu mengundang rasa kurang senang segelintir pihak serta menganggap tindakannya itu bukan sahaja mengganggu keselamatan orang awam, malah turut membahayakan dirinya sendiri.

Orang ramai juga berpendapat Hairul Azreen sebagai seorang selebriti yang popular tidak patut membuat perkara sedemikian kerana bimbang aksi tersebut akan ditiru mana-mana pihak terutama sekali peminat nya yang amat ramai.

Selain itu, ramai juga yang mempersoalkan kenapa dan apakah motif Hairul Azreen melakukan tindakan seperti itu.

Ternyata video tersebut mengundang kecaman daripada orang ramai kerana rata-rata mereka tidak bersetuju dengan aksi-aksi berani tetapi amat bahaya yang ditunjukkan oleh pelakon Polis Evo 2 ini.

Ini antara komen dari orang ramai:

"Memang pe'el macam rempit, tak ada adab, memalukan!"

"Kalau aku jadi HZ, malu dapat suami macam ni oi!"

"Orang tua masuk troli aku ok lagi, tapi orang tua ni dah vandalisme"

"Bapa orang buatlah cara bapa orang, tak fikir ke, kalau jatuh escalator tu, mati katak kau situ"

Diharap selepas ini Hairul Azreen akan lebih berhati-hati dan lebih peka dengan keadaan sekeliling sekiranya ingin melakukan aksi berani di tempat awam. Lebih eloj tak perlu buat aksi seperti itu.

Orang ramai menegurnya mungkin kerana bimbang akan keselamatan pelakon ini dan tidak mahu aksi bahaya tersebut menjadi ikutan orang lain.

Hairul Azreen merupakan pelakon yang telah memenangi rancangan aksi Fear Factor dan memang amat menyukai aksi lasak.

Sumber: Media Hiburan

'Birthday saya, suami hadiahkan beg LV fake'


"Salam KRT. Semalam birthday saya, suami beli sebiji kek dan hadiahkan beg Louis Vuitton (LV). Tadi saya keluar jalan-jalan dengan kawan dan saya pakai beg LV itu. Tiba-tiba kawan cakap beg ini fake. 

"Saya sedih min. Birthday saya, suami hadiahkan beg fake macam ni. Saya ingatkan beg LV yang diberi ini dia beli dengan harga RM4,000+. 

"Perlukah saya merajuk dan buat muka? Sedih sangat," demikian luahan seorang isteri di laman Facebook Kisah Rumah Tangga (KRT). 

Bagaimanapun, luahannya itu dikecam oleh netizen yang menganggap wanita berkenaan tidak bersyukur dan terlalu materialistik. 

"Elok suami kau bagi beg set jenazah kat kau dik. Barulah kata cinta sampai jannah. Sebab kau pun bolehlah sila meninggal. Orang dah bagi hadiah pun bersyukur sajalah," - Rosezanah Rose Cuckoo. 

"Untunglah dia beli. Kau ni bodoh ke bangang? Meh laki kau aku nak ngorat," - Alwani Kamarulzaman. 

"Oii, aku pakai beg pasar malam RM15 saja kak. Bukannya ada beg lain. Tapi beg itu yang aku paling selesa nak usung ke sana sini. Nilai beg itu tak penting pun sebenarnya. Yang penting dalam beg itu berkepok-kepok! Bersyukur sudahlah. Dari pakai beg RM4,000+ tapi di dalamnya hanya ada 40 sen, tak ada guna juga," Nurazila Sulaiman.


"Berat masalah sis ni. Saya cadangkan sis pergi buat report kepada KPDNKK, kemudian laporan itu bawa ke balai polis berhampiran untuk buat laporan polis. Selepas itu sis boleh terus submit borang cerai ke pejabat agama dan kepilkan report-report berkenaan sebagai rujukan untuk memudahkan proses penceraian.

"Dalam seminggu dua mungkin akan dibawah ke mahkamah kes ini. Dan dalam tempoh tersebut, sis jangan duduk di rumah, check in di mana-mana hotel. Takut berdosa derhaka buat muka pada suami. 

"Panjang pula penerangan. PM nombor sis kepada saya untuk hantar lukisan saja. Bongok punya perempuan WeChat," - Mayzatul Nazirah. 

Terimalah dengan baik apa saja pemberian orang. Jangan dipandang pada ketulenan dan harga barangan yang diberikan, sebaliknya pandanglah pada usaha seseorang itu mendapatkan hadiah untuk kita. 

'Dulu selalu bergaduh, tapi bila dah mula solat jemaah, cakap apa pun semua cakap baik-baik saja'


Semakin ramai jemaah yang terlibat dengan sembahyang berkenaan, maka semakin besarlah pahala yang diperoleh. Bersama-samalah kita memanfaatkan perkongsian dari Tuan Afnan Rosli ini. Semoga rumah tangga anda lebih bahagia dan dirahmati Allah. 

PETUA MELEMBUTKAN HATI PASANGAN

Pagi tadi lepas Solat Jemaah, belum sempat wirid tahu-tahu isteri saya dah landing atas riba. Mungkin penat sangat jaga baby semalam kot? Tak apalah, saya pun teruskan wirid dan doa sampai habis.

Selepas berdoa, saya nak bangun, tetapi bila tengok balik muka isteri yang keletihan ini, tak sampai hati nak kejutkan. Maka saya biarkanlah dia tidur sekejap.

Tengah duk termenung sambil menenung muka bidadari saya ini, saya terfikir macam mana budak ini boleh jadi baik sangat ya? Fikir punya fikir, akhirnya saya dapat. Rupanya jawapan pada Solat Jemaah. Dulu kami jarang solat Jemaah. Masing-masing, kalau tak sependapat kira nak bergaduh saja. Saya pun ego juga, kira nak betul kita saja kan.

Tetapi bila sudah mula berjemaah, cakap apa pun semua boleh cakap baik-baik. Cakap apa pun semua dia ikut. Rupanya Solat Berjemaah ini memang power!


Ada beberapa konsep yang ramai tak faham dalam rumah tangga. Antara asasnya ialah, lelaki ini dia nak dihormati. Manakala wanita pula dia nak disayangi. Apa yang terjadi pada ramai pasangan diorang menjangka akan dapat benda-benda itu dari pasangan mereka dulu.

Maksudnya, kalau awak sayang saya, saya hormat awak. Begitu jugalah pada lelaki.  Awak hormat saya, saya sayang awak. Sebenarnya, kuncinya ialah kita kena mula dengan diri kita dulu. Kalau kita lelaki, kita yang mula tunjuk kasih sayang pada Isteri kita dulu. Nescaya isteri akan timbul rasa hormat pada suami. Automatik!

Dan yang menariknya, benda ini ada dalam solat jemaah. Bila solat jemaah, automatik Sense of Hormat pada suami itu akan terbentuk dalam jiwa isteri. Sebab suami jadi Imam, apa suami buat semua isteri ikut, patuh dan taat. Bila suami doakan apa-apa hajat pun, semua isteri aminkan. Maka dua-dua ada matlamat yang sama, ada doa yang sama. Senang nak capai Kejayaan dan Matlamat kalau sama-sama berdoa ini.

The cycle will continue. Bila suami dihormati, dia automatik akan rasa bersalah kalau tak mencintai. Isteri bila dicintai, automatik timbul rasa hormat. Begitulah seterusnya kitaran emosi dalam perkahwinan, asbab solat jemaah.

Jadi, kalau ada pasangan yang asyik-asyik nak bergaduh, asyik-asyik tak sependapat, asyik-asyik suami nak marah, ajak dia solat jemaah. Susahlah kalau dah solat jemaah hari-hari, nak gaduh juga. Tak percaya, cuba dulu selama 40 hari.

Bila kasih sayang ada dalam rumah, rahmat Allah itu turun mencurah-curah. Allah redha suami isteri yang berkasih sayang. Rezeki melimpah-limpah Allah turunkan, InsyaAllah.


Paling bagus pergi masjid, bawa anak-anak sekali. Tapi kalau sibuk sangat, boleh mulakan di rumah dulu untuk waktu Subuh, Maghrib, Isya. Yelah, waktu lain masing-masing dah sibuk dengan urusan masing-masing kan. Waktu inilah nak berkumpul bersama keluarga.

Seperti kes kami, Alhamdulillah suami isteri tak payah kerja. Jadi kami ada banyak masa untuk diluangkan bersama. InshaAllah itu sajalah perkongsian hari ini. Semoga bermanfaat dan selamat beramal. Apa lagi? Ajak suami solat, jom! 

Sumber: Afnan Rosli

Yuna Dedah Sikap Suaminya Yang Ramai Tak Tahu..

 
Penyanyi antarabangsa, Yunalis Zarai buat pendedahan tentang suaminya iaitu Adam Sinclair.

Kata penyanyi ini, dia akui sudah mula menyukai Adam Sinclair ketika kali pertama berjumpa dan bekerjasama dalam sebuah projek iklan televisyen pada tahun 2013.

Malah Yuna mendedahkan bahawa dia telah 'cair' dan jatuh hati denagn adik Ashraf Sinclair itu apabila melihat sikap Adam yang penyayang dan mengambil berat.

Ini komen Yuna:

"Saya dan Adam sebenarnya banyak persamaan dari segi minat dan sebagainya. Dari situ mungkin saya selesa setiap kali bersama.

"Tapi saya ingat lagi, kali pertama kami jumpa masa projek iklan itu dia seorang lelaki yang sangat baik.

"Dia seorang yang mengambil berat dan dia akan pastikan saya 'okay', cukup makan serta selesa ketika penggambaran itu.

"Cara layanannya itu bagi saya dia seorang yang baik, dalam hati saya ada juga lelaki yang baik macam ni,"

Pasangan ini selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Puncak Rimba, Bentong Pahang pada 26 Januari lalu.

Mempelai kemudian diraikan dalam satu majlis resepsi pada hari Ahad (28 Januari) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya PICC.

Sementara itu, Adam pula memberitahu Yuna adalah satu-satunya wanita yang istiemewa baginya.

Ini pula komen dari Adam:

"Bagi saya Yuna wanita yang istimewa kerana saya bagai tak percaya apabila dapat meluangkan masa bersama hampir 12 jam ketika penggambaran tersebut.

"Semasa penggambaran kami duduk bersama dan boleh berbual dengan selesa dan secara 'natural' tanpa rasa bosan.

"Dia juga mempunyai hati yang sangat baik dan itu membuatkan saya menyukai tentangnya walaupun dia adalah selebriti terkenal,"
.
Sejak berkenalan pada tahun 2013, akhirnya pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 5 Ogos tahun lalu. Minggu lalu mereka berdua menamatkan zaman solo.

Tahniah buat Yuna dan juga Adam Sinclair.

Sumber: Astro Gempak