(Video) Murid tadika nyaris lemas angkara kecuaian guru


Kanak-kanak berusia tiga tahu di utara barat China hampir lemas selepas pelampungnya terbalik dan berada dalam air lebih kurang dua minit, lapor Daily Mail.

Kejadian itu berlaku tanpa disedari oleh dua gurunya yang ketika itu sedang menguruskan kanak-kanak lain, walaupun dalam jarak yang dekat. 

Mangsa hanya dikeluarkan dari kolam itu selepas disedari oleh guru yang berada di luar kolam terkejut melihat keadaannya yang terbalik dan tidak bergerak. 

Mangsa kini masih di bawah pemantauan Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital di daerah itu. 




Difahamkan, kanak-kanak lelaki itu menyertai kelas berenang di sebuah tadika di bandar Zhangjiako, wilayah Hebei. 

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa menggunakan pelampung dalam kolam bersama dengan sembilan lagi rakan sekelasnya yang lain. 

Bagaimanapun, mangsa secara tidak sengaja terbalik ke arah belakang menyebabkan kepalanya berada di dalam air.

Mangsa cuba berusaha untuk memperbetulkan kedudukannya semula dan kakinya terkapai-kapai di permukaan air, namun gagal berbuat demikian. 

Gurunya yang juga berada di dalam kolam itu sedang sibuk menguruskan murid lain dan tidak menyedari kejadian itu. Murid-murid lain yang berhampiran dengan mangsa juga tidak menyedarinya. 

Selepas usaha menyelamatkan dirinya selama 40 saat itu gagal, mangsa tidak lagi bernafas dan tidak sedarkan diri serta terapung di hujung kolam. 



Hanya selepas hampir setengah minit tidak sedarkan diri, akhirnya guru lain menyedari keadaannya lalu mengeluarkannya dari kolam itu. Ketika dikeluarkan, mangsa tidak bernafas dan mukanya bertukar biru. 

Mangsa segera dikejarkan ke hospital dan doktor berjaya menyelamatkan mangsa. 

Kejadian itu menimbulkan pelbagai reaksi warga netizen yang rata-ratanya dari kalangan ibu bapa. 

"Pihak tadika patut dipertanggungjawabkan di atas insiden ini. Kanak-kanak itu boleh mati! Kejadian itu boleh menyebabkan otaknya mati! Kecuaian guru terbabit tidak dapat diterima akal," kata netizen. 

'Kau ni, eja kiblat pun tak reti ke?' - Ibu sepak anaknya berusia 8 tahun beberapa kali


Anak-anak diibaratkan seperti sehelai kain putih yang tidak tahu membezakan perkara baik dan buruk. Lantaran itu sebagai ibu bapa, mereka perlu menggalas tanggungjawab untuk mendidik dan mencorakkan anak-anak ke arah yang lebih baik. 

Jika hari ini, anak-anak sudah mula pandai melawan atau melakukan perkara tidak terduga, seharusnya kesalahan bukan hanya ditunding kepada anak-anak. Sebaliknya, kita juga harus memikirkan adakah corak didikan yang kita berikan sudah sempurna?

Bukan kuantiti anak yang perlu dibanggakan oleh ibu bapa, tetapi kualiti yang telah kita terapkan kepada anak-anak sehingga mereka berjaya.

Perkongsian dari Nurul Izzah Zainol seharusnya membuka mata ibu bapa sekalian tentang penjagaan anak-anak. Pertuturan dan pelakuan ibu atau bapa merupakan cerminan kepada anak-anak.

TAK MINTA DILAHIRKAN

Sedang solat di Rawat dan Rehat (RNR) tadi, jujur saya katakan saya sedikit terganggu dengan adegan ibu dan anak-anak di hadapan saya. Memang tidak khusyuklah senang kata. Jelas sekali perbualan ibu dan anak-anak tersebut kerana suara meraka bukan main kuat.

Si kakak minta si adik mengeja perkataan kiblat yang tertera di siling atas. Tergagap si adik mengeja dengan beberapa kali salah eja. Si ibu yang sambil betulkan tudung menyepak si adik yang salah eja. Cubaan kali kedua ketiga juga salah, maka beberapa kalilah si ibu itu menyepak anaknya sambil berkata :

“Kau ni eja kiblat pun tak reti ke?”

Si kakak yang saya rasa mungkin darjah 4 menambah ejekan:

“Kau dah darjah 2 tak reti eja lagi memang mampuslah.” 

Saya kira si ibu dan ayahnya mungkin bercerai apabila dia ada menyebut yang,

“Lepas ni ibu tak mahu jaga kau, kau duduklah dengan ayah, baru kau tau”

REFLEKSI

Usai solat terus terefleksi hubungan saya dengan anak yang banyak khilafnya. Bahawa anak-anak takkan terlahir tanpa kehendak dan persetubuhan ibu ayahnya. Tak jumpa sperma dan ovum tak terkeluarlah anak berketul-ketul itu. Anak-anak tak minta dilahirkan. Yang ada ibu ayah yang teringin beranak atau yang tak ingin tapi terbabas beranak.

Sepatutnya, takut nak beranak atau beranak lagi bukan sebab takut miskin sahaja. Bukan takut tak mampu nak bela sahaja. Bukan serik nak hadap sakit bersalin. Tapi lebih kepada takut tak mampu mendidik, memberi teladan yang baik dan memberikan nafkah batin berupa kasih sayang dan kecintaan.

CUKUPLAH

Bila nak beranak atau beranak lagi, tolong pandang kiri kanan, atas bawah dan luar dalam diri sendiri dan pasangan. Terutama sekali si ayahnya kerana dialah ketua keluarga. Kalau agama pun jauh panggang dari api, tak boleh langsung nak harap jadi teladan, mulut puaka penuh makian, tak boleh sabar dan baran sahaja kerja, eloklah di’kasi’kan dahulu peranakan.

Cukuplah hidup berdua laki bini. Cukuplah hanya seorang anak yang sedang jadi mangsa ibu ayah yang gagal mendidik. Cukuplah setakat berapa ketul yang ada. Janganlah lagi ditambah. Betulkanlah diri sendiri dahulu biar makan tahun sekalipun.

Kasihan anak-anak  yang asalnya tak minta dilahirkan akhirnya terpaksa menempa hidup yang hodoh di dunia ini. Eloklah sahaja dibiar beriang ria di luh mahfuz itu. Andailah anak-anak boleh memilih ibu bapanya, boleh jadi mereka tidak akan memilih beribu bapakan seperti kita.

Anyway, tak berdosa tak beranak. Tak berdosa juga tak beranak ramai. Yang berdosanya adalah beranak-anak tapi menzalimi hak zahir batin anak-anak yang tidak berdosa itu. 

Saya? Cukuplah apa yang ada. Lebih dari cukup sebenarnya.

Tangan dijangkiti bakteria dan terpaksa dipotong selepas makan sushi ikan mentah


Tangan kiri seorang lelaki berusia 71 tahun dari Korea Selatan terpaksa dipotong kerana dijangkiti bakteria selepas makan makanan mentah, sushi, lapor Daily Mail

Dalam kejadian yang aneh itu, pesakit yang tidak didedahkan identitinya itu berkata, tapak tangan kirinya mula mengalami kesakitan dan bengkak sebesar bola golf selepas 12 jam memakan sushi ikan mentah. 

Keadaan menjadi semakin teruk apabila dia mula mengalami demam dan kesakitan yang luar biasa di tangannya dalam tempoh dua hari, dengan tangannya yang juga tidak menunjukkan sebarang tanda untuk pulih membuatkan dia terpaksa meminta bantuan dari doktor di sebuah hospital di Jeonju. 

Saiz lepuhan di tangan pesakit berukuran 3.5 cm ke 4.5 cm, anggaran saiz sebiji boleh golf. Jangkitan itu turut menjejaskan bahagian belakang tapak tangan dan lengannya. 

Pihak perubatan kemudian mengeluarkan air dalam lepuhan di tapak tangannya dan membuang tisu-tisu yang telah terjejas, serta mangsa diberi ubat antibiotik. Malangnya, rawatan itu tidak berjaya dan keadaan tangan pesakit menjadi semakin teruk dan akhirnya terpaksa dipotong. 


Menurut sumber, pesakit juga menghidap diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang yang memerlukan dia menjalani rawatan dialisis. 

Berdasarkan pemeriksaan doktor, pesakit mengalami masalah kesihatan itu kerana sistem keimunan badannya lemah kerana dia menghidap penyakit buah pinggang yang meletakkanya pesakit itu lebih berisiko untuk dijangkiti. Sedangkan orang yang normal boleh sembuh hanya dalam beberapa hari apabila terkena jangkitan bakteria. 

Selepas menjalani pembedahan memotong tangan yang terjejas itu, keadaan pesakit semakin baik dan dia dibenarkan pulang ke rumah. 

Lelaki mengaku diri Imam Mahdi ancam letupkan Sri Pentas, polis sahkan hanya panggilan palsu


Sebuah syarikat televisyen swasta terpaksa dikosongkan serta-merta selepas dikatakan menerima laporan ancaman bom dalam premis itu, malam tadi.

Kesemua kakitangan diarah keluar sehingga Unit Pengesan Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan tindakan lanjut.

Menurut sumber, polis memaklumkan ada panggilan ancaman bom di premis tersebut dan difahamkan panggilan itu dibuat oleh seorang lelaki yang mengaku dirinya Imam Mahdi. 



Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya menerima panggilan ancaman bom berkenaan pada jam 10.12 malam daripada seorang lelaki. 

Berikutan itu, sepasukan unit bom di Unit Pejabat Polis Kontinjen Selangor dikejarkan ke lokasi dan mengarahkan semua kakitangan di bangunan itu keluar. 



Selepas melakukan pemeriksaan, pihaknya mendapati tiada sebarang objek yang mencurigakan ditemui dan mengesahkan panggilan tersebut hanyalah panggilan palsu. 

Kakitangan stesen televisyen swasta itu kemudian dibenarkan masuk kembali ke bangunan itu kira-kira jam 1.30 pagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah. 

Sumber: Astro Awani, Bernama

'Akak menyesal kahwin muda, sebab banyak benda terlepas dik'


Baru-bari ini tular di media sosial video Tik Tok majlis perkahwinan pasangan muda yang berusia 16 tahun dan 21 tahun. Rata-rata netizen terkejut dengan keputusan yang dibuat pasangan terbabit. Walaupun dikecam, ada juga segelintir netizen yang memberikan nasihat kepada pasangan ini agar menjaga hubungan mereka sebagai suami isteri lantaran usia mereka yang masih muda.

Isu ini turut menarik perhatian Ayu Aziz. Dia juga berkongsikan pengalamannya yang juga berkahwin pada usia muda dan perkahwinannya juga diakhiri dengan penceraian. Dia turut menitipkan pesananannya melalui bebenang di Twitter agar perempuan muda di luar sana perlu memikirkan masa depan dahulu sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

VIRAL kahwin umur 16 tahun  dan 21 tahun. Alhamdulillah. Bagus. Bab agama bagus. Tapi janganlah korang tengok orang kahwin muda umur 16 tahun korang pun terus gatal piang menggeletar seluruh badan nak kahwin juga. 

Korang memang tengok diorang masuk tiktok joget gitu gitu madah sweet. Uish. Memey lah. Bau wangi. Hakikatnya kahwin muda tak semudah yang korang tengok diorang ber-tik tok tu. Akhir cerita nanti, sama ada mereka akan rasa bersyukur atau menyesal semahu tidak kerana kahwin muda. Itu je.

Aku kahwin muda gak. Umur 20. Kawan aku semua tengah struggle nak habiskan STPM & diploma. Aku dah habis diploma terus gatai nak kahwin. Mama baba kata jangan. Nanti dulu. Kerja dulu. Tak nak. Sebab apa? 

“Nak menghalalkan hubungan” alah alah alah jawapan aku.

Nawaitu tu dia macam bercabang jugak tu. Nak menghalalkan hubungan atau nak bebas dari ibubapa? Kamon. Jangan tipu aku. 

Korang mesti berangan kahwin muda best nanti dapat travel sesama laki bini dengan ikatan yang halal dan sah halal. Kan? Eleh kamon.

Budak viral tu siap upload video tips nak kahwin muda lagi. Kata dia cakap dengan mak pak sambil muncung mulut “makkkk nak kahwinnnn” gitu. Aah. Aku pun macam tu gak dulu. Siap menangis sebab nak kahwin.

Samalah. Berangan. Nanti dah kahwin ada ikatan yang sah dan halal blablabla nak pergi memana senang takde mak bapak nak control. Paling paling pun husband boleh kautim waktu tu ler rasa. Maklumlah sesama muda. Sesama faham kononnya.

Tapi meh cerita yang tak best. Kahwin muda ni, korang tak ada duit. Melainkan kalau korang kahwin dengan orang kaya macam kawan aku sorang ni lah. 

Itu memang seronoklah. Setiap tahun travel. Dia kahwin muda umur 19 tahun tapi laki dia umur 30 tahun dah kaya raya dah pun. Tapi kalau setakat sama sama muda, masing masing pun baru nak cari hala tuju. Masa depan pun tak nampak. Cuma berbekalkan cinta yang penting aku cintakan kau.

Boleh. Tapi kuat ke? Kuat ke nanti nanti dalam usia yang sangat muda, kawan kawan korang sibuk enjoy dengan kawan kawan lain pergi travel sana sini. Kau plak terperuk dalam rumah. Tak pun kalau laki kau kerja biasa biasa kau kena kerja sekali sejenis 10am-10pm. Dalam usia yang sangat muda.

Kawan-kawan lain pergi karaoke tengah malam tapi kau tak sempat nak bersosial. Kawan pun tak ada. Dari kau rasa seronok berkawan, kau terus rasa keseorangan. Sorang-sorang pergi. Nak ajak kau pun, kau dah kahwin. Nanti susah nak minta izin laki kata kawan kau.

Kawan kawan yang lain tengah seronok nak grad, kau pula tengah memikir nak masak apa tengah hari esok, baju tadi dah basuh ke belum, esok laki kau nak pakai baju apa, eh tadi jiran ada pinjam senduk nasi nak pulang ke belum?

Itu baru cerita bab tu. Belum cerita bab: Sayang, abang tak ada duit nak bagi nafkah. 

Kau muda. Kau mesti akan memberontak punya. Sebab kau belum mampu nak faham erti tanggungjawab, tolak ansur, sabar  dan kuat. Jadi apa kau buat? Melawan. Bergaduh.

Nanti bila dah setahun, tak ada apa yang berubah. Kau mula fed up. Kau rasa menyesal kahwin muda sebab hidup tak maju. Setahun kerja 10 am-10 pm. Kawan kawan yang lain kerja dah office hour. Siap dapat best friend best best lagi.

Belum cerita part kau pregnant. Nanti stress plak duit nak beranak. Budak muda sekarang kan kebanyakannya nak beranak kat hospital swasta. Nak kangkang orang cebukkan. Betul?

Habis kalau kahwin sama muda kau rasa dapat ke kalau tak beriya? Kalau tak dapat? Memberontak lagi. Gaduh dengan darah muda, angin naik turun, tak blend dengan orang matang, memang matilah. 

Kau muda, laki kau muda, sama sama muda. Jenis laki pulak tak penyabar. Jenis kalau bercakap pun macam member member. Sekali bergaduh habis maki hamun semua keluar. Nanti laki kata isteri tak hormat. Nanti isteri kata laki tak sayang. Bosan ah. Cari lain. Shake Wechat.

Takut tak imaginasi macam ni? Dah ready ke nak kahwin cepat-cepat dik? Fikirlah masak masak. Jangan terikut trend bila berkahwin. Kahwin sebab Allah. Bukan sebab viral 16 tahun kahwin kau nak juga sebab boleh tiktok laki bini sesama.

Alah dikkkk. Zis pun dulu kahwin sebab trend juga. Wakaka. Waktu tu Erin Malek kahwin, Fatin Afifah kahwin, Diana Danielle kahwin, waktu tu semua umur range 18-20 gitu. Ish seronoknya kahwin muda! Nak gak ah. 

Cliche alasan aku, nak halalkan ikatan. Nampak yang indah je dek. Nanti hari hari boleh duduk depan tv sesama. Nanti hari hari boleh tidur sebantal sesama. Nanti hari hari boleh keluar sesama. Tapi nanti bila kau kahwin, hidup kau berubah 360• dan kau akan rasa terkujat terkejut menggeletor pakej.

Dalam usia muda, kau dah kena hadap dugaan ibu bapa mertua, ipar duai, yang mungkin tak sekepala. Kau dah ready ke mentally family laki kau kutuk kau waktu diorang tengah potong bawang kat dapur? Dah ready?

Kalau setakat baru kena umpat sikit kau dah koyak, takyahlah dik. Kalau dah kahwin muda, dah sah sah lah laki kau tu belum mampu mana nak sediakan kau sebuah rumah yang selesa. Dan semestinya kau akan duduk sebumbung dengan mertua. 

“Alah sekarang bf kita punya mak layan kita baik. Kita ngam dengan akak akak ipar kita semua”

Ye dik. Belum kahwin. Semua wangi. Nanti kau dah sebumbung, kau sembur perfume Victoria Secret pun bau taik petai dik. 

Itu baru bab family baik. Kalau dah awal awal tunjuk family dia tu tak baik. Adoi. Dah ready nak rasa baju kau basuh kena humban ke lantai?

Dah ready kau masak tak ada sorang pun nak sentuh sebab tak sedap? Dah ready kau kemas rumau orang kemas semula sebab rasa kau kemas tak betul? Dah ready nak rasa kena hina sebab kau takde apa apa melainkan SPM? Dah ready?

Dik. Kahwin muda memang best. Aku tak tipu memang best. Dapat pulak laki satu kepala. Jenis jahat sama sama. Muda plak kan. Memang nak buat jahat jelah. 

Tapi bila kau dah penat. Kau nak buat baik. Laki kau belum move on lagi sebab dia sebenarnya belum puas enjoy.

Kau dah ready ke nak diduga dengan suami punya perangai plak? Dapat plak laki jenis cepat bosan. Sikit sikit complain kau tu tak pandai masak lah, tak kemas rumahlah, tapi tolongnya tidak. Kang kejap kejap kantoi ada awek lain kat wechat.

So nasihat akak dik. Sabarlah. Simpan sikit kegatalan itu. Simpan banyak lagi bagus dik. Dengar cakap akak. Akak dah kahwin muda. Dan akak cerai dalam usia muda juga dik. 

Akak MENYESAL kahwin muda. Sebab banyak benda akak terlepas dik. Banyak sangat-sangat. Jangan menggelabah nak kahwin. Pergilah bawa mak bapak kau tu pergi jalan jalan dulu dik. Pergi kumpul harta dulu dik. Pergi bina kerjaya dulu dik. Dik, nanti bila kau berjaya, beratur lelaki bagus bagus nak kau dik. So belajar lah bersabar sikit.

Sebenarnya aku memang sarankan, perempuan ni serendah-rendah pendidikan biarlah diploma. Sekurangnya bila nak kerja mana mana, sedaplah sikit. Bela lah diri sendiri dik. Kita perempuan ni, seolah ada tamat tempoh. Cuma tak tahu je bila.

So sebelum dibuang, kau readykanlah diri nak masuk tong kitar semula yang mana satu. Untuk aku, sekurangnya asbab ada pendidikan, walau taklah tinggi mana, terselamat juga aku nak survive ke mana mana.

Anywayyyy. Ini aku tak pukul rata. Kalau kau sekarang dah tua pastu zaman dulu kau kahwin umur 18 tahun gitu, tapi masih bahagia dan sempurna, janganlah samakan. Zaman sekarang dah tak mcm dulu zis zis sekalian. Nak cari yang berkualiti itu seolah mencari bintang ketika siang.

Hampir mustahil tapi ajaibnya tetap ada. Gitu. Madah pujangga aku. Ada je yang kahwin muda dan bahagia. Tapi kebanyakannya sebab bini dia umur 18 tahun laki dia umur 30 lebih memanglah bahagia. Semua dah tersedia. 😂

Laki pun, dah tua, dapat plak bergetah. Gila tak sayang? Itulah contoh contohnya. Dan masih.. ini semua jodoh Allah juga. Apa apa jadi ada hikmah. Kahwin muda ke, kahwin lambat ke, ada hikmah. Aku cuma pesan yang belum kahwin ni jangan bergetar sangat semua aset. Rileks rileks sudah.

Tapi buat yang dah kahwin muda tu, tahniah dan didoakan semoga uolls kuat semangat untuk tempuh dugaan rumahtangga yang penuh onak duri. Bahagianya susah nak jumpa, perit jerihnya susah nak elak.

Kuncinya: sabar dan banyakkan solat. Sekian.

Sumber: Ayu Aziz