Polis tahan suspek rogol pengantin baharu


Seorang lelaki yang didakwa merogol pengantin baharu berjaya ditahan polis, di kediamannya di Kampung Limbong, Terengganu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, suspek berusia 17 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Balai Pakai pada jam 11.30 malam. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 5.40 pagi, 5 Oktober 2018, mangsa berusia 29 tahun yang bekerja sebagai tukang masak tidur bersendirian di rumah sewa, memandangkan rakan serumahnya sudah berhenti kerja, manakala suami yang baru dikahwini beberapa bulan bekerja di Kuala Lumpur. 

Suspek yang memakai topeng dan berseluar dalam memecah masuk ke rumah sewa mangsa lalu merogolnya.

Suspek turut melarikan wang tunai sebanyak RM200 dan sebuah telefon bimbit mangsa. 

Difahamkan, mangsa juga bergelut dengan suspek sehingga mengalami kecederaan di bahagian paha akibat terkena gunting. 

"Suspek ditahan reman bermula 21 Januari hingga sekarang. Pengadu dapat mengecam suspek berdasarkan bentuk badan dan rupanya.

"Sampel DNA suspek telah diambil untuk tindakan lanjut dan rakaman percakapan telah diambil. 

"Kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada hari ini dan kita sedang menunggu arahan lanjut," katanya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan. 

Sumber: Sinar Harian

'Kan sakit muka tu kena tamparan wanita' - Muhammad Sajjad pertahankan pembantu peribadinya


Susulan kes viral seorang lelaki berperwatakan wanita memukul pekerja farmasi, majikan kepada lelaki berkenaan, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman tampil mempertahankan pembantu peribadinya itu. 

Dalam kapsyen gambar mangsa kejadian yang dimuat naik di Instagramnya, Sajjad mendakwa mangsa terlebih dahulu mencari masalah dengan mereka.

"Kes viral pasal pembantu peribadi saya pukul dia ini disebabkan dia tak ada adab dan tak ada budi bahasa yang baik. 

"Cubalah awak tu mempunyai bahasa yang baik, mesti orang tak akan pukul awak. Awak pula panggil pembantu peribadi saya anjing dan kata macam-macam pasal hal saya. 

"Bila pembantu saya datang cari awak, takut pula awak ye? Kan dah kena, bertembung buku dan ruas. 

"Awak pun mengata orang, benci orang atau menyampah dengan orang sekalipun, cuba tengok diri awak! Bukan nak hina, tapi boleh nilai sendiri! Bukan ini gambar yang awak sendiri masukkan dalam Facebook awak dan IG awak sendiri! Aib yer!! 

"Apa-apa pun, kan sakit muka tu kena tamparan wanita dari wanita cantik @diamonds_isabella dan juga wanita mempunyai wawasan @mokkay_. 


"Lepas ni sayang, cuba hormati orang. Jangan hina orang dan jangan aibkan orang. Kerana tanpa kita sedari, 1 jari awak tuju kesalahan orang, 9 jari menuju pada diri awak. Orang berbudi, kita berbahasa. Orang dok maki, kita kasi bisaa!!! Rasakan! Kan dah viral!! 

"Tapi dia ini macam sesuatu jer?? Macam... No comment! Begau begau rupa nya dia ini. Adakah??? Gitewww!!" katanya. 

Sumber: Nursajat23

'Dia cakap orang suka kutuk dia cacat tapi isterinya normal' - Pemilik butik kongsi kisah pelanggan istimewanya buat netizen rasa sebak


Tersentuh rasa hati ini apabila membaca kisah lelaki istimewa yang diceritakan oleh @Zeghrinjfrs, di mana dia sering datang ke butik melihat baju-baju ready made. Apabila ditanya, katanya dia berhasrat membeli sepasang pakaian untuk isterinya. 

Perkara ini berlarutan hampir dua tahun. Apabila tiba waktunya, pakaian yang diidamkan itu pula sudah tiada. Baiklah, tak nak ulas panjang-panjang, baca perkongsian dari @Zeghrinjfrs dan hayatilah sedalam-dalamnya kebaikan manusia. Semoga bermanfaat dan menjadi contoh buat kita semua.


INI client istimewa saya. Nak tahu tak kisah dia? Saya sudi berkongsi. 

Ya, dia OKU sejak lahir sebab mak dia terjatuh semasa mengandungkan dia. Jadi, dia lahir dalam keadaan otot yang stoke. I tak sampai hati nak soal selidik walaupun kami dah kenal sejak 2017. 

Dia ada isteri dan dua orang anak yang usia dalam lingkungan 15 tahun dan 10 tahun. Dia bekerja sebagai cleaner di Majlis Daerah Tapah dan isterinya pula tidak bekerja. 


Setiap kali dah nak dekat raya, dia akan datang ke butik sebab nak tengok baju. Dia nak isteri dia pakai pakaian cantik-cantik. Isteri dia jenis yang redha saja, ikut saja kemahuan suaminya. 

Dia selalu masuk butik tapi tak beli apa-apa. Dia selalu tengok baju ready made yang sama saja sejak 2017 untuk isterinya. Dia suka tengok baju-baju Maison, katanya elok. 


Butik always welcome him plus dia sangat confident masuk butik since ramai orang area sini takut nak masuk Maison. Katanya macam mewah. I don't think so. Haha. 

Tapi nak layan dia kena penuh bersabar sebab dia jenis yang cakap kuat, satu butik boleh dengar suara dia. Tak kisahlah ada orang tengah fitting atau ramai client dan I sendiri selalu tak faham apa dia cakap. Normally saya sendiri yang akan layan dia sebab dia nak saya layan dia walaupun I jarang layan walk in client. 

Lately since December, dia every week datang butik tapi I tak ada sebab selalu outstation. Dia kata, 

"Aku macam orang bodoh je, datang lepas tu keluar" 

Then I niat tak apalah I bagi sajalah baju ready made yang dia selalu tengok untuk isteri dia itu. Dah nak masuk dua tahun dia usha baju itu. 

Then at the time dia datang, baju itu dah tak ada. Orang dah beli. Mungkin tak ada rezeki dia kot. 

So dia datang nak tempah baju raya anak sulung dia. Dia cakap untuk anak dia dulu. Kalau ada duit, dia tempah pula baju isteri dia. 

Dia ada bela ayam, jadi dia jual ayam dia sikit-sikit nak bayar duit baju. So, I tak apalah, I bagi half price sajalah. Niat nak tolong dan I bagi satu kurta ready made untuk dia. 


Then dia datang lagi nak try and error buat baju isteri dia. Rezeki dia I ada, so I just minta dia bayar apa yang mampu. 

Dia cakap orang suka kutuk dia cacat, tapi isteri dia normal. Dia sakit hati and sedih, sebab itu dia nak tunjuk bahawa dia mampu bagi isteri dia pakai cantik-cantik, pakai baju-baju butik. 

Dia cakap dia buat baju isteri dia saja, dia tak payah. Nanti banyak pula kena bayar hutang. Lagipun ayam dia tengah selesema, tak boleh nak jual. Hahaha! 

Then I cakaplah, "Abang buat la baju raya satu.". Dia kata, tak ada duit. I cakap, "Tak apa, abang bayar saja berapa yang mampu" dan kemudian dia menangis. 

Then dapatlah dia baju sebijik macam kat display. 

Moral of the story, I selalu rasa I tak dapat buat apa yang I nak. I nak join all the fashion show, jumpa orang-orang yang femes, happy inspiredkan orang ramai macam ramai designer nak. 

But take it memang dah ditentukan duduk luar bandar untuk membantu dan menginspirasikan orang di sini. Dan I lupakan apa yang I nak bila I tengok muka semua kakitangan saya. Banyak orang tak dapat mencapai apa yang mereka mahukan. Jadi saya korbankan impian saya untuk membantu masyarakat. 

Kena selalu fikir bila kita bekerja ini, kita mudahkan masalah dan urusan orang lain dalam masa yang sama. 

Kaki Imraan mungkin akan dipotong selepas gigitan serangga di kaki dijangkiti bakteria pemakan daging


Kebiasaannya kita mengabaikan kesan gigitan serangga kerana ia akan pulih sendiri dalam masa yang singkat. Namun, kita selalu dinasihatkan untuk tidak menggaru kesan gigitan itu secara berlebihan. 

Seorang ibu di Singapura baru-baru ini berkongsi mengenai kejadian yang menimpa anaknya pada 17 Januari lalu di mana anak lelakinya yang berusia dua tahun, Imraan Danish, dijangkiti bakteria pemakan daging selepas kaki kanannya digigit serangga. 

Menurut si ibu, dia berkongsi mengenai perkara itu kerana mahu orang ramai mengambil maklum dan tidak memandang ringan dengan kes-kes kecil seperti ini terutamanya jika mereka merasa ada sesuatu yang tidak kena. 

"Segalanya bermula dari gigitan serangga yang kemudian menjadi luka kerana mungkin dia garu kesan gigitan itu lalu dijangkiti bakteria sehingga menembusi sistem badan dan mula menjejaskan badannya. 

"Di mana dan serangga apa yang menggigitnya, kami tak dapat jawab persoalan itu," katanya. 

Difahamkan, mangsa mengalami demam panas yang melampau tetapi selepas diberi ubat, Imraan kembali pulih. 

Si ibu tidak menyangka apa-apa yang buruk akan berlaku sehingga dia mula menyedari keadaan anaknya semakin teruk dan terus dihantar ke hospital, ditahan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak. 

Doktor mendapati Imraan telah dijangkitan bakteria yang dikenali sebagai GAS (Group A Streptococcus) yang boleh membawa maut.


Selepas lima minggu menjalani rawatan di hospital, Imraan kembali pulih. Namun masih ada luka di kaki kanannya yang dijangkiti dan doktor berkata, mereka masih memantau keadaan Imraan. 

"Dari awal doktor kata kaki Imraan mungkin akan dipotong, tetapi mereka cuba sedaya upaya merawat Imraan sebelum keadaan Imraan sampai ke tahap itu," kata ibunya. 

Walaupun Imraan sudah dibenarkan keluar dari hospital, ibunya meminta golongan ibu bapa di luar sana berwaspada meskipun serangga kecil kelihatan seperti tidak berbahaya. 

"Kepada golongan ibu bapa, jika nampak kesan gigitan serangga yang tidak normal pada badan anak atau apa-apa yang sewaktu dengannya, terus dapatkan rawatan doktor atau terus bawa ke hospital. Jangan jadi seperti saya. Saya sangka ia kesan gigitan normal, tetapi ia boleh menyebabkan saya kehilangan anak," katanya.