(Video) Pasangan remaja kantoi 'projek' atas bumbung masjid


Sepasang remaja di bawah umur ditangkap kerana melakukan maksiat di bumbung Masjid Jamik Baitul Muttaqin Saree di Kecamatan Lembah Seulawah, Aceh Besar, Indonesia, 24 Februari lalu. 

Pada mulanya warga masjid melihat pasangan itu naik ke tingkat dua bangunan masjid. Curiga dengan kelakuan pasangan itu, mereka pergi melihat apa yang dilakukan oleh pasangan itu. 

Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati pasangan itu sedang melakukan perbuatan tidak senonoh di mana si lelaki dilihat sedang menindih pasangannya di atas bumbung masjid. 

Pasangan itu kemudian ditangkap dan remaja lelaki itu sempat dipukul sebelum mereka dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya. 


Ketua Polis Aceh Besar, Ayi Satria Yuddha mengesahkan kejadian itu, namu nmeminta agar kes itu tidak diviralkan kerana pasangan itu masih bawah umur. 

Apakan daya, video tersebut telah disebarkan di media sosial dan stesen televisyen di negara itu turut menyiarkan klip video tersebut dengan gambar kedua-duanya dikaburkan. 

Sumber: Serambi News

Gadis OKU diratah oleh bapa dan 2 beradiknya sebanyak 185 kali


Polis Indonesia mendedahkan pihaknya baru-baru ini menyelamatkan seorang gadis remaja berusia 18 tahun merupakan OKU (lembam) dikenali sebagai AG dari terus diratah oleh bapanya, JM, 45, dan dua beradiknya iaitu SA (24) dan YF (15 ), yang ditahan atas dakwaan melakukan serangan seksual terhadap mangsa semenjak ibunya meninggal dunia. 

AG yang tinggal bersama tiga suspek itu di Sukoharjo. Jirannya yang prihatin berkata, dia curiga melihat keadaan AG lalu meminta polis menyiasat bapa dan dua beradiknya itu sebelum ketiga-tiganya ditahan. 

Menurut penyiasat, JM mengaku telah merogol mangsa sebanyak lima kali, manakala SA berkata dia telah merogol AG sebanyak 120 kali dan YG, 60 kali. 

Ketua Polis Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak Tanggamus, Primadona Laila berkata, JM mengakui dia sedar bahawa dia merogol anaknya sendiri dan mengambil kesempatan di atas kekurangan anaknya itu. 

"Dia (mangsa) tidak berdaya dan bapanya mengambil kesempatan itu untuk memuaskan halwa nafsunya," kata Primadona. 

Sementara itu, SA dan YF berkata mereka bertindak demikian kerana terdorong dengan nafsu selain kerap menonton video lucah melalui telefon bimbit, malah pernah mengajak mangsa menonton video itu bersama mereka beberapa kali. 

Bukan itu sahaja, YF juga mengaku kepada polis bahawa dia baru-baru telah melakukan hubungan seks dengan lembu dan kambing milik jirannya. Ekoran itu, polis meminta YF menjalani pemeriksaan mental. 

Mangsa kini dijaga oleh saudara dan berada dalam keadaan baik dari segi fizikal. Tetapi dia masih trauma dengan kejadian tersebut. 

Tiga suspek terbabit ditahan reman untuk siasatan lanjut. Jika didapati bersalah, ketiga-tiganya boleh dihukum penjara selama 15 tahun. 

'Dia mula berubah selepas mengenali game itu' - Pelajar gantung diri, dipercayai akibat game PUBG


Mayat sorang pelajar lelaki ditemui orang awam dalam keadaan membusuk tergatung di sebatang potok di Kabupaten Buton, Sulawesi Tenggara, Indonesia, pada 24 Februari lalu. 

Ketua Polis Daerah Sulawesi Tenggara, Agus Mulyadi mengesahkan penemuan mayat remaja berusia 16 tahun itu. 

Menurut Agus, mangsa dilaporkan sudah tidak pulang ke rumah selama beberapa hari sebelum mayatnya ditemui. 

"Menurut keterangan seorang saksi, mangsa keluar dari rumah sejak 21 Februari 2019 kira-kira jam 6.30 petang. Namun selepas tiga hari, mangsa tidak pulang ke rumah.

"Keluarganya mengambil keputusan untuk mencari mangsa dan pada 24 Februari, mayat mangsa ditemui pada jam 10.30 pagi dalam keadaan lehernya tergantung pada tali yang diikat pada sebatang pokok," katanya. 

Berdasarkan keterangan beberapa saksi lain, mangsa jarang hadir ke sekolah sejak empat bulan lalu, malah sikapnya juga berubah menjadi seorang yang pendiam. 

"Rakan sekolahnya memaklumkan, mangsa berubah selepas mula bermain game online PUBG, Free Fire dan COC. 

"Di sekolah, mangsa tidak mempunyai masalah peribadi dengan rakan ataupun guru. 

"Tetapi mangsa selalu keluar malam dan pulang pada waktu tengah malam. Dia sangat pendiam dan selalu mengunci dirinya di dalam bilik di mana keluarganya menyangka mangsa sedang bermain game online. 

"Mangsa hanya bercakap dengan ibunya untuk meminta wang bagi membeli data internet yang telah habis," katanya. 

Sumber: SultraKini

Tuntut cerai, suami pukul kepala isteri dengan al-Quran


Tindakan isteri menuntut perceraian mengundang kemarahan suaminya yang hilang pertimbangan lalu memukul kepala mangsa dengan al-Quran, sebelum memukul anak perempuannya dengan rotan sehingga cedera. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, kejadian itu berlaku pada jam 3.30 petang 21 Februari lalu di kediaman pasangan tersebut, Jalan Tengah Stulang Baru, Johor Bahru.

Beliau berkata, punca kejadian itu berlaku adalah kerana isteri kedua yang dinikahinya pada 18 Ogos 2017 berusia 40 tahun menuntut perceraian. Tetapi lelaki itu enggan menerima sehingga menimbulkan kemarahan. 

"Suspek kemudian masuk ke dalam bilik tidur dan mengambil sebatang rotan berukuran 60 sentimeter di atas almari, lalu memanggil anak kandung perempuannya berusia 9 tahun masuk ke dalam bilik. 

"Suspek memukul kanak-kanak itu dengan rotan pada bahagian tangan kiri dan betis beberapa kali sehingga cedera," katanya. 

Difahamkan, anak perempuannya sudah dua kali dipukul bapanya menggunakan rotan, tetapi tidak melaporkan kejadian itu kepada polis. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. 

Sumber: Harian Metro

Ibu bapa boleh didenda RM20,000, penjara 10 tahun jika tidak beri anak suntikan vaksin


Jumlah ibu bapa yang enggan memberi suntikan imunisasi kepada anak mereka semakin meningkat dan membimbangkan kerana ia boleh memudaratkan kanak-kanak lain. 

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menegaskan, ibu bapa yang didapati cuai terhadap anak-anak sehingga menyebabkan kematian, mereka boleh didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak. 

"Akta Kanak-kanak punyai fasal kecuaian, vaksinasi sangat penting untuk kesihatan kanak-kanak.

"Kami merancang untuk mengambil tindakan terhadap ibu bapa yang mengabaikan kesihatan kanak-kanak dengan tidak memberikan vaksin. Ia bukan sahaja memberi impak kepada anak, tetapi kanak-kanak yang lain juga," katanya memetik laporan dari Astro Awani, hari ini.

Mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, mana-mana orang yang mengambil berat terhadap kanak-kanak, yang mendera, mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan emosi atau fizikal boleh dikenakan denda RM20,000, hukuman penjara maksimum 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Ia merujuk kepada kes kematian seorang kanak-kanak lelaki baru-baru ini di Johor Bahru yang disyaki akibat jangkitan difteria pada 21 Februari lalu.

Kanak-kanak berusia dua tahun satu bulan itu dilaporkan tidak pernah memerika suntikan imunisasi.