'Saya terkedu..' - Rider GrabFood tempuh perjalanan 7KM dengan kerusi roda untuk hantar pesanan pelanggan


Ketabahan seorang rider Grab Food dari Singapura ini memberikan inspirasi kepada orang ramai yang memuji ketabahannya bekerja seperti orang lain biarpun dia hilang keupayaan untuk berjalan seperti biasa. 

Biarpun pergerakannya sedikit perlahan, apa yang penting bagi Sumaiyah, pesanan yang dibuat oleh pelanggan harus dihantar dan disebabkan itu dia sanggup menempuh perjalanan sejauh tujuh kilometer dengan hanya menggunakan kerusi rodanya. 

SAYA membuat pesanan I-Tea bubbletea untuk isteri saya melalui Grab Food SG (Singapura). Kemudian rider Grab Food mengambil pesanan itu di Tampines dan dihantar ke rumah saya di Bedok Reservoir. 

Jika menggunakan kereta, ianya mengambil masa 10 hingga 12 minit, basikal 15 hingga 20 minit, e-scooter mungkin dalam masa 12 hingga 15 minit. 

30 minit sudah berlalu, saya mula tidak bersabar dan tertanya-tanya di mana bubble tea yang saya pesan tadi. Bila saya melihat pergerakan rider melalui aplikasi Grab Food, ia kelihatan seperti bergerak perlahan dari apa yang saya jangkakan. Masa itu saya tertanya-tanya, adakah rider itu berjalan kaki, bukannya menggunakan kenderaan? 

Akhirnya, apabila ikon rider itu masuk ke kawasan kediaman saya, saya perasan dia terlepas jalan masuk ke tempat letak kereta dan membuatkan saya menjadi gelisah. Saya jenguk keluar tingkap mencari, melihat ke kiri dan kanan dan tiba-tiba ternampak sesuatu yang membuatkan saya terkedu. 

Rider GrabFood menggunakan kerusi roda bermotor dengan perlahan-lahan bergerak di sepanjang laluan pejalan kaki di hadapan blok saya. 

Firasat saya mengatakan, dialah rider yang ditugaskan untuk membuat penghantaran bagi pesanan saya tadi dan saya terus bergegas turun mencari dia. 

Saya pergi ke arahnya apabila dia sampai di lif lobi dan hati saya rasa sayu. Saya sempat berbual seketika dengan dia dan bertanya apakah benar dia bergerak dari Tampines sehingga ke kediaman saya ini dan dia mengangguk mengiakan pertanyaan saya. 

Saya terkedu dan sedikit emosi tetapi cuba bertenang, begitu juga dengan Sharlien yang beradai sebelah saya. 

Apabila dia menyerahkan pesanan saya, selepas membuat pembayaran melalui GrabPay, saya cepat-cepat mengambil dompet dan menyerahkan segala wang tunai yang ada kepada dia. Secara jujurnya saya sedikit terkejut dan tak tahu nak cakap apa. 

Inilah pengajaran yang amat berguna untuk saya kongsikan bersama Sharlein semasa dalam perjalanan ke sekolah hari ini. 

Masya-Allah. Ketabahan yang ditunjukkannya melebihi keupayaan dirinya sendiri. Semoga Allah memberikan kekuatan, harapan dan murahkan rezekinya agar sentiasa menjadi inspirasi kepada orang yang sempurna seperti saya dan juga awak. 

Terima kasih Sumaiyah. 

Polis tahan suspek selepas viral video dera anak


Susulan viral video di media sosial yang menunjukkan seorang wanita mendera anak perempuannya, polis telah menahan suspek di Batu Caves, Gombak, jam 5:00 petang semalam, lapor Harian Metro. 

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada tahun lalu di kediamannya dan seorang individu telah membuat laporan polis berhubung video viral itu. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pasukan dari JSJ Selangor menahan suspek berusia 30 tahun di sebuah restoran di Jalan Sungai Tua, Batu Caves.

"Siasatan awal mendapati, kejadian itu dipercayai berlaku di apartment dekat Taman Raintree, Batu Caves pada 2018. 

"Suspek ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak," katanya. 

Berdasarkan video viral itu, suspek dilihat menendang anak perempuan berkali-kali. Mangsa yang tidak berdaya melawan hanya mampu menahan diri dengan tangan sebelum menangis kesakitan akibat ditendang ibunya yang dipercayai berbuat demikian kerana mempunyai masalah dengan suaminya. 

Bagaimanapun, bekas suaminya mendakwa kejadian itu sudah lama dan mereka berdua telah berdamai. Katanya, video itu disebarkan oleh teman wanita dia yang tidak berpuas hati dia mahu meninggalkannya. 

BERITA BERKAITAN:

Bapa dakwa saiz alat sulit menantu besar punca anaknya meninggal, bila diperiksa ternyata...


Seorang duda terpaksa menunjukkan alat sulitnya kepada rakan dan pihak berkuasa selepas bapa mentuanya melaporkan dia kepada pihak polis, mendakwa alat sulitnya yang bersaiz besar telah membunuh anak perempuannya ketika pasangan itu bersetubuh, lapor Daily Mail

Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Baresh, disiasat oleh pihak polis pada Februari lalu dan diminta menunjukkan alat sulitnya di hadapan ahli keluarga isteri dan ketua kampung. 

Bapa mentuanya, Nedi Sito, 55, dari Kampung Maron Kidul di Daerah Maron, Jawa Timur, Indonesia terdahulu mendengar khabar angin yang mendakwa anaknya, JUmantri, 23, meninggal dunia disebabkan saiz alat sulit suaminya, sebelum melaporkan menantunya itu kepada pihak polis. 

Namun, pihak polis mendapati saiz alat sulit Baresh adalah normal dan bukan menjadi punca isterinya meninggal dunia. Sebaliknya, Jumantri meninggal dunia kerana diserang sawan pada malam kejadian. 

Ketua Unit Siasatan Jenayah Probolinggo berkata, "Selepas melihat dengan mata sendiri, saiz alat sulit suspek, ternyata saiznya normal aja.

"Selepas disahkan normal, bapa mentuanya menarik balik laporan polis dan kedua-dua pihak telah bermaafan," katanya. 

Nedi yang terdengar khabar angin itu pada awalnya terkejut dan bertindak membuat laporan polis. Selepas disahkan khabar angin itu tidak benar, dia kini menerima hakikat bahawa anak perempuannya itu meninggal dunia kerana diserang sawan.

'Dasar menantu pemalas! Dah diberi menumpang, tak bersyukur' - Ibu mentua


Selepas berkahwin, sebaik-baiknya tinggal di rumah sendiri berbanding rumah mentua, melainkan mentua menjemput untuk tinggal bersama. Ini bagi mengelakkan berlakunya insiden yang tidak diingini di antara menantu dengan mentuanya. 

Antara kes yang pernah berlaku, seperti yang diluahkan oleh si ibu mentua ini di mana dia berasa kehadiran menantunya membebankan bilamana kerja-kerja menguruskan rumah tidak dibantu oleh si menantu. 

Menurut si ibu mentua, menantunya pemalas dan sering memerap di dalam bilik, hanya keluar selepas suaminya pulang dari kerja. 

"Dasar menantu pemalas! Ingatkan ada menantu ni, ringanlah sikit beban mak mentua. Rupa-rupanya, tak. Huh! 

"Sudahlah kain baju dibasuh, dilipat lagi, masak untuk kau. Kau ingat mak mentua kau ini orang gaji kau ke? Banyak cantik muka kau? 

"Duduk memerap dalam bilik, bila laki balik, baru kau keluar. Selepas itu, berkira pula nak angkat dan lipat baju kau je. Baju mak mentua kau dibiar berkulat di situ. 

"Sudah diberi menumpang, tak bersyukur langsung. Tak faham betullah dengan manusia macam ni," luahnya di Facebook Kisah Rumah Tangga

Bagaimanapun, itu hanya cerita dari sebelah pihak sahaja. 

Sementara itu, netizen berpendapat bahawa anak kepada pengadu juga perlu ditegur dalam hal ini. 

"Ayat ini 'Dah dibagi menumpang, tak bersyukur' sepatutnya diberi kepada anak makcik, bukan kepada menantu. Jangan gatal nak berkahwin kalau tidak mampu nak menyediakan tempat tinggal untuk isteri sendiri.

"Menantu juga bukan orang gaji. Jangan fikir bila dapat menantu saja, macam dapat orang gaji nak suruh buat itu ini. 

"Mungkin si menantu ada menolong melakukan kerja-kerja rumah, tetapi makcik pula jenis kaki kondem itu ini tak kena. Maka si menantu tiada pilihan selain duduk di dalam bilik buat hal sendiri.

"Nak ajak anak macik pindah, mungkin dia tahu suaminya tidak mampu," kata netizen. 


Apa pandangan anda? Adakah perlu pasangan berkenaan berpindah agar tidak membebankan pengadu? Atau pengadu perlu cuba berfikiran positif dan mendidik menantunya? 

'Salah ke aku bagi ubat peransang kat laki aku?' - Isteri kecewa, suami abai tanggungjawab


Bila sudah mendirikan rumah tangga, suami isteri perlukan menjaga hati pasangannya sepanjang masa. Adakalanya perlu mengalah, adakalanya perlu bertanya jika tidak memahami tindakannya. Itu semua asam garam berumah tangga. 

Baru-baru ini seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap suami yang dianggapnya seperti 'batu' yang tak punya perasaan. Pelbagai cara dan kaedah dilakukannya untuk memujuk si suami, namun lelaki itu tidak mengendahkannya. 

"Salah ke aku bagi ubat peransang kat laki aku? Geram aku. Ada ke patut dari mula kahwin sampai sekarang dah ada anak seorang? Aku je yang dok hemoi-hemoi dia, penat tau. Sekali pun dia tak pernah datang hemoi-hemoi aku dulu. 

"Nak kata dia ada perempuan lain, tak ada pula. Kadang-kadang dia pergi kerja, handphone tinggal di rumah. Aku bagi ubat peransang boleh dia duk diam, tak juga mulakan dulu. Apa masalah jantan spesis ini? Aku dahlah jenis nak je.

"Time cuti pun dia tetap sama. Dengan handphone tengok politik yang dok bergaduh dalam Dewan Rakyat tu. Hangin aku. 

"Penat oit, rasa macam laki aku tak ada nafsu kat aku. Padahal aku ni goda dia, kalah perempuan dalam disko tu. Kadang-kadang rasa macam tak ada maruah pula. Serius lama-lama takut bosan, kecewa dan benci," luahnya di Facebook Kisah Rumah Tangga

Bagi segelintir netizen, ia mungkin nampak remeh dan lucu. Tetapi sekiranya tidak ditangani dengan lebih awal, ia boleh membawa kepada perceraian kerana si suami tidak peka dengan kehendak batin isteri. 

"Betul tu, ramai suami pandang remeh hal begini. Bila isteri tunjuk ketidakpuasan hati, suami kata isteri tidak tahu bersyukur. Bila failkan cerai, dilabelnya perempuan ikut nafsu, mula tuduh si isteri cari lelaki lain, dicop gatal, sundal dan lain-lain. 

"Sepatutnya suami mengambil berat tentang hal-hal seperti ini tak kiralah sudah lama atau baru berkahwin," kata netizen. 

"Luahan walaupun jenaka, tapi penuh dengan ayat tersirat. Kaum lelaki kena alert benda ini, takut isteri curang. Jaga-jaga," tambah netizen lain.