Budak 2 tahun melecur 70 peratus selepas terjatuh dalam periuk mengandungi air panas


Seorang kanak-kanak lelaki melecur teruk selepas secara tidak sengaja terjatuh ke dalam periuk yang mengandungi air panas mendidih di Ukraine. 

Mangsa, Ivan Maletych, kini sedang bertarung nyawa selepas dia mengalami kelecuran 70 peratus di seluruh badannya. 

Gambar mangsa dirakam oleh sukarelawan kebajikan yang menunjukkan kepala dan separuh badannya dibalut dengan kain pembalut luka, terlantar di katil hospital. 


Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika ibunya, Ivanna Maletych sedang mencuci pakaian. 

Sebelum itu, Ivanna meletakkan periuk berisi air panas itu di lantai dapur dan keluar ke kedai untuk membeli roti. 

"Ivan masa itu sedang bermain dalam rumah dan abangnya sedang menonton kartun. 

"Saya percaya Ivan masuk ke dapur dan secara tidak sengaja terjatuh dan terkena pada periuk itu. 

"Suami yang berada di halaman rumah terdengar jeritan Ivan lalu bergegas mendapatkannya," katanya. 


Suaminya yang menyedari kejadian itu terus membuka pakaian mangsa dan menyiramnya dengan air sejuk sebelum dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). 

Doktor mengesahkan Ivan mengalami kelecuran 70 peratus di badan dan keadaannya juga kritikal. 

"Luluh hati saya melihat keadaannya, saya tak dapat maafkan diri saya dengan apa yang telah berlaku," katanya. 

Sumber: Daily Mail

(Video) 'Kemain bangga lagi dengan pembinaan jambatan baru di Terengganu, tapi buang sampah ke dalam laut'


Viral di Twitter video seorang pemuda kagum dan memuji kecantikan jambatan baru di Terengganu yang hampir siap sepenuhnya. 

Bagaimanapun, tindakan rakannya membuang sampah ke dalam laut tanpa rasa bersalah mengundang kecaman netizen. 

"Kemain bangga lagi dengan pembinaan jambatan baru di Terengganu yang hampir siap sepenuhnya. 

"Tapi sekali buang sampah ke dalam laut. Jom kita ubah wahai rakyat Terengganu," kata @abe_lani.



Sikap gemar membuang merata-rata sepatutnya sudah tiada pada diri bila menginjak usia dewasa. Tetapi mungkin sudah menjadi kebiasaan diri, lalu tidak mengutamakan kebersihan di tempat-tempat awam. 

Netizen juga kesal dengan tindakan pemuda terbabit yang jelas sekali memalukan imej Terengganu. 









Sumber: @abe_lani

'Stress dah dok sidai benda ni, malu kalau orang tengok' - Isteri stress, suami enggan buang spender koyak, sayang katanya


Semua orang, pasti memiliki barang kesayangannya yang langsung tak boleh disentuh, dibuang atau diapa-apakan. Pantang barang itu hilang, maka muncullah bermacam-macam soalan. 

Dalam rumah tangga pun begitu. Sama ada suami atau isteri, pasti pernah berlaku dan adakalanya menjengkelkan, tidak kurang juga ada kisah yang melucukan seperti luahan si isteri di bawah ini. 

"Assalamualaikum min, aku stress. Selalu time nak sidai spender laki aku, aku kena menyorok-nyorok dengan baju-baju anak. Hahaha! 

"Dia sayang sangat nak buat harta kesayangan dia ni. Bukan tak ada duit, duit berkepok tapi part spender ni aku tak boleh terima akal. Dia sayang sungguh-sungguh. 

"Hari itu, ada sekali aku buang sehelai spender dia Dia cari dan tanya. Banyak kali aku kata tak tau. Aku nak buang tak sampai hati sebab dia selalu kata, sedap pakai. 

"Pakcik, makcik bawang ada idea tak macam mana nak bagi laki tak jadi macam ni? Hahaha!" ujar si isteri yang enggan namanya didedahkan. 

Berdasarkan perbualan di WhatsApp, isteri terdahulu meminta suaminya membeli seluar dalam baharu, namun lelaki itu enggan berbuat demikian. Isteri pula berkata dia malu nak menyidai pakaian dalam itu yang koyak di sana sini. Suaminya tetap berdegil tidak membenarkan seluar dalam itu dibuang. 

Tidak puas hati dengan jawapan suami, isteri pula mengugut mahu viralkan di media sosial. Lantas suami meminta isterinya menyidai pakaian kecik itu di dalam rumah dan tidak peduli sekiranya ia diviralkan kerana tiada yang mengenalinya. 




Sementara itu, netizen pula enggan membawang mengenai hal itu kerana bagi mereka, aib suami perlu dijaga, bukannya didedahkan kepada umum. Meskipun begitu, netizen mencadangkan si isteri membeli seluar dalam baru tanpa perlu memaklumkan kepada suaminya. 


'Siapa kata anak kampung tak boleh maju' - Pasangan ini bina banglo impian (CASH!) dengan hasil titik peluh berniaga ayam proses segar


Setiap kejayaan bermula dari bawah yang melalui pelbagai suka duka dalam perniagaannya. Dan pengalaman dari itu kelak akan mengajarnya untuk lebih tabah dan tidak berputus asa untuk meneruskan usahanya. 

Begitu juga yang dilalui oleh pasangan ini yang menjadi pengusaha ayam proses segar sejak 11 tahun lalu dan kini mampu membina banglo mereka sendiri. 


SURPRISE selama setahun saya mendirikan mahligai cinta dalam diam tanpa upload di Facebook, tanpa beritahu rakan-rakan dan followers di Facebook. Sebab apa saya selalu berpesan berangan tak salah, bercita-cita tinggi juga tak salah tetapi jangan beritahu orang. Set minda kita diam-diam, "aku nak usaha nak kejar cita-cita aku, matlamat aku". Buktikan dulu depan mata, baru sebarkan, baru orang salute pada kita. 

Sekarang saya dah buktikan impian dan cita-cita saya yang ingin mendirikan banglo mewah di usia muda berjaya. 

Siapa kata kahwin muda hidup sempit? Siapa kata orang tak ada sijil tinggi tak boleh berjaya? Siapa kata anak kampung tak boleh maju? 

Bermula kisah kami di alam perkahwinan bila imam jawab sah akad nikah tanggal 3 Januari 2008. Saat itu aku berusia 19 tahun dan suami berusia 22 tahun. Masing-masing tiada pekerjaan tetap, tetapi jodoh kami disatukan. 

Aku cuma bantu mak aku berniaga di warung dan suami aku bantu mak dia berniaga satay di pasar malam. Masing-masing berasal dari keluarga sederhana. Ayah aku mati ketika kau berumur sembilan tahun. 

Selepas berkahwin, kami nekad nak mulakan perniagaan sendiri. Perniagaan pertama kami berniaga satay di kaki lima, kedai orang. Modal diperoleh dari hantaran kahwin. Setiap hari rutin harian pagi beli ayam untuk dijadikan satay. Tiba-tiba terlintas nak berniaga ayam untuk menambah pendapatan. 


Kami buat kedai dengan kayu hutan di tanah peninggalan arwah ayah. Pagi berniaga ayam, malam kami berniaga satay. Bayangkan masa itu buat dua kerja, letih yang amat tetapi kami bahagia dengan kasih sayang. Jatuh bangun kami suami isteri tak pernah mengeluh. 

Tahun 2009, kami dikurniakan seorang puteri. Perniagaan pun berjalan lancar. Kami kumpul aset sikit-sikit dari menyewa upgrade ke rumah sendiri, muatlah tiga beranak. Dari kedai kayu hutan, kami upgrade ke batu. Dari motosikal, upgrade ke kereta. Bolehlah kami berteduh. 


Tahun 2011, Allah nak menduga kami. Kami dihalau dari tapak berniaga dan rumah kami kerana tanah peninggalan arwah ayah bertukar milik kepada ibu saudara. Masih terngiang-ngiang lagi di telinga saya ketika arwah ayah nak menghembuskan nafas terkahirnya kata,

"Ayah bagi rumah dan tanah kat kakak dengan adik Ermaa Ismail. Jagalah elok-elok." 

Macam mana boleh bertukar hak milik pada orang lain? Hasil selidik, arwah ayah beli tanah tanpa tukar nama dan tanpa buat surat hitam putih. Tiada bukti kukuh yang tanah itu milik ayah. Masa itu Allah saja yang tahu kaki tangan menggigil sedih sebak serta terkejut kerana tidak menyangka ia menjadi begini. Kecewa dengan darah daging sendiri yang sanggup menganiaya saya. Allahu, duit dalam poket cuma ada beberapa ribu sahaja. Mana saya nak cari. 

Bermula dari hari itu, kami mula menabung. Kami buat empat kerja. Pagi saya letak satay yang siap bungkus di kedai-kedai kopi. Siap letak satay, saya berniaga ayam. Suami pula turun pagi selepas siapkan satay dan ayam dia kerja bawa lori tanah sampai petang malam kami bernaiga satay. Makan setahun juga kami bertungkus lumus bekerja dan berniaga, kami mampu bayar lunas tanah. 

Urusan naik pejabat tanah dibantu oleh Sarimah Mustapha dan peguam Ashiah Rahman Kak Yah. Alhamdulillah Allah mempermudahkan urusan sampai bertukar status hak milik di geran tanah. 

Pengajaran dari pengalaman saya kalau melibatkan hartanah, wang ringgit anak beranak, adik beradik boleh putus. Jadi letaklah sedikit keraguan dan tidak kepercayaan untuk mengelakkan sebarang kemungkinan. Allahuakbar kuasa Allah pemberi rezeki kepada orang yang bersabar. Kalau sudah tertulis harta itu milik kita, ia tetap akan menjadi milik kita. Doa orang-orang teraniaya dimakbulkan. 

Sekarang sudah 11 tahun kami bernaiga dan macam-macam dugaan dan ujian kami tempuh. Alhamdulillah berjaya. Sujud syukur di atas rezeki yang dikurniakan oleh yang Maha Kuasa Allah SWT. Air mata gembira mengalir di pipi tanpa sedar terasa macam mimpi, angan-angan yang menjadi kenyataann. 

Siapa sangka dengan hanya berniaga di tepi jalan, berniaga di kampung, kami suami isteri tidak mempunyai sijil tinggi boleh membina rumah banglo idaman di usia muda. Hasil titik peluh kami terdirilah mahligai cinta kami. Banglo idaman yang kami dirikan ini adalah tunai tanpa sebarang pinjaman. 

Kami dirikan banglo impian kami dengan hasil dari pekerjaan yang selalu dihina oleh masyarakat, dihina kerana busuk kerana tiada masa depan. Tidak seperti bekerja dengan kerajaan yang diagung-agungkan segelintir pihak. 

Pekerjaan kami tiada pencen, tiada KWSP, tiada SOCSO. Bukan setakat setengah masyarakat, malah ada sanak saudara serta keluarga juga pernah memandang rendah pada pekerjaan kami. Tetapi itu bukan alasan untuk saya dan suami menyerah kalah. Kami nekad dan berjanji akan mengubah tanggapan yang dilemparkan bahawa pekerjaan kampung juga ada masa depan kalau kita berusaha tanpa mengisa masa, penat dan lelah. 


Sekarang saya berumur 30 tahun, suami 33 tahun, banyak aset yang bernilai telah dikumpul seperti tanah-tanah lot, rumah, kedai sewa, lori, cawangan-cawangan perniagaan. Siapa sangka kan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. 




Tujuan saya buat kenyataan ini bukan nak riak atau berbangga diri atau mengaibkan sesiapa tetapi kami suami isteri ingin menyeru anak-anak muda supaya berusaha dan jangan malu atau segan dan malas berniaga apa pun sesuai dengan minat kita. 

Pedulikan kata-kata negatif di sekeliling kita. Anggap kata-kata mereka itu sebagai pembakar semangat untuk berjaya dan buktikan anda boleh berjaya seperti orang lain. Jangan pernah berdendam, benci dengan orang yang buat buruk, yang menghina dan mengecam kita, yagn menganiaya kita. Anggap itu satu ujian Allah Taala untuk kita supaya hati kita selalu tenang, sabar dan mencabar diri kita untuk buktikan kita mampu berjaya. 

Jangan lupa berbuat baik kepada ibu bapa. Ingat kalau ibu bapa kita redha, maka terbuka luas pintu rezeki. Bersedekahlah walaupun sedikit, jangan tunggu kita kaya baru nak bersedekah. Jaga silaturrahim dengan orang sekeliling, jaga solat dna jangan cepat melatah. Kawal emosi, jaga adab. InsyaAllah apa yang kita impikan akan terlaksana. 

Tips saya, janganlah kamu mengeluh dengan ujian yang Allah berikan kerana setiap kepahitan akan diganti dengan kemiskinan. Jika ingin berjaya, jangan mudah patah semangat, buat selagi boleh walaupun keluar air mata berdarah, jangan bagi alasan. Berdoa, mungkin kerana Allah mendengar doa-doa anda. Menabunglah walaupun dalam kuantiti sedikit. 

Ketika aku sedang menaip cerita ini, tak tahulah berapa baldi dah air mata aku gugur mengenangkan segala dugaan dan ujian menimpa kami sekeluarga. 

'Tunai nafkah batin bukan hanya sekadar seks' - Bapa kepada 3 orang anak ini kongsi erti sebenar tanggungjawab nafkah batin


Menunaikan nafkah batin buat isteri. Lagi 45 minit untuk pergi kerja dan saya masih di sini. Di dalam kereta bersama Akbar dan Daisy. Akbar duduk di belakang, bermain dan Daisy yang tadinya tidur, sudah mula tersengih-sengih. Isteri saya Nora Azni sedang berada di dalam Salun sambil ditemani anak sulung kami, Jasmine.

"Nafkah batin apa kau merepek ni?". Soalan yang bakal terpancar di benak hati lelaki berstatus suami yang hanya ingat nafkah batin itu hanyalah seks semata-mata.

Definisi Batin : 1. (dlm) hati, perasaan dlm hati (http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=batin).

Menunaikan, memberi, merealisasikan, melayan apa yang tersimpan di dalam hati isteri boleh dikatakan amat tepat untuk menghuraikan maksud menunaikan nafkah batin.

Itu je? Seksnya mana? Seks hanya salah satu dari perasaan di dalam hati isteri. Jangan angkat dia sebagai yang paling utama sedangkan di dalam hati dan perasaan isteri ini ada banyak lagi. Inilah kesilapan yang kita perlu sedar dan betulkan.

Kenapa ke Salun ini menjadi nafkah batin? Kerana sebagai suami, kita harus mendengar hati kecil isteri. Bangun dari tidur tadi isteri saya cakap dia nak gunting rambut. Saya bertanyakan kepastian dia dan dia cakap betul, dia nak gunting rambut. Saya terus setuju dan dalam 30 minit, kami sudah dalam kereta menuju ke Salun.

Kenapa saya tak fikir panjang? Sebab dia dah bagitau banyak kali dah secara tidak langsung. Dari menunjukkan rambut yang gugur, hujung rambut yang rosak dan lain-lain cara lagi. Bermakna, benda ni telah lama bermain di fikirannya. Kita hanya perlu buka mata dan dengar.

Mula-mula dia hanya nak potong dan cuci. Saya minta dia buat treatment sekali. Kena ingat ya, rambut wanita ini terutamanya yang panjang, kena buat treatment. Penjagaan dia tak sama macam rambut lelaki yang pendek. Jadi saya berharap sangat jangan ada orang pandang remeh bab ni.

Tak sempat kot katanya nak buat treatment sekali. Takpelah kalau macam tu. Kami bertiga pun tunggu dalam kereta sambil layan Cocomelon di Youtube. Hampir sejam berlalu, saya pasti yang dia dapat buat treatment sekali. Seketika kemudian, mereka berdua pun keluar dari Salun dengan penuh senyuman.

Itu sudah cukup buat saya rasa berbaloi menunaikan nafkah batin buat si dia. Isteri yang senyum manis adalah isteri yang gembira. Dan isteri yang gembira bakal membuatkan keluarga yang gembira. Kena percaya ayat ini.

Alhamdulillah, semasa dalam perjalanan pulang, hampir kesemua lampu isyarat lampunya hijau dan saya pun tidak lewat ke tempat kerja. Sangat dipermudahkan.

Jadi, adakah membawa isteri ke Salun termasuk dalam memberi atau menunaikan nafkah batin buat isteri? Sudah semestinya ya.

Tak sampai seratus pun. Setahun sekali pun takpe. Boleh buat kat Salun mesra Muslimah macam ni. Siap ada bilik yang bertutup khas, buat yang bertudung.

Semoga dapat mendetikkan niat dan memberi manfaat. Silalah berkongsi penulisan ini supaya lebih ramai yang sedar bahawa nafkah batin itu bukan hanya seks semata-mata.

Soalan buat si isteri, bila kali terakhir anda buat treatment? Jika ada, boleh kongsi buat kat mana?

Buat si suami, jika tak pernah dengar pasal treatment rambut, bawa isteri anda ke Salun terus. Mereka amat memerlukannya.

Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.

Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

Sumber: BroOhsem