'Pemandu Alza melanggar lampu merah, anak terkorban'


Sabtu lalu, viral di media sosial video seorang bapa mengajar anak perempuannya mengucap dua kalimah syahadah selepas kereta yang dinaiki mereka sekeluarga terbabit dalam kemalangan.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.30 petang persimpangan lampu isyarat berdekatan Jabatan Peguam Negara, Presint 4, Putrajaya, kereta Alza keluarga itu terbabit dalam kemalangan dengan kereta Audi. 

Kejadian itu menyebabkan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, Nur Umairah Syakirah Rosdi, meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala. 

Enam lagi mangsa iaitu ibu bapa dan tiga beradik berusia tiga hingga lapan tahun mengalami kecederaan dikejarkan ke Hospital Putrajaya. 

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 9.50 malam (Sabtu). Adik bongsu dan bapa mangsa cedera, manakala ibu mangsa yang bekerja sebagai guru tadika patah kaki kiri dan tulang pinggul retak. 

Kakak mangsa berusia lapan tahun koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala abangnya cedera di kepala dan patah kaki kiri. 

Pemandu Audi tidak mengalami sebarang kecederaan meskipun keretanya remuk teruk di bahagian hadapan. 




"Siasatan awal mendapati, kereta dipandu bapa mangsa menuju ke Persiaran Timur, berlanggar dengan kereta Audi yang datang dari arah Jalan Tun Hussein di persimpangan lampu isyarat. 

"Berdasarkan siasatan yang dijalankan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, punca kemalangan, pemandu Alza melanggar lampu merah. 

"Pemandu terbabit telah ditahan dan diberi jaminan polis selepas siasatan selesai. 

"Selain itu, pemeriksaan saringan ujian air kencing terhadap lelaki terbabit adalah negatif," katanya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sumber: Harian Metro

Wanita rompak handphone seller ditahan, rupanya positif dadah


Susulan kes wanita tempatan menyamun dua buah telefon bimbit Samsung S10 5G bernilai RM6,000 dalam kejadian Khamis lalu di parkir sebuah hospital di Taman Bukit Indah, Khamis lalu, polis telah menahan wanita berusia 23 tahun dan lelaki berusia 31 tahun di sebuah hotel di taman perumahan yang sama, sehari selepas kejadian. 

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, serbuan yang dilakukan di sebuah bilik hotel pada jam 7.20 malam itu, polis turut merampas sebuah kereta Mitsubishi Galant, dua kunci kereta dan alat penggera, dua telefon bimbit jenis Vivo dan Oppo, satu beg hitam dan dua helai baju. 

Selain itu, 10 peket dadah jenis syabu dengan berat 10.66 gram yang disyaki untuk kegunaan sendiri juga ditemui.

Semakan mendapati, dua suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah. 

Ujian saringan air kencing kedua-dua suspek menunjukkan keputusan positif dadah dan mereka mengaku terbabit dalam kejadian itu bersama dengan seorang lagi rakan mereka yang masih bebas.

Dengan tertangkapnya dua suspek itu, polis berjaya menyelesaikan empat kes dengan modus operandi sama di daerah itu. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri selain Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 atas kesalahan dadah. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN

'Takkan guna hand dryer lagi pasni' - Netizen terkejut cleaner keringkan mop guna hand dryer


Boleh dikatakan kebanyakan pusat beli-belah di negara ini menyediakan hand dryer di tandas bagi memudahkan penggunakan mengeringkan tangan. 

Namun, jangan disangka mesin itu bersih kerana kini tersebar pula gambar individu yang menyalahgunakan kemudahan itu. 

"Saya takkan sesekali menggunakan hand dryer lagi selepas melihat apa yang berlaku di depan mata saya sendiri," demikian kata pengguna di Twitter yang dikenali sebagai Jia. 

"Ini sangat tidak boleh diterima dan tidak bersih. Mop itu digunakan untuk membersihkan tandas. 

"Dah tegur cleaner itu dan dia akur tetapi benda dah jadi," katanya. 


Menurut Jia, insiden itu berlaku di Genting, tandas Bano Cinema. Namun kurang pasti jika tandas itu dibawah pengurusan Aeon. 

REAKSI NETIZEN



Sumber: @jiaohjia

(Video) 'Kerja 7E memang takde safety langsung' - Bekas Pekerja


25 Julai lalu, dua lelaki bersenjatakan pisau merompak sebuah kedai serbaneka di Sungai Siput dan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu turut tersebar di media sosial. 

Berdasarkan video tersebut, juruwang wanita yang bertugas pada ketika itu berada dalam keadaan ketakutan dan menuruti segala arahan yang diarahkan oleh dua suspek. 

Difahamkan, suspek hanya menyamun sejumlah besar kotak rokok pelbagai jenama sebelum keluar meninggalkan premis tersebut. 


Tidak diketahui apa yang berlaku selepas itu, namun netizen kesal pihak 7 Eleven Malaysia seperti tidak mengambil tindakan pencegahan sedangkan premis mereka seringkali disamun penjenayah. 








Sumber: @SyzwnaHairie

(Video) 'Please don't call police, I will pay' - Pelancong kantoi rembat barang hotel di Bali


"I will pay, sorry," demikian rayu pelancong selepas dia dan keluarganya kantoi merembat barang-barang milik sebuah hotel di Bali, Indonesia. 

Berdasarkan klip video yang viral di Twitter, keluarga berkenaan baru saja mendaftar keluar dari hotel tersebut dan perlu ke lapangan terbang. 

Bagaimanapun, kakitangan hotel mendapati barangan dalam bilik hotel yang disewakan hilang, lalu segera bertindak menghalang keluarga itu dari meninggalkan kawasan hotel. 

Ketika mahu diperiksa, pasangan suami isteri itu dikatakan bertindak agresif dan memaki hamun pekerja hotel. Setelah diperiksa, ternyata mereka mengambil barang-barang hotel seperti pengering rambut, pasu hiasan, botol seramik (handwash) dan banyak lagi. 

Suami isteri itu merayu agar mereka tidak dikenakan tindakan dan akan membayar semua barangan yang diambil itu dengan alasan mereka sudah terlambat untuk pergi ke lapangan terbang. 

Namun kakitangan hotel enggan peduli dan terus menggeledah semua bagasi keluarga itu dan menemui banyak lagi barangan yang lain.


Ekoran penemuan itu, pihak hotel mahu membuat laporan polis tetapi pasangan itu merayu agar tidak membabitkan polis dalam hal itu dan mereka sanggup membayar berapa kos yang dikenakan. 

Tidak diketahui sama ada keluarga itu dilepaskan atau sebaliknya, namun netizen Indonesia mengecam tindakan keluarga itu yang tidak bertamadun. 

Sumber: Intan Payu