Pekerja dipaksa makan sayur peria & telur mentah kerana gagal capai sales target


Seorang majikan studio foto perkahwinan di Ganzhou, China, memaksa para pekerjanya memakan peria dan telur mentah kerana gagal mencapai sasaran jualan yang ditetapkan. 

Klip video viral di media sosial negara itu menunjukkan sekumpulan pekerja wanita cuba menelan telur mentah tetapi muntah kerana tidak dapat melakukannya. 

Malah turut kedengaran si majikan berkata, "Cepat! Cepat!" 

Walaupun klip video itu dikecam ramai pihak, syarikat itu enggan peduli.

Syarikat itu menegaskan, apabila pekerjanya gagal mencapai sasaran, mereka akan dipanggil untuk datang bekerja pada hari cuti untuk diberi 'kursus' atau mereka berdepan dengan hukuman makan sayur peria atau telur mentah. 

Terdahulu, sebuah syarikat pembinaan di China juga memaksa pekerjanya yang gagal mencapai KPI memakan ikan mentah dan darah ayam. 

Syarikat berkenaan tidak merasakan tindakan mereka itu keterlaluan dan mendakwa pekerjanya sukarela menerima hukuman tersebut. 

3 lelaki ditahan kerana muat naik kenyataan hasutan mengenai kes lelaki tikam 2 bekas rakan sekerja


Padah memuat naik kenyataan berbaur hasutan dan perkauman mengenai kematian lelaki yang ditembak polis di sebuah kilang di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Isnin lalu, tiga lelaki telah ditahan polis semalam. 

Timbalan Pengarah Forensik/Databank/DNA/Perancangan Strategik Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, ketiga-tiganya ditahan di Pulau Pinang dan Kedah.

Suspek pertama yang merupakan penganggur berusia 32 tahun ditahan di Butterworth pada jam 1.15 tengah hari oleh pegawai IPK Pulau Pinang. Suspek pertama merupakan pemilik akaun Facebook Dun Lunas. 

Suspek kedua iaitu pemilik akaun Facebook Zulkifli Mohd Kadir, 42, pemandu jentolak, turut berkongsi kenyataan yang sama ditahan pada petang semalam di Lunas. 

Suspek ketiga berusia 28 tahun bekerja sebagai sub kontraktor pula ditahan di Kuala Muda pada jam 12.27 tengah malam. 

Ketiga-tiga mereka ditahan mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dengan niat hendak mengapi-apikan mana-mana golongan atau kaum serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKMM) 1998. 

Polis turut merampas telefon bimbit yang digunakan suspske dipercayai digunakan untuk memuat naik kenyataan hasutan itu. 

Ketiga-tiga suspek dibawa ke IPD Dang Wangi hari ini untuk proses reman. 

Sumber: Harian Metro

(Video) 11 pelajar junior dipukul, ditampar, diterajang pelajar senior di asrama


Viral di media sosial sejak beberapa hari video 11 pelajar yang dipercayai pelajar asrama dipukul bertubi-tubi tanpa belas kasihan. 

Dalam kejadian yang tidak diketahui bila dan dimana itu menunjukkan, suspek yang dipercayai pelajar senior bertindak memukul 11 pelajar junior di dalam sebuah bilik. 

Muka mangsa ditampar, kepala dipukul, perut diterajang dan salah seorang daripada mangsa diterajang tepat di bahagian kepala.

Kejadian itu turut dirakan oleh individu yang dipercayai rakan suspek. 


Sementara itu di media sosial, netizen berang dengan tindakan suspek dan menggesa pihak berkuasa menyiasat sama ada kejadian itu berlaku di Malaysia atau sebaliknya. 


Sumber: Facebook

Cemburu 2 anaknya rogol anak angkat, wanita cekik budak 5 tahun sampai mati


Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dirogol dua abang angkatnya (remaja) sebelum mati dibunuh oleh ibu angkatnya yang cemburu. 

Lebih teruk lagi, dua suspek terbabit turut melakukan hubungan seks sumbang mahram bersama ibu kandung mereka di sebelah mayat mangsa. 

Ketua Polis Sukabumi, AKBP Nasriadi berkata, mangsa berusia lima tahun yang dikenali sebagai NP, dijadikan anak angkat oleh keluarga berkenaan yang tinggal di Kecamatan Lembursitu, Kota Sukabumi. 

Kejadian itu berlaku pada pagi Ahad lalu di mana mangsa dirogol oleh suspek berusia 14 tahun, yang dikenali sebagai P. Suspek kedua yang berusia 16 tahun, RG, ternampak mangsa terbaring turut merogolnya. 

Siasatan mendapati, dua suspek terbabit telah merogol mangsa sejak tiga bulan lalu dan perbuatan itu diketahui oleh ibu mereka, Yuyu, 39. 

Namun pada hari kejadian, Yuyu berang dan cemburu lalu mencekik mangsa sehingga mati dengan dibantu oleh anak lelaki sulungnya sebelum kedua-duanya melakukan hubungan seks di tepi mayat mangsa. 

Mayat mangsa kemudian dicampak ke Sungai yang terletak satu kilometer dari rumah.
Mayat mangsa ditemui oleh pemancing pada waktu tengah hari pada hari yang sama. 

Difahamkan, dua suspek itu selalu menonton video lucah bersama Yuyu. Dalam masa yang sama, mereka akan melakukan hubungan sumbang mahram ketika bapa mereka tiada di rumah. 

Suspek merogol mangsa kerana terpengaruh dengan video lucah yang ditonton. 

Sumber: Tribun, Kompas, Harian Metro

Dua kanak-kanak dibelasah sampai mati kerana buang air besar di tempat terbuka


Dua kanak-kanak dibelasah sehingga meninggal dunia kerana membuang air besar di tempat terbuka, semalam, dalam kejadian yang berlaku pada awal pagi di Shivpuri, Madhya Pradesh. 

Ketua Polis Raja Babu Singh berkata, mangsa ketika itu dalam perjalanan ke rumah datuknya dan berhenti di satu lokasi untuk membuang air besar. 

Namun mereka didatangi dua lelaki yang menyerang mereka dengan kayu. 

Mangsa yang mengalami kecederaan parah dihantar ke hospital, namun disahkan meninggal dunia. 

Susulan kejadian itu, polis menahan dua suspek yang merupakan adik beradik di salah seorangnya didapati mengalami gangguan mental. 

Bapa salah seorang mangsa, Manoj Balmiki berkata, rumahnya tidak mempunyai tandas menyebabkan mangsa terpaksa membuang air besar di luar. 

"Suspek menjerit kerana mereka membuang air besar di atas jalan. Dua lelaki itu kemudian memukul kepala mangsa dengan kayu menyebabkan mereka maut," katanya. 

Rabu lalu, Perdana Menteri Narendra Modi mengumumkan kempen melarang membuang air besar di tempat terbuka.

Pada 2014, Modi juga pernah melancarkan Misi India Bersih dan berjanji akan menyediakan kemudahan tandas untuk rakyatnya menjelang tahun ini. 

Sumber: AFP, Harian Metro