Denda RM8,250 kerana simpan 55 video lucah


Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman denda RM8,250 terhadap seorang pemilik kedai telefon kerana menyimpan 55 video lucah di dalam telefon pintarnya. 

Majistret Nur Farahain Razlan menjatuhkan hukuman itu selepas See Foo Hoong, 36, mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya itu. 

Berdasarkan pertuduhan, See Foo didakwa memiliki 55 video lucah di simpan dalam iPhone di sebuah kedai di Jalan Radin Bagus, Bandar Baru Sri Petaling, pada jam 12.30 petang, 25 Oktober 2018. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan (Akta 574) jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, Nazrul Nizam Zameri, manakala tertuduh diwakili peguam KT Tang.

Sebelum itu, Tang merayu agar anak guamannya itu dikenakan hukuman ringan berbentuk denda kerana tertuduh perlu menanggung keluarga dan sudah insaf serta kesalahan itu adalah kesalahan pertamanya. 

Namun, Nazrul memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal agar dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai. 

Sumber: Harian Metro

Wanita tikam kekasihnya sampai mati kerana kecewa 'pisang' tak cukup tegang ketika bersama


Seorang wanita berusia 39 tahun di Taiwan dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun kerana membunuh kekasihnya hanya kerana lelaki itu gagal menegangkan 'pisang'nya pada tahap maksima ketika mereka melakukan hubungan intim. 

Mangsa yang dikenali sebagai Guo, 47, sebelum kejadian itu, menjemput teman wanitanya, You, 39, datang ke rumah untuk melakukan hubungan intim. Namun Guo menghadapi masalah ketika melakukannya. 

You mengesyaki Guo tidak dapat menegangkan alat sulitnya kerana lelaki itu sudah melakukan hubungan intim dengan wanita lain sebelum menjemputnya datang ke rumah. 

Lapor China Press, You juga mendakwa sebelum ini mangsa pernah kantoi curang terhadapnya dan terus membuat keputusan tidak berbaloi untuk dia meneruskan hubungan itu. 

"Kita tak payah berjumpa lagi selepas ini," katanya dan menikam mangsa di leher dan perut sebelum pulang ke rumah dan cuba membunuh diri. 

Namun, tindakannya itu disedari oleh keluarga, lalu berusaha memujuknya.

Selepas mengetahui cerita sebenar, keluarga itu membawa You ke balai polis untuk membuat laporan berhubung kejadian itu. 

Kejadian itu berlaku pada Julai 2018 yang baru-baru ini dibicarakan di mahkamah di mana suspek masih kekal dengan kenyataannya mendakwa mangsa telah mengadakan hubungan intim dengan wanita lain sebelum bersama dengan dia. 

"Saya tahu dia dah buat sebelum panggil saya datang sebab dia tak cukup 'tegang'." 

Selain itu, You juga mendakwa mangsa pernah mempunyai tiga teman wanita dalam satu masa. Tetapi dia masih terima Guo walaupun hatinya sakit. 

Lama kelamaan You tidak mahu lagi meneruskan hubungan itu. Tetapi Guo akan menghubungi You jika dia mahu mengadakan hubungan intim meskipun mereka sudah putus hubungan. 

Tidak diketahui sama ada You akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu atau tidak.

'Sebak melihat raut wajah anak kecil ini' - Netizen simpati dengan nasib adik Arfan


Anggota polis dan isterinya yang hamil anak kembar dilaporkan maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan, semalam. 

Ketika kejadian, pasangan itu dalam perjalanan ke tempat kerja. Muhammad Syakiran Shamsuddin, 30, meninggal dunia di hospital, manakala isterinya, Nurul Ashikin Kamarudin, 28, yang hamil anak kembar maut di lokasi kejadian. 

Pemergian pasangan itu meninggalkan seorang anak lelaki, Arfan Zikri, yang berusia dua tahun. 

Gambar kanak-kanak itu memeluk jenazah ibu bapanya buat kali terakhir membuatkan netizen terasa sebak dan sedih. 

"Ya Allah permudahkan kehidupan anak ini. Usia Arfan hampir dua tahun, belum mengerti apa-apa lagi. Kita merasa sebak dan sedih melihat raut wajah anak kecil ini. 



"Ya Allah, jaga anak ini. Ada rezeki yang Allah dah titipkan dan tentukan buat adik Arfan. Datangkan kasih sayang dari ibu ayah saudara yang penyayang. Hadirkan hamba Allah yang prihatin menjaga, mendidik dan mengasuhnya. 

"Jadikan adik Arfan sebagai asbab ibu dan ayahnya ditempatkan di kalangan hamba-hambaMu yang soleh dan tempatkan mereka di syurga abadi," tulis pengendali Facebook Majlis Ilmu. 


Jenazah Allahyarham Lans Koperal Muhammad Syakiran Shamsuddin, 30 dan Nurul Ashikin Kamaruddin, 27 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rekang Hilir, jam 2.20 pagi hari ini.

Ibu Nurul Ashikin, Fauziah Dollah, 63, berkata, dia dan suami, Kamaruddin Harun, 60, akan menjaga anak tunggal pasangan suami isteri itu.

Sumber: Majlis Ilmu

LAPORAN BERKAITAN

(Video) 'Tahniah tuan lembu, neraka menunggu anda' - Netizen


Viral klip video di media sosial menunjukkan seekor lembu melambung di udara akibat dilanggar sebuah kereta yang tidak sempat mengelak kehadirannya. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4.56 petang Isnin, 28 Oktober 2019, di lokasi yang tidak dinyatakan itu sempat dirakam dashcam pengguna jalan raya. 

Berdasarkan video berdurasi satu minit itu, haiwan tersebut terdahulu sedang meragut rumput di tepi jalan dan keadaan jalan pada ketika itu juga sesak di lorong perakam. 

Secara tiba-tiba lembu itu berlari dan melintas jalan menyebabkan kereta di laluan bertentangan tidak sempat mengelak lalu merempuh haiwan itu sehingga melambung tinggi. 


Kejadian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang mempersoalkan di mana tanggungjawab pemilik lembuh itu yang sesuka hati melepaskan haiwan ternakannya sehingga berkeliaran di jalan raya. 

Guru ditemui mati tertiarap, dipercayai dibunuh ketika sedang sembahyang


Seorang guru wanita ditemui mati dalam keadaan tertiarap di atas katil, dipercayai dibunuh oleh individu yang menceroboh rumahnya, petang semalam. 

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 12.30 - 1.20 tengah hari Selasa di Kampung Banggol, Sik, Fauziah Yop, 46, ditemui mati dalam keadaan masih memakai kain telekung, menelungkup dengan bahagian badan di atas katil dan kaki di bawah di dalam bilik oleh suaminya.

Difahamkan, suaminya, Hamzah, 51, keluar dari rumah pada jam 12.30 untuk mengambil anak bongsunya di sekolah dan tiba di rumah pada jam 1.30 tengah hari.

Sebaik tiba di rumah, Hamzah pada awalnya menyangka mangsa sedang tidur tetapi apabila dikejutkan, tiada sebarang tindak balas dan mendapati mangsa sudah tidak bernyawa. 

Anak mangsa kemudian memanggil tiga penduduk ke rumahnya dan memaklumkan mengenai kejadian itu. 

Saksi, Muhd Shukri Zakaria, 24, berkata, "Ketika itu saya sedang berniaga ayam berhampiran rumah mangsa. Sampai di rumah, saya lihat keadaan rumah berselerak dan ada laci almari yang terbuka. 

"Apabila masuk ke bilik, saya lihat suami arwah sedang memangku mayat isterinya itu sambil menangis, mulut arwah berdarah dan keadaan biliknya berselerak," katanya. 

Mereka kemudian membantu mengangkat mangsa ke atas katil sebelum meminta bantuan jiran lain untuk menghubungi polis. 

Menurut Muhd Shukri, dia tidak mendengar sebarang bunyi jeritan sebelum itu walaupun kedainya berada tidak jauh dari rumah mangsa. 

Pada hari kejadian, dia hanya nampak Hamzah keluar sebelum pulang sejam kemudian. 

"Tak sangka kejadian ini berlaku, arwah selalu ke gerai saya membeli ayam. Dia seorang yang baik serta peramah," katanya. 

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdul Razak Osman mengesahkan kejadian itu dan kes masih dalam siasatan sama ada membabitkan kes bunuh atau sebaliknya.