Sektor Awam akan mula beroperasi mulai 4 Mei


Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja pada hari ini memaklumkan, sektor awam akan mula beroperasi mulai 4 Mei 2020.

Bagaimanapun, beliau mengalakkan kakitangan awam bekerja dari rumah dan semua Ketua Jabatan perlu berbincang bagi menyusun semula keperluan sumber manusia di jabatan dengan mengutamakan konsep bekerja dari rumah. 

"Sektor awam yang akan mula beroperasi mulai 4 Mei 2020, kerajaan menggalakkan kakitangan awam bekerja dari rumah kecuali bagi proses kerja yang memerlukan keberadaan di pejabat.

"Mesyuarat juga digalakkan diadakan secara online menggunakan medium yang selamat. Bagi mereka yang mempunyai kesulitan penjagaan anak-anak di rumah, kerajaan membenarkan penggiliran pekerja selain melaksanakan waktu bekerja anjal.

"Saya minta supaya semua Ketua Jabatan mengadakan perbincangan di peringkat jabatan masing-masing untuk menyusun semula keperluan sumber manusia di jabatan dengan mengutamakan konsep bekerja dari rumah," katanya.

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19


26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia

Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia. 

Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh. 

Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia. 


Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal. 



Keadaan bertambah buruk apabila satu laman Instagram pro bola sepak negara itu menyesatkan lagi pemahaman followersnya dengan memuat naik kenyataan yang jelas sekali bertujuan mengajak netizen lain menghina Malaysia di ruangan komen. 


Tindakan tidak bertanggungjawab pengendali akaun Instagram itu kemudian disangkal oleh netizen Malaysia yang tidak putus-putus sekolahkan mereka agar faham dengan isi berita. 

'Suami nak lawat isteri lain perlu minta kebenaran dulu' - Polis


Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin menyarankan lelaki yang mempunyai lebih daripada satu isteri perlu membuat pemohonan kebenaran dari polis jika mahu melawat isteri lain yang lebih 10 kilometer dari kediaman. 

Beliau berkata, pihaknya akan mempertimbangkan dan meneliti alasan pemohonan yang dibuat sebelum diluluskan atau sebaliknya. 

"Seperti prosedur operasi standard (SOP) digariskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang awam dibenarkan bergerak lebih 10 kilometer radius atas sebab tertentu termasuk hal kecemasan. Namun, perlu menyertakan dokumen dan bukti. 

"Kalau ada yang melawat isteri lain di kawasan berbeza, mereka perlu membuat permohonan di balai terdekat. Polis akan teliti permohonan berkenaan dan terpulang kepada mereka untuk meluluskan permohonan itu atau sebaliknya. 

"Saya sebagai Ketua Polis Selangor tak pernah lagi berhadapan kes seperti ini, mungkin Ketua Polis Daerah ada," katanya. 

Jokowi pecat pegawainya kerana keluar kenyataan perempuan boleh hamil jika berenang di swimming pool


Presiden Indonesia Jokowi telah memecat Sitti Hikmawatty dari jabatannya sebagai Komisioner Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia (KPAI). 

Keputusan pemecatan secara tidak hormat itu dibuat oleh Jokowi pada 24 April 2020.

Difahamkan, pemecatan Sitti telah diusulkan susulan Sitti mengeluarkan kenyataan bahawa perempuan boleh hamil jika berenang di kolam renang awam pada Februari lalu. 

Kenyataan Sitti itu dianggap sebagai melanggar empat kod etika KPAI. Antaranya, kenyataan Sitti itu tidak mempunyai rujukan yang tepat bagi menyokong kenyataan yang dikeluarkan itu.

KPAI kemudian menyarankan Sitti meletak jawatan secara sukarela atau berdepan dengan tindakan dipecat. Tetapi Sitti enggan berbuat demikian dan memilih membawa perkara itu kepada Presiden Jokowi. 

Dalam kenyataan kontroversi sebelum ini, Sitti mendakwa kehamilan boleh berlaku pada perempuan yang berenang dengan golongan lelaki di kolam renang awam (kehamilan tidak langsung/tidak bersentuhan).

"Ada jenis seperma tertentu yang sangat kuat. Walaupun tidak berlaku persetubuhan tetapi ada lelaki teransang dan mengeluarkan sperma. 

"Lebih-lebih lagi kalau perempuan itu pula sedang berada dalam waktu subur. Ia berkemungkinan besar boleh berlaku," katanya. 

Kenyataan Sitti itu turut disiarkan media antarabangsa menyebabkan Indonesia mendunia seketika dan menjadi bahan ketawa banyak pihak. 


LAPORAN BERKAITAN

Astro lanjutkan siaran percuma sehingga 12 Mei jer


Astro berkata ia melanjutkan siaran percumanya untuk semua pelanggan termasuk Astro NJOI dan Astro GO sehingga pukul 11.59 malam pada 12 Mei, 2020.

Dalam satu kenyataan hari ini, Astro berkata bahawa pelanggan boleh terus di rumah dan kekal terhibur dengan menonton kandungan pembelajaran, berita, konsert, saluran filem Asia, filem HITS, HITS HD dan Cartoon Network secara percuma.

"Saluran pembelajaran meliputi National Geographic Channel, Nat Geo Wild, History, Animal Planet, Discovery Channel, Discovery Asia dan Discovery Science," katanya.

Sebagai tambahan, pelanggan NJOI dapat terus menikmati tontonan percuma KIX, Nat Geo Wild, Cartoon Network dan Celestial Movies, dan 22 saluran di Astro GO.

"Tonton semua rancangan kegemaran anda pada bila-nila masa, di mana sahaja dengan Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO melalui App Store atau Google Play," katanya.

Sumber: Bernama