Warga emas rogol anak tiri lebih 50 kali sehingga hamil


Lelaki warga emas berusia 61 tahun di Jakarta, Indonesia ditahan selepas perbuatannya merogol anak tiri sehingga hamil, terbongkar. 

Ketua Polis Banyuwangi, Arman Asmara Syarifudin berkata, suspek merogol mangsa lebih 50 kali sejak dua tahun lalu sehingga hamil.

Perbuatan suspek terbongkar selepas isterinya menyedari perubahan perut anaknya, lalu dibawa menjalani pemeriksaan dan mangsa disahkan hamil lima bulan sebelum membuat laporan polis.

Berdasarkan keterangan mangsa, dia kerap dijadikan sebagai tempat melampias nafsu suspek sejak tamat persekolahan pada 2017. 

Difahamkan, insiden itu kerap berlaku selepas suspek melakukan persetubuhan dengan isterinya dan kemudian bersambung dengan anak tirinya. 

Suspek mengakui perbuatannya itu dan menjelaskan bahawa nafsunya semakin kuat selepas mengamalkan jamu dan ubat kuat. Suspek juga mengaku tertarik dengan bentuk badan mangsa yang menyebabkan dia merogol mangsa lebih kurang dua kali seminggu. 

Suspek ditahan mengikut Seksyen 81 Ayat (2) atau Ayat (3) UU RI No 17 Tahun 2016, pindaan UU No 23 Tahun 2020 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun. 

Sumber: Harian Metro

Lelaki Myanmar londeh seluar & tunjuk anu setan dipenjara 10 bulan


Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan terhadap lelaki Myanmar di atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau dengan menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita. 

Keputusan itu dibuat selepas tertuduh, Rafi Alam Mohd Alam, 30, mengaku bersalah di atas pertuduhan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan. 

Rafi didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh itu dengan menunjukkan kemaluannya kepada mangsa berusia 44 tahun di sebuah kedai makan di Kampung Pak Katak, pada jam 9.45 pagi pada 26 September 2019. 

Mangsa sebelum itu terlebih dahulu berada di kedai makan tersebut, yang kemudian didatangi oleh suspek memesan air minuman. 

Sebaik sahaja selesai minum, Rafi tiba-tiba melondeh seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada mangsa. Mangsa yang terkejut terus melarikan diri ke dalam rumah untuk meminta pertolongan. 

Pada jam 1.40 tengah hari, hari yang sama, Rafi sekali lagi datang. Mangsa terus meminta bantuan anak saudaranya untuk menangkap suspek sebelum diserahkan kepada polis. 

Sumber: Harian Metro

Peperiksaan SPM 2020 ditangguh, dijadualkan semula 6 Januari 2021


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat penjadualan semula buat kali kedua takwim peperiksaan di bawah kementerian itu dengan tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini dipinda ke 6 Jan hingga 9 Feb tahun depan.

Peperiksaan itu sebelum ini dijadual bermula 16 Nov hingga 7 Dis ini, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) yang sepatutnya bermula 23 hingga 30 Jun ini bagi ujian bertulis dan ujian lisan dipinda ke tarikh baharu iaitu 17 Ogos hingga 30 Sept ini.

Sesi pertama peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) pula yang sepatutnya berlangsung pada 13 hingga 24 Mei ini bagi semester tiga dan semester satu akan dipinda kepada 3 hingga 14 Ogos ini dan 28 hingga 9 Okt ini.

Tarikh peperiksaan bagi sesi kedua untuk semester keempat dan semester kedua SVM juga dipinda iaitu masing-masing dari 21 Okt hingga 8 Nov dan 14 hingga 30 Okt ini kepada 18 hingga 29 Jan 2021 dan 17 hingga 28 Mei 2021.

Sementara itu, peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu SVM dipinda dari 19 hingga 30 Okt ini kepada 16 Nov hingga 6 Jan depan bagi ujian lisan, manakala ujian bertulis yang dijadual pada 16 Nov dipinda ke 6 Jan depan.

Begitu juga bagi mata pelajaran Sejarah untuk SVM, ia dipinda dari 25 Nov ini ke 7 Jan tahun depan. Menurut kenyataan itu, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pula yang dijadual bermula 21 hingga 28 Okt ini, kini dipinda kepada 17 hingga 25 Feb 2021.

Bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) kohort 2020, peperiksaan bagi semester dua yang dijadual pada 18 hingga 24 Nov akan diawalkan kepada 12 hingga 18 Ogos ini manakala bagi semester tiga pula, peperiksaan yang sepatutnya bermula pada 3 hingga 10 Nov ini dipinda kepada 1 hingga 9 Mac 2021.

Peperiksaan semester satu STPM 2021 bagi kohort 2021 yang dijadualkan berlangsung dari 25 Nov hingga 1 Dis ini pula dipinda ke 22 hingga 25 Feb 2021.

Sementara itu, Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa yang dijadual pada 22 Jun ini pula dipinda ke 4 Feb tahun depan manakala Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK) dari 5 Okt kepada 18 Nov ini.

Menurut KPM, penjadualan semula itu dibuat bagi membolehkan pelajar mempunyai tempoh pembelajaran yang cukup dan dapat membuat persediaan rapi untuk menduduki peperiksaan.

"KPM telah mengambil kira keperluan untuk mengatur semula pelbagai aspek logistik bagi tujuan peperiksaan tersebut termasuk memperincikan tarikh permulaan sesi persekolahan bagi tahun 2021 yang akan dimaklumkan kelak.

"Penyusunan semula permulaan sesi ini penting bagi memastikan sesi persekolahan pada tahun hadapan berjalan lancar," menurut KPM.

Penjadualan semula peperiksaan dibuat kali pertama pada 28 Mac lepas sebelum Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin pada 15 April mengumumkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun ini dibatalkan.

Sumber: Bernama

3 mati & seorang buta selepas minum cecair Hand Sanitiser untuk mabukkan diri


Tiga individu dilaporkan mati dan seorang lagi mengalami cacat penglihatan kekal selepas minum cecair pembasmi kuman atau hand sanitiser. 

Memetik laporan dari CNN Pegawai Kesihatan berkata, kejadian itu berlaku di New Mexico dan dikaitkan dengan keracunan metanol. 

Sementara itu, tiga lagi individu yang dipercayai minum cecair yang sama kini masih berada dalam keadaan kritikal.

Kes itu dianggap berkaitan dengan alkoholisme dan dilaporkan kepada Kawalan Racun New Mexico selama beberapa minggu, Mei lalu. 

Difahamkan, tujuh individu berkenaan bertindak meminum cecair tersebut yang berasaskan alkohol untuk memabukkan diri mereka. 

Jabatan Kesihatan Negeri bagaimanapun masih belum mengeluarkan perincian mengenai kesemua mangsa. 

Sumber: Mirror

Suami potong telinga isteri kerana kuat membawang dengan jiran sebelah sampai terlupa sediakan makanan


Gara-gara tidak menyediakan makanan, seorang lelaki tergamak memotong sebahagian telinga isterinya dalam kejadian yang pada Isnin lalu di Sulawesi Selatan, Indonesia. 

Akibatnya, mangsa yang berusia 39 tahun, mengalmai kecederaan parah dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital. 

Sementara itu, ketika disoal siasat polis, suspek, Baco Bolong atau Hasdi, 42, mengakui dia berbuat demikian hanya berniat untuk memberi pengajaran kepada isterinya. 

Hasdi mengakui dia emosi dan malu setelah mendapati isterinya pergi ke rumah jiran tanpa menyiapkan makanan untuknya. 

Suspek kemudian memberi peringatan kepada mangsa agar tidak mengulangi perbuatannya itu lagi, tetapi mangsa bertindak menendang paha suspek. 

Berang dengan tindakan itu, suspek terus menarik telinga mangsa dan dikerat.

Terdahulu, polis berjaya menahan suspek yang didapati bersembunyi di rumah salah seorang penduduk. 

Ketika ditahan, polis menemui barang bukti yang merupakan sebahagian telinga mangsa yang dipotong dan senjata yang digunakan dalam kejadian itu. 

Hasdi mengakui dia menyesal dengan apa yang telah berlaku dan merasakan dirinya dirasuk ketika kejadian itu. 

"Saya menyesal dengan perbuatan saya walaupun pada awalnya saya hanya mengancam dia tetapi disebabkan dia melawan dan mungkin saya telah dirasuk syaitan maka saya terpaksa melakukan tindakan itu," katanya. 

Keadaan mangsa stabil dan dibenarkan keluar dari hospital. Namun, mangsa masih mengalami trauma. 

Suspek kini disoalsiasat dan akan dikenakan tindakan undang-undang yang berkaitan dengan akta keganasan rumah tangga serta berdepan dengan hukuman penjara lima tahun. 

Sumber: Kompas