(Video) Company China arahkan staff tampar diri sendiri berulang kali untuk tingkatkan motivasi diri


Sebuah syarikat di China kini sedang disiasat pihak berkuasa selepas didakwa memaksa sejumlah kakitangannya menghukum diri sendiri berulang kali. 


Video insiden itu tersebar di media sosial, menunjukkan sekumpulan kakitangan lelaki dan wanita melutut di lantai sambil menyebut slogan syarikat dan menghukum diri sendiri mengikut cara masing-masing.


Tetapi syarikat berkenaan tampil menafikan dakwaan itu dan menegaskan video tersebut dirakam semasa kakitangan mereka sedang menjalani sesi latihan yang dianggap dapat membantu meningkatkan motivasi kakitangan jualan. Syarikat berkenaan juga menjelaskan, pihaknya langsung tidak memaksa kakitangannya berbuat demikian. Sebaliknya, apa yang dilakukan oleh kakitangan mereka itu adalah secara sukarela. 


Dalam video berdurasi 33 saat itu berlaku di Dongguan, selatan China itu menunjukkan sekumpulan kakitangan memakai baju t-shirt hitam berdiri di hadapan pelatih. Salah seorang daripadanya dilihat menampar mukanya sendiri berkali-kali, manakala yang lain pula memukul lantai dan menumbuk angin. Lelaki yang menampar mukanya sendiri kemudian bertindak lebih agresif dengan membuka baju, dilibas ke lantai berkali-kali bagaikan tiada hari esok. 


Difahamkan, syarikat itu menjalankan perniagaan menjual perabot. Mereka juga berulang kali menegaskan pihaknya tidak pernah memaksa kakitangannya yang terlibat dalam latihan itu bertindak di luar batasan. 


Salah seorang pegawai tingginya, Zhang Min berkata, latihan itu dianjurkan oleh agensi luar yang telah dilantik untuk melatih kakitangan mereka. Pihak berkuasa Dongguan mengambil maklum mengenai penularan video tersebut dan sedang menjalankan siasatan. 


Menurut undang-undang buruh di China, majikan tidak dibenarkan sama sekali mengaib dan menghukum pekerjanya. Lebih-lebih lagi, majikan perlu membayar wang pampasan yang munasabah sekiranya pekerjanya mengalami kecederaan. 



Sumber: Daily Mail

Tak pakai face mask di tempat awam, Norhizam dipanggil polis untuk siasatan


Dua VIP di Melaka dipanggil polis untuk membantu siasatan atas dakwaan tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam. 


Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Melaka, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kertas siasatan telahpun dibuka setelah pihaknya menerima laporan polis yang dibuat oleh ADUN Kota Laksamana Low Chee Leong pada Isnin lalu. 


Dalam laporan polis itu, Low membuat laporan terhadap Datuk Norhizam Hassan Baktee kerana tidak memakai pelitup muka sewaktu bertemu dengan peniaga di pasar loak di Jeti Faimah, Ahad lalu. Low berkata, Norhizam turut melanggar prosedur operasi standard (SOP). 


Low juga membuat laporan polis terhadap seorang pemimpin bergelar 'Datuk' dari Bandar Hilir, atas dakwaan yang sama tetapi di lokasi lain pada Sabtu lalu. 


Low dan Norhizam merupakan pemimpin bersama dalam Pakatan Harapan suatu ketika dulu sebelum Norhizam bertindak keluar dari Pakatan Harapan untuk menyertai Perikatan Nasional pada Mac 2020.


Sumber: mStar Online

'Kamu berasal dari mana? Sabah kan? Takkan sudah 30 tahun masih tidak faham Bahasa Malaysia?' - Hakim tegur tertuduh


Seorang penganggur didakwa merogol anak tirinya hanya berdiam diri ketika jurubahasa membaca pertuduhan tersebut di Mahkamah Seksyen Johor Bahru, semalam. 


Biarpun dibaca berkali-kali, lelaki berusia 29 tahun itu dilihat terpinga-pinga dan keliru membuatkan Hakim Kamarudin Kamsun terpaksa menegurnya. 


"Kamu berasal dari mana? Sabah, kan? Faham bahasa Malaysia, kan? Takkan sudah 30 tahun masih tidak faham bahasa Malaysia?" katanya. 


Jurubahasa berulang kali bertanya apakah dia memahami pertuduhan yang dikenakan terhadapnya di mana dia didakwa merogol anak tirinya berusia 12 tahun di bilik utama sebuah rumah di Johor Bahru antara 17 Mac hingga 29 Jun lalu. 


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika didapati bersalah.


Tertuduh akhirnya mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan selepas diterangkan semula pertuduhan ke atasnya. 


Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lydia Salleh, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 


Timbalan Pendakwa Raya memohon mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana bimbang tertuduh akan mengganggu mangsa yang masih tinggal serumah dengannya. 


Tertuduh diminta membuat rayuan tetapi dia terus mendiamkan diri. Hakim kemudian memerintahkan tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin dan menetapkan 2 Disember depan untuk penyerahan dokumen. 


Sumber: Harian Metro

Simpan 1% perasaan berhati-hati bila ada anak perempuan, walaupun dengan suami sendiri

Nak cerita tentang sumbang mahram. Nak tak nak, kena percaya ye. Syaitan ini, kerja dia memang menghasut anak Adam sampai kiamat. Lelaki ada 9 akal 1 nafsu. Satu nafsu itu adalah wanita. Fakta. 


"Kak, tak baik seorang isteri berprasangka terhadap suami sendiri,"


Ya Allah sayang, bila saya cakap kena simpan walaupun 1% perasaan berhati-hati bila ada anak perempuan walaupun dengan suami sendiri, maknanya bukan prasangka pada suami atau tanya bermacam-macam pada suami. Hati-hati, berjaga-jaga maksudnya kalau anak ada kelainan ke apa, siasat. Bukan tengah happy-happy awak pergi tanya suami awak,


"Abang ada buat apa-apa tak pada anak?"


Siasat bila awak terjumpa ciri-ciri yang pelik. Siasat kalau suami awak jenis yang suka tengok filem lucah. Hati-hati kalau pernah ternampak suami awak skodeng anak awak. 


Saya pernah jumpa kes ayah jadikan anak sebagai tempat pemuas nafsu sehingga melahirkan anak. Saya pernah jumpa kes bapa saudara merogol atau menjadikan anak saudara seagai tempat memuaskan nafsu selama tiga tahun dari umur 8 tahun sehingga 12 tahun. Saya pernah jumpa kes bapa tiri merogol anak tiri tetapi ibunya tidak percaya pada aduan anaknya. Sebaliknya lebih percaya pada suami sendiri. 


Luahan sedih seorang follower Facebook saya yang semasa kecil dipaksa melakukan onani terhadap bapanya sampailah dia melarikan diri dari rumah cukup membuatkan saya sedar bahawa memang ada saudara sendiri yang gila dan berperangai syaitan. Tak tunggu orang luar. 


Kebanyakkan ciri-ciri perogol sumbang mahram ini ada ciri-ciri seperti ini. 


1. Suami/lelaki kaki porno walau sudah ada isteri


Dalam handphone kantoi ada video klip lucah. Kalau ciri-ciri ini ada pada suami anda, berwaspada dan jagalah anak-anak anda walau sedikit. Satu kes rogol anak sampai mengandung itu sebab si ayah memang kaki porno dan melakukan penderaan fizikal pada isteri. 


2. Nampak pendiam tetapi mental


Boleh nampak selera peliknya seperti pantang tengok orang catik atau objek-objek yang sewaktu dengannya. Kalau lelaki atau saudara kita ada ciri-ciri suka merenung pada anak-anak, adik-adik perempuan itu, awaslah. 


3. Tak ada iman, tak sembahyang etc


Jenis yang memang kita tak sangka langsung nampak baik. Yang ini paling bahaya kerana kita tidak boleh menjangka tindakan mereka. Awasi kelainan pada anak sebab kadang-kadang manusia bertopeng ini susah nak dijangka. 


Perkara ini berlarutan bila si ibu buat-buat tak kisah, buat tak nampak walaupun mengetahui suaminya itu mempunyai selera pelik suka tonton video lucah, tak nak having sexual intercourse dengan si ibu, kantoi beronani walaupun sudah ada isteri dan sebagainya. 


Si ibu mengambil langkah enggan peduli, tup-tup dapat tahu anak dirogol suami sendiri. Si ibu sendiri tidak percaya apa yang anak beritahu dan menuduh anak mereka-reka cerita, tuduh anak gatal dan sebagainya. Si ibu sanggup bersubahat dengan suami/adik beradik/si pelaku dalam keluarga atas alasan mahu menjaga nama baik keluarga. Si ibu yang terlalu percaya pada suami sampaikan anak besar umur 7 tahun ke atas boleh lagi salin pakaian depan ayah tanpa bertutup, mandi telanjang bagai. 


Bila pertumbuhan anak bercambah, wajib cipta limit apa yang boleh dan tak boleh antara anak dengan bapa apatah lagi dengan orang lain, lagilah perlu berbuat demikian. 


Si ibu yang terlalu percaya pada adik beradik, datuk dan sebagainya suruh hantar dan ambil anak tuisyen ke kelas waktu-waktu malam walaupun anak berkeras tak nak pergi dengan si polan. Anak menjadi murung dan memberontak. 


Tolonglah, kalau anak tak nak dengan si polan, tolonglah siasat kenapa. Jangan buat dek saja. Dunia akhir zaman, anak rogol ibu sendiri pun ada. Apatah lagi yang lain. Nauzubillah.


Sumber: Nurulbadiah Lai

Pesakit wanita alami masalah pernafasan, dirogol di hospital


Seorang wanita berusia 21 tahun dimasukkan ke sebuah hospital di Gurugram, India pada 21 Oktober lalu kerana mengalami masalah pernafasan, mendakwa dia telah dirogol oleh seorang lelaki ketika berada dalam keadaan tidak sedar semasa menerima rawatan dari 21 hingga 27 Oktober. 


Mangsa yang tersedar pada hari terakhir rawatan, terus menceritakan kejadian yang menimpanya itu kepada bapanya yang kemudian terus segera membuat laporan polis pada 27 Oktober 2020.


Mangsa dilaporkan memberi tiga keping surat kepada bapanya dan memaklumkan lelaki yang merogolnya itu dikenali sebagai Vikas. Tetapi masih belum diketahui sama ada lelaki terbabit adalah kakitangan hospital atau sebaliknya. 


Selepas mendapat laporan itu, polis terus bergegas ke hospital untuk mengambil keterangan mangsa. Tetapi doktor tidak mengizinkan kerana mangsa berada dalam keadaan yang tidak stabil untuk memberi keterangan. 


Deputi Komisioner Polis, Maqsood Ahmad berkata, pihaknya sedang menyiasat kes itu dan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis hospital iut juga sedang diperiksa. 


"Keadaan mangsa tidak mengizinkan untuk diambil keterangan. Kita akan ambil keterangan mangsa selepas doktor berikan kebenaran.


"Kes sedang disiasat. Ibu bapa mangsa juga tidak pasti sama ada suspek adalah kakitangan hospital atau bukan. Kami juga menyoal siasat pihak pengurusan hospital mengenai kejadian ini. Situasi akan menjadi lebih jelas selepas mangsa memberi keterangannya. Siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya. 


Sumber: Gulf News