'Dia kecewa sebab masih single' - Lelaki kesal kemaluannya tersangkut pada kunci mangga


Dalam satu kes pelik di Bangkok, Thailand, seorang lelaki berusia 38 tahun terpaksa dikejarkan ke hospital selepas kemaluannya tersangkut pada kunci mangga.


Mangsa terdahulu menyembunyikan kesakitannya itu selama dua minggu. Namun disebabkan tidak mampu lagi menahan kesakitan itu, dia memaklumkan kepada ibunya mengenai masalah yang dihadapi itu yang kemudian terus dibawa ke hospital untuk mendapatkan bantuan. 


Bagaimanapun, sebaik saja tiba di hospital doktor memaklumkan mangsa sudah terlambat dan kemaluannya mengalami kecacatan buat selama-lamanya. 


Difahamkan, mangsa yang tidak didedahkan identiti itu masih bujang dan tinggal bersama dengan ibunya. Menurut ibunya, anak lelakinya itu kecewa dengan statusnya yang masih bujang dan menggunakan kunci mangga untuk 'menggosok' kemaluannya. 


"Dia beritahu saya yang dia berbuat demikian kerana bosan dan suka letak kemaluannya pada lubang kecil. Saya sangat marah pada dia yang membuatkan rasa rasa malu dengan apa yang berlaku. Saya dah beritahu dia jangan buat seperti itu lagi," katanya.


Sebenarnya, itu bukan kali pertama mangsa melakukan perbuatan seperti itu. Tetapi kali ini perbuatannya mengundang kesakitan apabila kunci mangga tersebut tersekat di sekala yang tidak dinyatakan. Bertambah malang, apabila kunci mangga tersebut hilang. Hal itu menyebabkan dia malu untuk memberitahu kepada sesiapa menyebabkan kemaluannya mengalami jangkitan setelah berada dalam keadaan itu selama dua minggu. 


Menurut sumber hospital, para doktor terpaksa memotong kunci mangga itu menggunakan pemotong elektrik untuk membebaskan kemaluan lelaki itu dari penderitaan yang tidak terkata, dalam pembedahan yang mengambil masa selama 30 minit. 


Semasa pembedahan dilakukan, doktor terpaksa memasukkan kepingan besi nipis di antara kemaluan pesakit dengan kunci mangga bagi mengelakkan berlakunya kecederaan yang tidak diingini, selain menggunakan pelincir bagi memudahkan proses memotong kunci mangga itu. 


Walau bagaimanapun, organ pesakit mengalami kecederaan teruk dan mungkin akan mengalami kecacatan kekal dan tidak akan berfungsi sepanjang hayat. 


"Jika kunci mangga itu tidak dikeluarkan, jangkitan akan berlaku dan keadaan organnya akan menjadi lebih teruk di mana ia akan mereput dan mengalami gangrene," kata doktor.


Mangsa masih dirawat kerana kemaluannya masih mengalami jangkitan. Doktor memaklumkan, pesakit masih berada dalam kesakitan dan diberi rawatan susulan yang akan menghilangkan rasa sakit secara beransur-ansur. 


Sumber: News 18

(Video) 'Apa hal lu?! Sudah-sudah apa lanji*?!' - Pelanggan tak pakai mask gaduh dengan security guard sebab tak dibenarkan masuk


Viral di media sosial video seorang pelanggan wanita 'bertempur' dengan pengawal keselamatan di sebuah pasar raya yang tidak membenarkan dia masuk ke premis itu kerana tidak memakai pelitup muka.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kejadian itu berlaku pada Ahad lalu di Seksyen 36 Kampung Jawa, dan pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai insiden tersebut. 


"Kejadian berlaku pada jam 2 petang, 8 Ogos lalu. Pergaduhan dipercayai disebabkan salah faham kerana wanita itu tidak memakai pelitup muka dan cuba ditahan oleh pengawal keselamatan. 


"Setakat ini, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam atau balai lain tidak menerima sebarang laporan," katanya. 


Berdasarkan video berdurasi 1 minit 18 saat menunjukkan, wanita itu memukul pengawal keselamatan yang juga membalas semula pukulan itu sebelum dileraikan oleh pekerja premis dan seorang lelaki yang dipercayai pelanggan. 


Baju merah: "Hey! Sudah! Sudah!" 


Suspek: "Wa mau beli barang maa!!!" 


Baju merah: "Ya saya tau, saya tau. Sudah-sudah." 


Suspek: "Apa hal lu?! Wa mau beli barang tak boleh ka?!" 


Baju merah: "Saya tau! Sudah! Sudah!" 


Suspek: "Sudah! Sudah apa lanji@?!" 


Perakam: "Ada customer tu nak beli... dia tak ikut SOP... bergaduh dengan security.." 



Meskipun masih tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, wanita itu kemudian beredar setelah diminta berbuat demikian. 


Prosedur standard operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan masih mewajibkan orang ramai memakai pelitup muka bagi mengelakkan penularan Covid-19 yang saban hari kes semakin meningkat. Mana-mana individu yang didapati melanggar SOP berkenaan boleh dikenakan tindakan kompaun. 


Sumber: Harian Metro, Facebook

Doktor bakar bengkel menyebabkan 3 maut, bengang boyfriend enggan bertanggungjawab di atas kehamilannya


Seorang doktor muda bernama Mery Anastasia, 30, nekad membakar sebuah bengkel motor di Kota Tangerang, Indonesia pada Sabtu lalu, 7 Ogos 2021, yang mengakibatkan tiga nyawa terkorban. 


Mereka yang terkorban dalam kebakaran itu adalah Lionardi Syahputra, 34, bersama dengan ibu dan bapanya iaitu Edy Syahputra, 66, dan Lilys Tasim, 55. Manakala dua adik kepada Liornadi iaitu Nando, 20 dan Siska, 22, terselamat, namun mengalami luka melecur yang parah. 


Difahamkan, Mery bertindak membakar bengkel milik teman lelakinya, Lionardi, kerana kesal lelaki itu enggan berkahwin dan bertanggungjawab di atas kehamilannya.


Sebelum membakar bengkel tersebut, Mery sempat bertengkar dengan Lionardi di depan bengkel pada jam 11 malam Jumaat. Selepas itu Lionardi masuk ke rumah dan memberitahu keluarganya yang bengkel mereka akan dibakar oleh Mery.


Ketika itu, mereka mengira Mery hanya sekadar mengertak, membuatkan mereka tidak mengambil serius akan perkara itu. Sedangkan Mery selepas beredar dari bengkel, dia terus pergi membeli minyak petrol yang siap diisinya dalam bungkusan plastik. 


Awal pagi Sabtu, Mery datang kembali dan membakar bengkel tersebut sehingga berlaku letupan kuat yang menyebabkan kebakaran besar. Selepas membakar bengkel itu, Mery terus melarikan diri menggunakan kereta Mitsubishi Xpander miliknya. Api merebak dengan pantas di tingkat bawah, Lionardi dan keluarganya terperangkap di tingkat atas dan hanya dua beradiknya yang sempat menyelamatkan diri. 


Akibat dari perbuatannya itu, Mery telah ditahan dan polis turut merampas beberapa barang bukti berupakan minyak petrol dan alat menguji pengesahan kehamilan. Mery dalam pengakuan awalnya menyatakan dia hanya menuntut Lionardi bertanggungjawab di atas kehamilannya. Namun usaha Mery itu tidak membuahkan hasil kerana orang tua Lionardi tidak merestui hubungan mereka. 


Sumber: Agensi

Bayi berusia setahun dipenggal bapa tirinya tanpa sebab & mayat dibuang dalam hutan


Seorang lelaki tergamak membunuh bayi perempuan berusia satu tahun, dengan menggunakan parang. Akibat dari perbuatannya itu, dia dijatuhkan hukuman penjara selama 54 tahun. Namun peguamnya mengatakan hukuman yang dikenakan itu terlalu keras. 


Mahkamah di Brazil baru-baru ini menjatuhkan hukuman penjara 54 tahun terhadap Diogo da Silva Leite selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh, menyembunyikan mayat Maria Clara dan membuat laporan palsu pada Oktober 2020. 


Peguamnya, Helio Barbosa mengecam keputusan itu yang dianggapnya tidak munasabah dan terlalu keras. 


Mengikut pertuduhan, 13 Oktober 2020, Leite membawa anak tirinya berjalan-jalan sebelum pulang bersendirian. Dia kemudian memberitahu ibu mangsa yang bayi itu telah diculik. Polis curiga dengan keterangan Leite sejak dari awal lagi terutamanya dia hanya membuat laporan selepas enam jam kehilangan bayi itu. 


Polis kemudian memeriksa video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari kawasan di mana kejadian penculikan itu didakwa berlaku, namun tiada sebarang petunjuk yang ditemui. 


Setelah disiasat dan didesak berkali-kali, akhirnya Leite mengaku yang dia telah membunuh mangsa dengan cara yang mengerikan. Dalam keterangannya kepada polis, Leite memaklumkan dia memenggal kepala Clara menggunakan parang dan mayatnya dibuang di hutan berhampiran bandar Taubate. 


Bertindak di atas maklumat itu, polis pergi ke lokasi tersebut dan menemui badan mangsa dalam keadaan tidak berpakaian. Leite juga tidak memaklumkan apa motifnya berbuat demikian. 


Menurut dokumen mahkamah, keluarga itu pernah dilaporkan kepada pihak berkuasa atas dakwaan menganiaya kanak-kanak sebelum ini di mana Clara dan dua saudaranya menjadi mangsa penganiayaan. 


Kes itu mengundang kemarahan warga setempat sehingga bertindak membakar rumah yang menjadi tempat tinggal Leite bersama ibu mangsa. 


Sumber: Metro UK

Baru kenal dah berani bawa balik ke rumah sewa guna jalan tikus, pasangan muda baru seminggu kenal dicekup khalwat


Tindakan seorang lelaki berusia 22 tahun membawa pulang pasangannya ke rumah sewa mengundang padah apabila dia dicekup berkhalwat oleh pihak berkuasa. 


Pegawai Agama Daerah Kulim, Syeikh Haizan Hamzah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan maksiat di rumah tersebut dan mengerahkan sepasukan anggota membuat serbuan pada jam 1.05 pagi Khamis, 12 Ogos 2021. 


Ketika diserbu, hanya mereka berdua ditemui dalam rumah sewa itu yang disyaki melakukan maksiat. Pasangan lelaki itu yang merupakan remaja perempuan berusia 17 tahun ditemui bersembunyi di dalam bilik air tanpa baju. Kedua-duanya juga gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri. 


Siasatan mendapati, lelaki itu berasal dari Padang Serai dan bekerja di sebuah kilang ayam remaja itu pula menetap di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 


Difahamkan, mereka berdua baru berkenalan sejak seminggu lalu melalui laman sosial. Pada hari kejadian, lelaki itu mengambil teman wanitanya di Juru, Pulau Pinang dan dengan berani membawa pulang ke rumah sewa menggunakan laluan tikus.


Pasangan itu dibawa ke balai polis untuk dibuat laporan tangkapan dan diambil keterangan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 25 (a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali. 


Sumber: Harian Metro