(Video) 'Kerja, kerjalah! Kenapa nak makan?!' - Boss tengking pekerja secara melampau undang kritikan netizen walaupun tahu ia sekadar marketing



Sebagai peniaga/usahawan, sudah tentu siang malam berfikir bagaimana mahu mengaut keuntungan yang berganda. Lebih-lebih lagi di zaman ini di mana orang ramai kerap menggunakan media sosial dan peluang keemasan itu patut dimanfaatkan sebaik mungkin. 


Tetapi, entah 'sifu marketing' yang mana dan tidak bertauliah telah menurunkan 'ilmu songsang' kononnya 'bad marketing is still marketing', menyebabkan ada peniaga/usahawan yang mahukan jalan pintas untuk meraih followers menggunakan taktik murahan bagi mencapai kemahuannya itu. 


Terkini, tular di media sosial video seorang wanita, pemilik kilang menjahit pakaian, Mariyah Holdings Sdn Bhd yang menengking para pekerjanya sambil menjerit-jerit bagaikan tiada hari esok, mengundang banyak reaksi netizen.



Dalam video itu, wanita berkenaan dilihat bengang dan memarahi pekerjanya tidak kira tua atau muda kerana tidak melakukan kerja-kerja mengikut standard yang telah ditetapkan. Antaranya seperti tidak menggunakan mesin auto cut yang dibeli dengan harga jutaan ringgit, meletakkan kain di lantai, makan di tempat kerja dan lain-lain. 


Tegasnya, dia mahu kesemua pekerjanya memberi fokus yang penuh pada tugas masing-masing agar mereka dapat mencapai sasaran sebanyak 30,030 pengeluaran pada bulan itu.


Difahamkan, majoriti pekerjanya adalah warga asing yang menerima gaji bulanan tanpa sebarang masalah, selain kebajikan mereka yang lain turut dijaga dengan baik.


Sementara itu di media sosial, walaupun tahu video tersebut hanyalah sekadar 'marketing', tetapi netizen dengan jujur mengatakan mereka seram sekiranya mendapat majikan seperti itu. 


"Tak berani tengok sampai habis. Takut hujung-hujung aku pulak yang kena marah. Eee... seramnya," kata Ahmad Fathil Zakaria. 


"Walaupun sekadar content, ingat ya, malaikat tetap catit. Ingatan untuk diri saya juga," kata Khairul Faizie. 


"Kurang hajar betullah. Kalau nak buat content sekali pun, biarlah beradab sebagai muslimah. Ini dah macam *******g, boleh menyebabkan dosa berpanjangan bila orang sumpah seranah content macam ni. Ini semua poyo!" kata Ahmad Suffian. 




"Sungguh pun content,  tapi kalau saya sebagai pekerja, esok tak datang dah sebab rasa terhina sangat. Tanpa pekerja, awak takkan berjaya. Ingat tu," kata Dya Meena. 


"Sepatutnya tunjuk contoh yang elok. Malu kalau bangsa lain tengok. Walaupun cuma lakonan, nampak tak elok sangat dan tidak sesuai dengan budaya kita yang saling menghormati. Tengok Bos James buat content, tak ada pula nak menjerit tak tentu hala kat staff dia. Netizen tengok pun tak serabut," kata Adam. 


Sumber: Dapur Rizal

Kes gangguan seksual Ebit Lew terhadap wanita berumur 41 tahun, dibicara esok



Perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew berkait gangguan seksual akan bermula esok hingga 30 Sepember di Mahkamah Majistret Tenom.


Lew, 37, menghadapi 11 pertuduhan, antaranya didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lepas.


Dia dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Majistret Nur Asyraf Zolhani akan mendengar kes itu manakala pendakwaan akan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Azreen Yas Mohammad Ramli dan Adibah Saiful Bahari.


Barisan peguam Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut, Kimberly Ye Wanchuin dan Chen Wen Jye akan mewakili Lew.


Pada Februari lepas, Lew mengaku tidak bersalah atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual dan dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.


Tenom merupakan sebuah daerah di pedalaman Sabah terletak kira-kira 145 kilometer arah selatan dari Kota Kinabalu.


Sumber: Bernama

(Video) 'Kau nak hilang kerja? Guna otak!' - Rider Grab digantung kerja selepas dimarahi staff MUST kerana lambat hantar pesanan



Khamis lalu tular di media sosial video seorang lelaki memarahi penghantar makanan yang didakwa lambat menghantar pesanannya. 


Menurut Mohd Yusuf, 27, pelanggan berkenaan yang merupakan kakitangan Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) turut mengugut akan memecatnya berikutan majikannya mempunyai kerjasama dengan syarikat p-hailing tersebut. 


"Dia bagi salah location dengan GrabFood. Aku dah sampai location, dia cakap kau tak pandai cari sendiri ke? Aku dah cari satu jam. 


"Dia sampai-sampai je, dia marah aku depan orang ramai. Dia ingat aku tak ada hati ke apa? Lepas dia nak cakap, dia boleh buat aku hilang kerja pula tu," katanya. 


@minyakhitamjalanan

Dia bagi salah location dgn grabfood.. Aku dah sampai location dia cakap kau tak pandai cari sediri ke.. Aku dah cari satu jam.. Dia sampai2 je dia marah aku depan org ramai dia ingt aku takde hati ke ape... Lepas dia nak cakap dia boleh buat aku hilang kjer plk tu..

♬ bunyi asal - minyakhitamjalanan


Dalam video itu, pelanggan itu berkata, "Kau tahu tak kitorang partner dengan siapa? Kitorang partner dengan Grab, kau nak hilang kerja? Guna otak!". 


Ekoran kejadian itu, Mohd Yusuf telah membuat laporan polis pada 13 September lalu untuk tindakan lanjut. 


"Tak salah pun. Kalau dah salah tu, minta maaf. Ni tidak, dimarahnya aku. Sampai cakap dia boleh buat aku hilang kerja. Yang aku tak puas hati sangat, dia marah aku depan orang ramai. Itu je. Ingat, rider pun ada hati bro," ujarnya. 


Disebabkan kejadian itu juga, Mohd Yusof telah digantung kerja. Namun dia reda dan menganggap apa yang berlaku itu adalah ujian kerana Allah masih sayangkan dia. 


"Dah tiga hari saya digantung kerja. 10 tahun saya buat kerja menghantar makanan. Saya dah buat sebaik mungkin untuk customer. Tetapi majikan saya tetap dengar cakap customer. 


"Gaji saya pun digantung. Dah nak hujung bulan, duit rumah nak kena bayar, susu anak nak beli dan macam-macam lagi," katanya yang juga meminta orang ramai menghargai golongan penghantar makanan yang kerap dihina. 


@minyakhitamjalanan Ya allah kau mudahkan kjer dunia aku #fypシ゚ #minyakhitamjalanan ♬ original sound - XTRA


Sementara itu, pihak pengurusan MUST tampil memohon maaf kepada Mohd Yusuf dan telah mengambil tindakan disiplin terhadap kakitangannya yang terbabit dalam kejadian itu. 


"Kami memohon maaf kepada semua pihak yang terbabit dalam tindakan yang menyinggung perasaan dan memalukan ini. Kami percaya tidak seharusnya mana-mana pihak mengambil tindakan dalam mengugut atau mengeluarkan kata-kata kesat kepada sesiapa. 


"Pihak pengurusan universiti berdiri teguh mengutuk perbuatan individu tersebut dan kami telah mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya terhadap beliau," kata kenyataan itu. 




Dalam kenyataan itu juga, MUST menafikan dakwaan kakitangannya yang mengatakan mereka mempunyai kerjasama dengan Grab. 


Sumber: MUST, Berita Harian, TikTok Mohd Yusof

'Ryan Bakery has been cancelled' - Lelaki ini panas hati tengok Ryan terlibat dalam video kempen kerajaan



Enam hari yang lalu, Menteri Hal Ehwal Agama, Idris Ahmad melancarkan Kempen Hentikan Fitnah di Media Sosial bagi memastikan rakyat mendapat maklumat atau berita yang sahih dan betul. 


Sebagai permulaan, satu video kempen yang membabitkan beberapa individu terkemuka termasuk selebriti dan influencer telah dipanggil untuk menjayakan kempen tersebut. 



Penerbitan video itu kemudian disebarkan oleh pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. Tidak dinafikan video itu mula mendapat perhatian netizen, tetapi ada individu yang berasa kurang senang dengan penglibatan influencer TikTok, Ryan Bakery, dalam video tersebut. 




"And just like that, Ryan Bakery has been cancelled... Dua tiga tahun kerja keras dekat TikTok just to end up ambil paid job kerajaan. Semattt wooo!" kata pengguna Twitter, Izzat, dalam ciapannya pada 23 September lalu. 


Bagaimanapun, ciapan itu mengundang kemarahan netizen yang mengecam sikap suka berprasangka buruk lelaki berkenaan yang juga dikatakan telah memfitnah Ryan Bakery. 


"Kejap, ada masalah ke dengan video itu? Mesej yang nak disampaikan, jelas. Jangan sebar fitnah di media sosial. Jadi, apa masalahnya Ryan Bakery dalam tu? Ke saudara memang hati hitam tunggu isu nak menjatuhkan Ryan Bakery?" kata Bepik. 


"Benda betul, apa salahnya? Kita kena lawan isu fitnah dan berita tidak sahih supaya tak jadi satu budaya dalam negara. Bro pula panas kenapa? Tak suka atau takut dengan kebenaran?" kata Syahmi. 


"Kalau kau toxic, jangan main Twitter. Dia cakap pasal fitnah and just like that, mendenya kau ni?" kata Muzzamil. 




Sumber: Twitter IzzatIzzmy20

Tular memo arahan kutipan sumbangan RM30 sempena perkahwinan anak ketua polis



Sebelum ini, Ahli Parlimen Bachok dikritik netizen kerana memohon pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan kerusi meja dan hiasan bunga untuk majlis perkahwinan anaknya pada 24 September. 


Namun, pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) mengesahkan menerima surat permohonan dari anak bekas menteri besar Kelantan itu, tetapi enggan mengulas lanjut. 


Dua hari kemudian, tular memo dari kutipan sumbangan sempena perkahwinan anak Ketua Polis Kuala Lumpur di mana setiap seorang pegawai kanan ditetapkan menghulur sumbangan sebanyak RM30.00.


Berdasarkan sumber, memo itu dikeluarkan oleh Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (KBIPS) Putrajaya kepada semua ketua bahagian pada 1  September 2022. 


Semua pegawai kanan IPD Putrajaya ditetapkan menghulur sumbangan sebanyak RM30 kepada pegawai yang ditugaskan mengutip sumbangan itu selewat-lewatnya jam 5 petang, 1 September 2022. 


Hal itu mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial. Ada mendakwa, kutipan tersebut adalah sebagai hadiah perkahwinan tersebut dan tidak ramai pegawai kanan di IPD Putrajaya. 


"Biasanya kutipan seperti ini adalah untuk hadiah perkahwinan tersebut. Berapa orang je pegawai kanan di IPD Putrajaya dan kutipan melalui memo atau emel. Ini supaya nilai hadiah sama rata (RM30 seorang). Cubalah bersangka baik. Korang kat office tak kutip untuk majlis ahli pejabat ke?" soal Elkeffan. 


"Sumbangan tapi dah fixed RM30? Itu bukan sumbangan namanya, tapi macam yuran sekolah yang pelajar wajib bayar setiap tahun,"kata Divager. 


Sehingga kini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut. 


Sumber: Twitter Syed Faris, The Vocket