Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said berkata, menurut bapa kepada bayi malang itu membuat laporan polis pada jam 9.30 pagi berhubung kejadian itu.
Menurut laporan itu, si ibu bayi berkenaan telah meletakkan bayinya di bahagian tempat duduk belakang kereta, sebelum dihantar ke rumah pengasuh yang terletak tidak berapa jauh dari kediaman mereka.
"Kira-kira jam 10 pagi, lelaki terbabit terus pergi ke tempat kerja di Pekan Saleng tanpa menyedari bayinya masih berada di bahagian tempat duduk penumpang belakang.
"Namun pada jam 3 petang, pengasuh anaknya telah menelefon bertanya mengenai bayinya yang tidak dihantar ke rumah pengasuh seperti kebiasaan.
"Dia kemudian terus pergi ke keretanya dan mendapati anaknya sudah berada dalam keadaan yang lemah dan dipercayai telah meninggal dunia," katanya.
Jelas beliau lagi, lelaki itu kemudian menghantar bayinya ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, sebelum pegawai perubatan mengesahkan bayi itu telah meninggal dunia.
Kes diklasifikasikan sebagai pengabaian kanak-kanak sehingga menyebabkan kematian dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. - The Reporter