Ini Wajah Sebenar Mizan Gemuk


SUNGAI BULOH - Susulan dakwaan seorang lelaki muda akan gambarnya disalahgunakan dan dilabel sebagai penjenayah yang dikehendaki, pihak Polis mendedahkan wajah sebenar suspek berkenaan, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Dr Abdul Aziz Awang berkata, berlaku kesilapan teknikal menyebabkan kekeliruan gambar lelaki yang diedarkan kepada media, Sabtu lalu. 

"Gambar terbaru yang dikeluarkan ini adalah wajah sebenar suspek atau Mizan Gemuk yang menjadi buruan sejak Khamis lalu untuk siaran media," katanya. 

Difahamkan, Mizan Gemuk dikehendaki oleh polis kerana terbabit dalam kes samun di Kuang. 

Justeru, beliau berharap kekeliruan berhubung gambar tersebut selesai dengan tersiarnya gambar sebenar suspek yang diburu.

Terdahulu, Ku Aminnuddin Ku Abdul Rahman, mendakwa keluarga tunangnya telah memutuskan tali pertunangan setelah gambarnya disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan yang mendakwanya sebagai penjenayah yang sedang diburu polis.  - The Reporter