Anda Sanggup Makan Kek Mayat ini?


BIRMINGHAM - Seorang wanita tanpa seurat benang terbaring kaku di tanah, matanya dikerumuni ulat dan bahagian sulitnya dilindungi daun. Jangan risau, wanita ini tak mati, malah tak pernah bernyawa. 

Gambar ngeri ini sebenarnya adalah kek buatan Annabel 'Lecter' De Vetten, 45, sempena Halloween. 

Kek tersebut kelihatan seperti mayat manusia sebenar yang telah menjalani post mortem dan dikerumuni ulat yang diperbuat dari white chocolate. 

Menurut Anna, kek itu dibuat untuk sebuah majlis yang juga dianjurnya bersama dengan sebuah pihak muzium di London dan akan membantu membuat demonstrasi bagaimana proses penguraian terjadi. 

"Saya mahu melakukan sesuatu di luar kebiasaan. Kek itu agak menjijikkan, malah baunya juga tidak begitu sedap yang mana saya sendiri mungkin teragak-agak mahu mencubanya," katanya seperti yang dilaporkan Daily Mail.






Annabel, 45, bersama kek ngerinya
Difahamkan, Annabel mengambil masa selama 30 jam untuk menghasilkan kek mayat yang mengerikan ini. - The Reporter