'Ingatkan Bergurau...' Kelindan Lori Bunuh Diri


PRAI - Seorang kelindan lori berusia 35 tahun maut selepas terjun dari lori yang dinaikinya dalam keadaan lehernya diikat dengan tali pada pemegang tangan pintu lori berkenaan, petang tadi, lapor Harian Metro

Menurut pemandu lori berusia 58 tahun itu pada mulanya hanya menyangka mangsa bergurau kononnya ingin mati tetapi tidak diendahkan olehnya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, kedua-dua lelaki berkenaan dalam perjalanan dari Bayan Lepas untuk menghantar barang kepada pelanggan.

Bagaimanapun apabila mereka tiba di Prai, mangsa memaklumkan bahawa dia mahu membunuh diri. Rakannya menganggap lelaki itu bergurau dan terkejut apabila lelaki itu mengikat lehernya dengan tali yang digunakan untuk mengikat barang pada pemegang tangan pintu lori. 

"Lelaki itu kemudian membuka pintu dan terjun dari lori menyebabkan lehernya dijerut tali berkenaan," katanya. 

Difahamkan, mangsa yang baru tiga hari bekerja itu pernah dirawat di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak. 

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. - The Reporter