Penumpang Tampar Muka Pekerja Airport


CHINA - Berang dihalang membawa bagasi melebihi had saiz ditetapkan, seorang wanita dengan beraninya menampar seorang pegawai lapangan terbang, Khamis lalu, lapor People's Daily Online.

Dalam kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Hangzhou Xiaoshan itu, wanita terbabit mengaku menampar pekerja terbabit dan ditahan selama tujuh hari sebelum dikenakan denda 200 yuan (RM124). 

Difahamkan, penumpang wanita bernama Zhang mahu membawa bagasinya masuk ke dalam pesawat. Namun, pegawai wanita berkenaan telah menahannya dan memaklumkan bahawa bagasinya tidak boleh dibawa masuk kerana melebihi had saiz yang telah ditetapkan. 

Berang dengan teguran itu, Zhang menampar muka pegawai berkenaan secara tiba-tiba. 

Mangsa kemudian terus berlalu pergi selepas insiden itu dan dibawa ke hospital oleh rakannya untuk mendapatkan rawatan. 



Sementara itu di media sosial, netizen meluahkan rasa tidak puas hati akan denda yang dikenakan terhadap wanita berkenaan. - The Reporter