PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa peningkatan caj perkhidmatan wad bagi kelas 1 dan 2 akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2017, lapor Utusan Malaysia.
Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, peningkatan itu dibuat berikutan tiada kenaikan caj yang dilakukan sejak 34 tahun yang lalu, selain kerajaan mahu mengurangkan pembiayaan subsidi kepada pesakit yang berkemampuan.
Menurutnya, kenaikan itu hanya akan memberi kesan kepada 1.5% daripada dua juta pesakit yang mendapatkan perkhidmatan di hospital awam. Manakala, 98.5% lagi akan dibiayai melalui subsidi penuh.
Bagaimana, kadar kenaikan caj perkhidmatan wad masih belum diputuskan.
Terdahulu Kosmo melaporkan KKM dijangka akan menaikkan caj perkhidmatan wad (kelas 1 dan 2) dan rawatan di semua hospital kerajaan, sebanyak 50% mulai Disember depan.
Bagaimanapun, bagi pesakit warganegara yang memilih untuk dirawat di kelas 3, caj wad dan rawatan kekal dengan kadar lama. - The Reporter
Artikel berkaitan:
Caj Wad & Rawatan Dijangka Naik 50%
Caj Wad & Rawatan Dijangka Naik 50%
Sumber : Citeheboh