Didakwa Menipu, Lelaki Kutip Derma Wakaf Ditampar


KUALA KANGSAR - Seorang lelaki muda yang mengutip derma wakaf di hadapan sebuah bank, ditampar oleh seorang lelaki berusia atas dakwaan menipu. 

Dalam video berdurasi 48 saat tersebut lelaki berusia lingkungan 40'an berkenaan mendakwa lelaki terbabit telah menipu orang ramai. 

Malah, lelaki itu turut menampar pemuda berkenaan agar menghentikan kegiatannya dan mahu berjumpa dengan individu yang didakwa bertanggungjawab mengarahkan pemuda itu mengutip derma di kawasan tersebut. 

Orang ramai yang ada di tempat kejadian itu hanya menyaksikan tanpa mencampuri urusan mereka berdua. 


Sementara itu di media sosial, netizen menyokong tindakan lelaki berusia itu yang cuba membanteras penipuan kutipan derma yang semakin berleluasa. 

Walau bagaimanapun, ada segelintir netizen tidak bersetuju dengan tindakan kasar lelaki itu yang menampar pemuda berkenaan. - The Reporter