Kemenangan Saya Di MLM2016 Tidak Bermakna- Mamak Puteh
Mamak dan Ali yang membentuk kumpulan Puteh telah mengejutkan ramai apabila memenangi tempat ketiga di Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM2016).
Sememangnya lawak yang ditampilkan oleh Mamak dan Ali amat ‘fresh’ dan dapat diterima para penonton.
Walaubagaimanapun ada kisah duka buat salah seorang ahli Puteh iaitu Mamak.
Kata Mamak, kemenangan tersebut tidak bermakna buatnya kerana kehilangan ibu tercinta sehari selepas program tersebut berakhir.
Ini komen Mamak: (sumber: AstroGempak)
Teringat Kembali
“Sudah lima bulan ibu pergi meninggalkan saya. Kalau dikenang kembali detik itu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya.
“Imbas kembali kemenangan saya pada MLM 2016 yang lalu, ibu sihat sebelum saya datang ke Johor Baharu dan ada menyatakan keiginannya untuk ikut bersama ke sana. Tetapi, kakak saya tidak membenarkannya kerana bimbang ibu tidak larat menunggu lama.
“Saya masih ingat pesan terakhir ibu, supaya buat yang terbaik kerana dia sentiasa mendoakan saya berjaya,”
Ibu Tenat Setelah Final
Tambahnya lagi, dia mendapat panggilan telefon daripada kakaknya yang memaklumkan ibu sedang tenat selepas berakhirnya program MLM 2016.
“Saya terus pulang ke Pulau Pinang selepas dimaklumkan tentang keadaan ibu. Sepanjang perjalanan saya tidak putus-putus doakan ibu.
“Tetapi Allah SWT lebih sayangkan ibu. Buat pertama kali, air mata lelaki saya gugur. Allahu, pedihnya rasa kehilangan ibu, tiada lagi doa seorang ibu kepada saya,”
Pesanan Mamak Buat Semua
“Saya kehilangan bapa ketika berusia dua tahun. Jadi ibu tempat saya bermanja, dia jugalah bapa kepada kami.
“Hargailah kedua orang tua kita selagi ada kerana apabila terputusnya doa dari mereka, anda akan merasai betapa kosongnya hidup,”
Takziah buat Mamak dan keluarganya. Diharapkan Mamak kembali kuat dan tabah hadapi dugaan ini. -PENMERAHDOTCOM
The post Kemenangan Saya Di MLM2016 Tidak Bermakna- Mamak Puteh appeared first on PenMerah.com.
Sumber : Penmerah