'Nampak Seronok & Indah Pilot Di TV, Tetapi Realiti Hidup Pilot Sebenarnya...'

Seronok eh bila tengok pelakon lelaki jadi juruterbang pesawat komersial atau pilot. Tetapi adakah senang menjadi pilot seperti yang ditunjukkan dalam drama-drama petang hari? Perkongsian dari The Pilot ini mendedahkan realiti kehidupan seorang pilot yang sebenar. Pilot yang sebenar, tiada masa nak berlegar-legar dalam airport ngorat perempuan.

Oleh The Pilot


1. Nampak memang seronok dan indah. Dalam drama, mereka tunjuk pilot tarik beg, berlegar-legar di airport, jumpa jodoh, borak-borak cinta, cewah! 

Hakikat yang tidak diketahui ialah kehidupan seorang pilot sebenarnya proses pembelajaran yang berterusan, sejak dari flying school, belajar, ujian, belajar, ujian tak habis-habis. Pendek kata memang tak boleh dipisahkan sampailah dia pencen kelak. 

2. Semasa di flying school, dia perlu belajar dalam kelas ground school untuk melalui exam PPL, CPL dan ATPL. Setiap ujian ini mengandungi 5 ke 8 subjek yang perlu dijawab dengan lulus. Markah lulus pula ialah 80%!

Lulus 80%? Ya betul, itulah jangan tak tahu ya. Asyiklah sangat tengok tv tu. 

Selain itu, dia perlu mempelajari type tech yang menjurus kepada mempelajari sistem pesawat dan limitation. Dia juga perlu mempelajari SOP mengendalikan pesawat single engine dan multi engine serta ujian menerbangkan pesawat. 

3. Setelah dia melaporkan diri pada airline tertentu, dia kena mempelajari sistem pesawat yang lebih besar seperti Boeing 737. Manual untuk mengendalikan pesawat ini pula ada sebanyak 7-10 manual setebal 4 inci. Latihan demi latihan dalam simulator dia jalani sehinggalah dia boleh mengendalikan simulator dengan baik. Latihan ini termasuk latihan kecemasan seperti membuat takeoff dan landing bagi pesawat yang mengalami kerosakan enjin, 'decompression'' dan sebagainya. 

4. Ujian SEP (safety emergency procedure) bagi proses meningalkan pesawat selepas melakukan pendaratan cemas, berenang, berkumpul, mengendalikan penumpang yang bermasalah, mengendalikan ancaman bm, mengendalikan penumpang sakit, keupayaan survivor di hutan, laut dan banyak lagi. Ini pula dijalani setahun sekali. 

5. Paling lumrah dalam kehidupan seorang pilot ialah, dia kena menghadapi 'base check' dua kali dalam setahun ataupun lebih tepat lagi ialah pada setiap 6 bulan. Seperti peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahunlah kiranya base check ini. Ujian seperti normal procedure dan abnormal procedure diuji dalam simulator (model pesawat yang boleh bergerak 3 paksi di dalam sebuah dewan tertutup). Biasanya dijalankan dalam tiga hari termasuk ulangkaji Computer Base Training (CBT). 

6. Satu lagi ujian yang perlu dilalui oleh pilot ialah English Proficiency. Ujian ini baharu sahaja diperkenalkan pada 2010. Bagi yang mencapai Level 4, perlu menduduki ujian setiap tiga tahun. Level 5, setiap 6 tahun dan Level 6 pula tidak perlu lagi seumur hidup!

7. Kelas Crew Resource Management (CRM) dijalankan dari masa ke semasa bergantung pada keperluan airline tersebut. Ia juga adalah satu cara bagi memberi latihan kepada pilot dan krew kabin terutamanya bagi mengendalikan SOP normal dan abnormal. Isu-isu terkini akan disentuh bagi mencegah insiden dan kemalangan dan menambahkan kecekapan penerbangan. 

8. Setiap tahun, pilot perlu melalui ujian kesihatan. Kita maklum bahawa ia penting bagi memastikan keupayaan kesihatan juruterbang yang baik bagi mengendalikan beratus-ratus penumpang. Saya pasti anda mahu pesawat yang dikendalikan oleh pilot yang sihat, bukan? 

9. Oh ya, ada satu lagi ujian yang perlu dijalani setiap tahun oleh pilot. Ia dipanggil 'line check'. Ujian ini dijalankan pada pesawat sebenar, bagi memastikan pilot mengikut SOP yang terkini. Seorang instructor yang juga seorang captain akan duduk di dalam kokpit dan memerhatikan bagaimana pilot mengendalikan pesawat. 

10. Jika anda berjaya membaca sehingga ke point yang ke sepuluh ini, saya pasti anda adalah seorang yang cekal dan boleh mengikuti latihan sebagai seorang pilot. Saya doakan anda berjaya dan jumpa anda nanti setelah anda menyarungkan jersi eh. Maaf, uniform seorang juruterbang. 

Sekarang, anda telah pun mengetahui serba sedikit mengenai pilot dalam dunia realiti vs pilot fiksyen, walaupun bukan semua. - The Pilot