Nelayan Bernama Khalid Jadi Jutawan Terjumpa Muntah Ikan Paus
Di Oman, seorang nelayan bernama Khalis bakal menjadi jutawan selepas menemui longgokan besar ambergris atau “muntah ikan paus” ketika dia menangkap ikan di pesisir pantai negara itu.
Bahan berwarna kelabu seperti lilin itu adalah hasil sampingan sistem penghadaman paus sperma yang digelar ’emas terapung’.
Harga bahan tersebut memang mahal dan menjadi buruan syarikat pengeluar minyak wangi kerana ia boleh memberi reaksi kimia yang menjadikan wangian kekal lama.
Khalid Al Sinani bernasib baik apabila menemui longgokan muntah paus seberat 60kg pantai Qurayat.
Pakar bahan berkenaan mengatakan, muntah ikan boleh dijual dengan harga lebih RM11 juta, itulah reeki namanya.
Ini komen Khalid:
“Saya dalam pelayaran pulang apabila terhidu bau sangat busuk tidak jauh dari bot saya. Apabila memeriksanya, saya nampak selonggok besar bahan terapung di air. Saya menggunakan tali untuk menariknya. Beratnya lebih 60 kilogram sedangkan bot saya hanya enam meter panjang.”
“Impian saya menjadi kenyataan. Saya menanti saat ini sejak 20 tahun lalu apabila mula menjadi nelayan bersama bapa.”
Khalid kini merancang berhenti menjadi nelayan dan mahu hidup mewah.
Ambergris terbentuk dalam usus paus sperma untuk melindungi sistem penghadamannya daripada objek tajam seperti muncung sotong yang ditelannya ketika makan.
Ia sama ada dimuntahkan atau dikeluarkan menerusi sistem penghadaman dan akan terapung di laut atau dibawa ombak ke pantai. -PENMERAHDOTCOM
Sumber: Harian Metro
The post Nelayan Bernama Khalid Jadi Jutawan Terjumpa Muntah Ikan Paus appeared first on PenMerah.com.
Sumber : Penmerah