Ozone Therapy: Hanya Yang Bodoh Akan Percaya Rawatan Ini, Pembunuh dalam Diam
Rentak Jantung Tidak Normal & Mengancam Nyawa?
Pernah tak korang dengar mengenai rawatan ‘Ozone Therapy’ ni? Di dalam rawatan ini, darah pesakit akan disedut dan dipaksa masuk ke dalam mesin untuk ‘ditapis’. Rawatan ini dikatakan untuk menjadikan sihat dan badan cergas semula.
Tapi betul ke rawatan ini selamat dan tiada kesan mudarat? Di facebook jururawat ini menerangkan kesan mudarat rawatan ini kepada pengguna. Ada ke antara korang yang pernah buat rawatan ni? Ada apa-apa perubahan tak?
Sedut darah dan masuk ke dalam mesin
ozone-therapy
Kita tengok artis buat kita buat. Itu masalah orang kita . ikut tanpa buat research. percaya bulat – bulat
Pendapat saya banyak buruk dari baik.
Sila baca & hadam
credit dr page psuedosciene watch
Nampaknya Ozone therapy semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Di dalam rawatan ini, mereka akan menyedut darah daripada pesakit dan dipaksa masuk ke dalam mesin mereka. Di dalam mesin ini pula, mereka akan ‘mengozonekan’ darah tersebut dgn gas ozone yg terhasil drpd mesin mereka.
Selalunya mereka akan menggunakan ‘Corona Discharge’ untuk menghasilkan gas Ozone tersebut.
Selain daripada itu, pencair darah seperti heparin juga akan dicampurkan di dalam darah supaya darah tidak membeku.
Ada beberapa penjelasan yang perlu diketahui oleh para pengguna apabila menggunakan rawatan seperti ini.
Mesin ozone tidak menapis kolesterol
img_1591
1) Kolesterol
Ramai daripada kalangan mereka yg menyediakan terapi ini mengatakan mesin mereka boleh membuang kolesterol. Buktinya apabila darah itu keluar drpd saluran darah terdapat bahan yg berwarna putih sekali berada di dalam darah tersebut berserta ketulan.
Mereka mengatakan itulah kolesterol di dalam darah. dan apabila melepasi mesin ozone tersebut, ketulan berwarna putih itu akan hilang.
PENJELASAN: Bahan yg berwarna putih itu bukanlah kolesterol. Ianya adalah fibrin iaitu kompoun yg terhasil disebabkan darah hendak membeku(clotting). Ia bukanlah kolesterol kerana kolesterol tidak bergumpal sedemikian rupa. Dan selalunya kolesterol larut di dalam air kerana ia disimpan di dalam kompaun yg besar seperti lipoprotein.
Bahan berwarna putih(fibrin) itu hilang disebabkan pencair darah seperti heparin di masukkan ke dalam darah tersebut. Maka, proses pembekuan darah akan terhenti dan darah menjadi cair semula.
Maka, mesin ozone tidaklah menapis kolesterol
Darah hitam menjadi cerah bukan kerana toksin dikeluarkan
2) Darah hitam menjadi cerah.
Selalunya darah yg keluar drpd saluran darah berwarna gelap dan apabila keluar drpd mesin ozone ianya akan menjadi cerah. Staff Ozone akan mengatakan mesin mereka telah mengeluarkan toksin drpd darah pesakit sebab itu ianya lebih cerah
PENJELASAN: Sebenarnya darah yang keluar daripada saluran darah itu selalunya berasal drpd saluran darah vena yg membawa darah yg mempunyai kurang oksigen ke jantung.
Perlu diketahui darah yg kurang oksigen memang akan kelihatan gelap berbanding darah yg mempunyai oksigen.
Berbalik kepada mesin ozone, apabila darah memasuki mesin ini, ia akan meng’ozone’ dan juga memberi oksigen kepada darah pesakit tersebut. Disebabkan perkara itu darah akan berubah warna kepada warna merah yg lebih cerah. Kerana darah itu telah diberi gas oksigen. BUKAN DISEBABKAN TOKSIN YG DIKELUARKAN. Kerana tiadapun toksin yang dikeluarkan drpd mesin tersebut
Kemungkin ada jangkitan kuman dan mengancam nyawa
3) Jangkitan kuman
Perbuatan mengeluarkan dan memasukkan darah membuatkan seseorang itu berpotensi terkena jangkitan kuman. Ini kerana kita mengeluarkan darah pada kuantiti yang banyak dah mendedahkan ia pada kawasan diluar badan.
Jika kuman dapat masuk terus ke dalam saluran darah, kesannya sangatlah teruk
Walapun ia menggunakan sistem yg tertutup dan sterile. Tetapi ianya masih mendedahkan pesakit kepada sesuatu kuman yg merbahaya.
4) Pecahnya sel darah merah.
Darah yang disedut daripada saluran darah mempunyai kemungkinan yg besar untuk membeku. dan darah yg beku inilah yg dipaksa untuk masuk ke dalam mesin tersebut. Salah satu caranya adalah dgn menghimpit darah tersebut supaya ia ditolak masuk ke dalam tiub penapis yg meng’ozone’kan darah tersebut.
Hasilnya banyak darah yang akan terpecah dan melepaskan ion pottasium ke dalam darah. potassium yg tinggi di dalam darah boleh menyebabkan rentak jantung menjadi tidak normal. Jika potassium terlampau tinggi, ini akan menyebabkan jantung berhenti berdenyut secara tiba2 dan pesakit meninggal dunia.
Jika anda sygkan nyawa anda, kami cadangkan untuk elak drpd melakukan rawatan seperti ini.
Tiada lagi kajian klinikal yang membuktikan prosedur yang berbahaya ini mendatangkan manfaat dalam kesihatan manusia.
Dalam islam, jika sesuatu perkara itu belum lagi dpt dibuktikan mendatangkan manfaat tetapi adanya keraguan/syak daripada segi keselamatannya, maka kita mengambil langkah untuk meninggalkannya.
Begitu juga Ozone therapy ini, tiada kajian klinikal yg menunjukkan ia mendtgkan manfaat. Malah diragui drpd segi keselamatanya, maka langkah yg terbaik adalah meninggalkannya.
Jika nak ikhtiar pun, ikhtiar lah cara yg sudah terbukti keberkesanannya dan tidak diragui kesan sampingannya.
Doc PCM
Sumber : Friscomedia