"Hak keistimewaan Melayu akan lenyap sekiranya DAP berkuasa," luah Najib


Datuk Seri Najib Razak berkata pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah penentuan sama ada keindukan kerajaan pimpinan Umno dikekalkan atau memilih kerajaan baharu yang diterajui DAP.

Presiden Umno berkata rakyat Malaysia, terutama orang-orang Melayu dan Bumiputera berdepan persimpangan paling genting dalam sejarah politik negara untuk membuat keputusan antara dua pilihan tersebut.

Najib berkata demikian dalam ucapan dasarnya sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur, hari ini.

Perdana menteri memberi amaran keindukan kepimpinan tidak boleh dipandang ringan kerana banyak hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera akan lenyap serta pupus sekiranya DAP berkuasa.

Selain itu, Najib berkata Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menjadi kebanggaan orang Melayu dan Bumiputera selama 60 tahun juga tidak akan mampu mengekalkan falsafah penubuhannya.



Sumber : BicaraNework