Pemuda Berang Apabila Staff CIMB Kelantan Tidak Menghormati Isterinya

STAF CIMB (TANAH MERAH,KEL) TIDAK BERADAP
7.12.2016

Sekarang musim tukar kad. tak terkecuali isteri ambo pun walaupun masih dlm berpantang (bayi 30 hari). Pergi CIMB cawangan Tanah Merah Kelantan untuk urusan tukar kad baru. Jumpa staff jaga nombor (1 perempuan melayu) terangkan keadaan isteri yang masih berpantang (masa tu memang ramai sangat orang) dia suruh ambil nombor & tunggu macam biasa sambil dengan sinis kata "isteri boleh berjalan kan? tak kena usung? sihat la tuuu" 

So,sebagai pelanggan yang simpan duit dekat cimb,akurlah....

Setelah hampir 3 jam tunggu giliran,isteri ambo terlepas giliran kerana menyusu bayi yang meragam dalam kereta.(dalam bank tak disediakan tempat menyusu) Jumpa staff tadi. dia kata tak boleh! sambil beri nombor baru & suruh tunggu lagi dalam 2 jam. Walaupun isteri dah terangkan sebab sebenar tapi dia tetap berkeras. Ambo pun masuk sendiri dalam bank jumpa staff tu. Dia tetap berkeras dengan angkuh suruh tunggu giliran baru. "patut kena alert la dengan no giliran. kalau terlepas nasiblah..." sambil menjeling. Sungguh kurang adab! Memang tak puas hati tadi. Sambil kluar sempat dengar dia dok ngomen dengan rakan dia. Malas nak gaduh.

Maka berlalulah kami kerana isteri dah penat & tak sanggup menunggu berjam jam lagi.
Berlainan sungguh dengan staff Maybank (Tanah Merah,Kel). Urusan tukar kad juga.Jumpa staff perempuan jaga kaunter depan. Terangkan keadaan isteri yang tengah berpantang.Dengan senyuman bagitahu suruh isteri masuk jumpa dia. Dan Alhamdulillah dia tolong permudahkan urusan isteri. dalam masa setengah jam urusan siap.Bayi pun x sempat meragam. 

Terima kasih di atas pertolongan puan. 
#maybank #maybanktanahmerah

Harap-harap staf cimb tu tadi belajar lagi akhlak dengan pelanggan,jangan terlalu sombong. Kerana anda seorang sahaja yang tidak beradab,jangan rosakkan tempat anda bekerja.
Mohon CIMB hantar staff ni pergi kursus akhlak.
Mohon viralkan supaya staff ni lebih beradab!
#cimb #cimbtanahmerah #cimbhq #viral

Sumber : BicaraNework