Lapor Harian Metro, dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Nurul Atikah Jafri, 21, parah di bahagian muka dan tangan akibat rempuhan yang kuat.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Dr Abdul Aziz Awang Darus, berkata, kereta mangsa dari arah Selayang menghala ke Puncak Alam dipercayai dipandu laju dan tidak sempat dihentikan ketika menghampiri plaza tol berkenaan.
"Kereta mangsa remuk di bahagian hadapan dan sisi kiri, manakala pemandunya cedera pada muka dan tangan. Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan," katanya.
Mangsa telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dilaporkan kini berada dalam keadaan stabil.
Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) plaza tol berkenaan yang menunjukkan kereta mangsa merempuh tembok simen itu juga tersebar di media sosial. Berdasarkan video tersebut, kereta mangsa dipandu dengan laju dan terus merempuh tembok simen menyebabkan bahagian hadapan kereta mangsa remuk.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Ini info yang saya dapat dari lecturer dia sendiri dari UiTM Puncak Alam. Dia ada penyakit sawan. Sawan boleh terjadi kalau terlalu panas atau stress. Semoga dia cepat sembuh," katanya. - The Reporter
Sumber : Citeheboh