Bapa Cabul Anak Tiri Kerana Tidak Tahan Melihat Anak Tiri Terlalu CANTIK!

Bapa Cabul Anak Tiri Kerana Tidak Tahan Melihat Anak Tiri Terlalu CANTIK!| Alor Setar: Polis memburu seorang lelaki yang mencabul anak tirinya di sebuah rumah di Taman Bersatu, Kuala Kedah, di sini, dua minggu lalu.Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin (Gambar dalam kotak kecik)  berkata, suspek berusia 36 tahun itu melakukan perbuatan terbabit pada jam 1.30 pagi, 21 Januari lalu ketika mangsa berusia 21 tahun sedang tidur bersama ibunya.

Menurutnya, mangsa terjaga selepas menyedari bapa tirinya berada di hujung kaki menyebabkan wanita terbabit mengadu kepada ibunya. “Ibunya menyuruh mangsa tidur di bilik lain namun diekori suspek yang ketika itu hanya memakai tuala. Suspek turut memegang bahu serta merapatkan muka ke pipi mangsa,” katanya ketika dihubungi tadi.

Mohd Rozi berkata, mangsa yang tidak selesa bertindak meminta lelaki itu keluar dari bilik. “Dia yang mengesyaki suspek ingin merogolnya membuat laporan polis dan kita sedang memburu lelaki itu yang menghilangkan diri. “Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya.

SUMBER:HMETRO

The post Bapa Cabul Anak Tiri Kerana Tidak Tahan Melihat Anak Tiri Terlalu CANTIK! appeared first on KISAH BENARKU.



Sumber : 1Citemalaya>