Kenapa Darah Kita Merah?

Darah manusia tak kira bangsa melayu, cina, india, afrika hatta golongan diraja yang dikatakan ‘blue blood’ adalah sama berwarna merah. Ada pelbagai bahan dalam komposisi darah: albumin, platlet, antibodi, sel-sel darah putih, sel darah merah. Seperti namanya, sel darah merah adalah penyumbang utama mengapa darah kita berwarna merah.

Image result for blood cells

Sel darah merah mempunyai protein-protein yang digelar sebagai haemoglobin. Protein ini mempunyai cecincin porfirin yang memegang ion besi (Ferum) untuk mengangkut oksigen. Selain fungsinya dalam pengangkutan oksigen, haemoglobin memberikan warna merah pada sel darah kita.

 

Darah yang dipam dari jantung kepada seluruh tubuh adalah darah yang kaya oksigen. Hemoglobin dalam darah ini dalam keadaan teroksida dan menyebabkan darah berwarna merah terang. Manakala, darah dari salur vena yang mengangkut darah kembali ke jantung adalah darah yang kurang oksigen. Hemoglobin dalam keadaan terdeoksida menyebabkan darah berwarna sedikit gelap (merah gelap).

 

Related image

 

Sebab itulah anda melihat iklan-iklan rawatan ozon yang heboh diperkatakan menunjukkan darah sebelum ‘rawatan’ berwarna gelap, selepas melalui mesin ozon berwarna merah terang. Darah yag dikeluarkan adalah darah yang kurang oksigen dari vena anda, sudah tentulah ia berwarna sedikit gelap. Bukannya darah anda mempunyai kotoran! Selepas melalui mesin, hemoglobin dalam darah akan teroksida dan menyebabkan darah anda berwarna merah terang.

Image result for terapi ozon

Adakah ‘blue blood’ wujud?

Sebenarnya, belangkas yang dikatakan berdarah biru bukanlah mitos. Belangkas, krustasia (udang, ketam), labah-labah, sotong, sotong kurita, moluska (kerang-kerangan) mempunyai hemocyanine sebagai pengangkut oksigen.

Hemocyanin mengandungi ion logam kuprum yang menyebabkan darah tidak berwarna apabila tidak teroksida dan berwarna biru apabila mengangkut oksigen.

Image result for hemocyanin structure

Darah belangkas adalah amat berharga kerana belangkas mempunyai amebocyte yang sangat unik. Amebocyte ini mengandungi coagulogen yang akan menggumpal apabila terdapat infeksi bakteria. Menariknya, coagulogen ini akan menggumpal bakteria dengan cepat (kira-kira 45 minit berbanding dua hari pada mamalia) dan sangat sensitive sehingga boleh mengesan kontaminasi bakteria pada satu bahagian per trillion.

Darah belangkas digunakan dalam industry farmaseutikal untuk mengesan pencemaran bakteria dan endotoksin pada ubatan, vaksin dan sebagainya sebelum dipasarkan.

Image result for hemocyanin color

 

Darah berwarna ungu juga wujud!

 

Sesetengah cacing laut termasuk ‘penis worm’ (ya, saya tidak bergurau!) mempunyai darah berwarna ungu. Walaupun cecacing ini mempunyai pengangkut darah dengan ion ferum seperti kita, pigmen pengangkut oksigen mereka lebih mirip belangkas tadi. Ia digelar hemorythrin.

Image result for penis worm

Penis worm (Priapulus caudatus)

Haiwan berdarah hijau (bukan mak kau hijau!)

Cecacing seperti cacing tanah dan lintah mempunyai chlorocruorin sebagai pengangkut oksigen. Menariknya, chlorocruorin ini sangat mirip dengan haemoglobin vertebrat seperti manusia dengan cecincin porfirin dan ion ferum. Cuma berbeza kumpulan aldehid pada cecincin porfirin sahaja. Nampaknya, kita dan cacing tidah begitu jauh berbeza….

 

Cuma manusia mungkin boleh berfikir tentang jawapan pada persoalan ini:

Roses are red, violets are blue, If blood is red, why do veins look blue?

 

Image result for chlorocruorin

 


Sumber: RootOfSience

Sumber : Citeheboh