Akibat Selalu Berjaga Lewat Malam, Buka Pintu Balkoni & Selak Langsir, Akhirnya Pelajar Perempuan Ini Telah… !!!

Akibat Selalu Berjaga Lewat Malam, Buka Pintu Balkoni & Selak Langsir, Akhirnya Pelajar Perempuan Ini Telah… !!!|Perkara yang terjadi ini tidaklah meyeramkan,namun masih kekal misteri dan tanda tanya. Kejadian mistik berlaku semasa menuntut di Lembah Pantai beberapa tahun yang lalu. Aku dan Sara masih terjaga meski jam lewat ke angka 1 pagi. Kami masih menyiapkan beberapa tugasan sambil ditemani alunan muzik dan hembusan bayu lembut dari luar. Pintu balkoni dan jendela di buka luas dengan kuakkan langsir rapi diikat tepi. Sudah kebiasaan begitu. Pintu masuk bilik dibuka kecil. Tiba-tiba datang Kak Mia menjenguk di ambang pintu.

“Korang belum tidoq ka? Baguih lah,boleh aku lepak sini,” ujar kak Mia. “Masuk je lah kak, kami pun belum ngantok lagi,” sahut Sara lembut. Seperti kebiasaannya, apabila melepak begitu aku akan siapkan hidangan biskut jagung pasaraya dengan air teh o panas dibuat cicah. Kak Mia membuka bicara. “Aku tak tidoq lagi sebab nak kejut abang Fiq korang koi 3 pagi nanti. Ada match Chelsea vs MU”

Umum kami ketahui Kak Mia peminat kipas susah mati Chelsea dan abang Fiq penyokong tegar MU. Jam menginjak ke 2.15 pagi dan kami masih ralit bersembang diatas lantai simen yang kian membeku hingga tiba-tiba aku sepi.

Telingaku cuba fokus dan mencerna apa yang didengar. Sayu rintihan suaranya. Mendayu-dayu lemah gemalai. Saat itu aku fikir mungkin jiran bilik sebelah berlatih gurindam atau syair. Ku amati suara sayu itu. Bukan pemilik suara penghuni sebelah, atas mahupun bawah. Aku mengensot ke muka pintu balkoni, ku panjangkan leher mengintai silauan cahaya kamar sebelah. Ternyata kamar kiri dan kanan gelap gelita petanda bahawa penghuni nyenyak beradu. Ah, sudah!

Baru kusedari, aku diusik manja “si dia”. Suara lunak merdu yang penuh kesyahduan dan kesayuan menerbitkan rasa seram. “Wahai anak…” antara bait yang ku ingat. Bingkas aku bangkit dan sepantas kilat dengan gelabah aku tutup pintu, tingkap dan tirai kamar. Sara dan Kak Mia diam kehairanan melihat tingkahku. Sejurus itu aku terus lari dan melompat atas katil. Aku tarik gebar hingga kepala menutupi seluruh tubuh.

“Weh, hang jangan macam ni. Nanti lagi “dia” suka”, tegur kak Mia sambil goncang kaki aku. Aku duduk dan bertenang. Suasana sepi. Masing-masing mengunci mulut. Kak Mia pulang ke biliknya, aku dan Sara terus tidur. Aku juga sebolehnya mahu melupakan “gurindam” itu. Esok pagi, aku jumpa Kak Mia. Aku mahu penjelasan lanjut,apa maksud ujarannya malam tadi.

“Akak dengar jugak ka?”
“Dengaq apa”
“Kenapa akak cakap camtu”
“Dah aku tengok hang gelabah pi tutup semua. Lepaih tu dok lari,lompat ataih katil kelubung. Mesti ada something wrong”
“Akak memang tak dengar la?”
“Tak.. dengaq apa?”
“Perempuan macam syair, bergurindam cakap pasal anak..sayu je kak”
“Yaka weh? Aku tak dengaq, tapi masa tu aku rasa meremang satu badan, tak sedap hati. Tiba-tiba pulak hang buat aksi akrobatik. Sah la perasaan aku tu”

Aku tanya Sara, adakah dia juga mendengar atau merasakan sesuatu. Dia hanya geleng kepala. Hampeh!! Sah, “si dia” mengusik aku seorang. Walau apa pun “dia”, aku syukur hanya mendengar dan bukan melihat jelmaannya. Itulah pengalaman mistik aku yang pertama sebelum ada susulan mistik kedua.

Sumber: Fikyen Shasha

The post Akibat Selalu Berjaga Lewat Malam, Buka Pintu Balkoni & Selak Langsir, Akhirnya Pelajar Perempuan Ini Telah… !!! appeared first on KISAH BENARKU.



Sumber : 1Citemalaya>