"Suami Paling Sibuk...." - Dedah Adira
Adira dijangka bakal bersalin anak pertama bersama Dato Red pada Mac depan.
Dia mengatakan suaminya amat sibuk melakukan persiapan menyambut kelahiran bayi sulungnya itu.
Dato Red amat teruja bakal menerima kehadiran cahaya mata dalam keluarga mereka sehingga persiapan yang dilakukan juga berlebih-lebihan.
Ini komen dari Adira:
"Jujurnya pada usia kandungan saya yang masuk lapan bulan ni memang tak larat hendak bergerak atau buat apa-apa pun.
"Mujur suami saya paling teruja untuk siapkan semua kelengkapan dan sebab itu saya serahkan semua kepadanya.
"Tambahan pula suami sudah ada pengalaman sebelum ini jadi lebih mudah dan Alhamdulillah semua keperluan telah pun lengkap dan hanya menanti waktu bersalin sahaja,"
Adira kini masih menerima beberapa undangan persembahan kerana tidak mahu memanjakan diri selain mengelak berasa bosan.
Ini jelasnya:
"Suami tak halang saya teruskan kerja cuma dia tak bagi sekiranya persembahan itu diadakan di luar Kuala Lumpur.
"Tetapi sudah sampai tahap sekarang ini tidaklah selalu saya terima undangan cuma sekali-sekala bagi mengelak daripada berasa bosan,"
Tentang berpantang, Adira akan berehat di Kuala Lumpur dan ibunya dari Sabah akan datang untuk menjaganya.
Ini komennya lagi:
"Insya-Allah bersalin dan berpantang di sini sahaja dan ibu saya akan datang dari Sabah untuk menjaga saya sepanjang tempoh itu.
"Jika tak pun suami boleh jaga saya kerana dia sudah ada pengalaman sebelum ini,"
Semoga Adira dan Dato red selamat menerima cahaya mata pertama mereka.