Kecoh Seorang Lelaki Bertindak Untuk Cuba Menegakkan Menara Condong Teluk Intan !!!

Kecoh Seorang Lelaki Bertindak Untuk Cuba Menegakkan Menara Condong Teluk Intan !!!| Semalam telah berlaku satu kekecohan di Menara Condong Teluk Intan apabila seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman bertindak membuang serpihan kayu dari atas menara ke bawah.Menurut orang awam yang berada di kawasan menara mengatakan lelaki tersebut bertindak sedemikian kerana ingin menegakkan menara yang terkenal dengan kecondongannya itu.

Seorang pekerja menara, Isham Ishak, 38, berkata pada mulanya dia mendengar bunyi bising dari bahagian atas pada kira-kira jam 4 petang.“Bila saya cuba tanya kenapa dan pujuk lelaki itu, dia ajak saya berlawan sambil memaki hamun,” katanya kepada Sinar Harian.

Isham turut memberitahu, lelaki berkenaan bertindak lebih agresif lantas dia dan beberapa orang awam bertindak menangkap lelaki tersebut sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.

Dalam masa yang sama, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad turut mengesahkan kejadian tersebut dan sedang disiasat untuk maklumat lanjut.-Vitdaily

The post Kecoh Seorang Lelaki Bertindak Untuk Cuba Menegakkan Menara Condong Teluk Intan !!! appeared first on SIAKAP KELL.



Sumber : 1Citemalaya>