Kisah Menyayat Hati Bayi 6 Bulan Terpaksa Bermalam Di Lokap Polis Gara-Gara…. !!!

Kisah Menyayat Hati Bayi 6 Bulan Terpaksa Bermalam Di Lokap Polis Gara-Gara…. !!!| Jertih: Bayi perempuan berusia enam bulan yang masih menyusu menjadi mangsa keadaan apabila terpaksa mengikut ibu bapanya bermalam di lokap selepas pasangan itu ditahan kerana memiliki dadah dalam serbuan polis di Kampung Pasir Akar, di sini, petang semalam.

Dalam serbuan di sebuah rumah kedai kira-kira jam 3 petang itu, polis yang melakukan pemeriksaan menemui satu bekas plastik warna merah jambu di atas almari di dapur.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, hasil pemeriksaan lanjut pihaknya menemui sebanyak 16 tiub penyedut minuman warna biru setiap satu berisi 10 biji pil warna kemerahan selain satu tiub lagi berisi sembilan biji pil yang sama bersama sebiji pil warna kehijauan disyaki dadah.

Berikutan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun dan isterinya berusia 29 tahun yang juga penyewa rumah kedai terbabit sejak setahun lalu yang turut mengusahakan kedai makan.

Menurut Mohd Zamri, pasangan berkenaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.-HMetro

The post Kisah Menyayat Hati Bayi 6 Bulan Terpaksa Bermalam Di Lokap Polis Gara-Gara…. !!! appeared first on SIAKAP KELL.



Sumber : 1Citemalaya>