Perempuan Jiwa Kacau Mood Tak Baik Bertindak Pelik Apabila Mengeluarkan Duitnya Untuk… !!!

Perempuan Jiwa Kacau Mood Tak Baik Bertindak Pelik Apabila Mengeluarkan Duitnya Untuk… !!!| Hanya disebabkan angin tak baik seorang wanita menyebabkan lalu lintas sesak. Wanita tersebut telah mencampakkan wang tunai lebih daripada 16, 000 yuan (RM 10, 300) ke atas jalan raya. Walaupun bersepah wang kertas di atas jalan raya, tak ada sesiapa pun yang mengambil duit tersebut sebaliknya hanya mengelilingi dan memerhatikan sahaja. Selepas polis sampai, wanita tersebut memberitahu dia berbuat demikian kerana anginnya (mood) tak berapa baik.

Akhbar tempatan melaporkan, wang kertas 100 yuan (RM16) itu di campakkan di jalan raya di Chongqing tetapi orang ramai hanya mengelilingi kawasan berkenaan dan memerhatikannya sahaja, tanpa ada yang berebut untuk memungutnya. Polis membantu mengutip semula wang dan menyerahkan kepada wanita tersebut.

“Seorang wanita berambut panjang, berjaket kulit keluar dari sebuah farmasi, menuju tempat melintas. Dia kemudian berhenti dan mengeluarkan wang kertas dari begnya lalu mencampakkannya di jalan raya.” jelas polis kepada media. Sumber-Era.fm

The post Perempuan Jiwa Kacau Mood Tak Baik Bertindak Pelik Apabila Mengeluarkan Duitnya Untuk… !!! appeared first on KISAH BENARKU.



Sumber : 1Citemalaya>