Siapa Paling Layak Untuk Anugerah Atlet Terbaik SAM 100 2016? Akhirnya Pemenang Di Umumkan !!!

Siapa Paling Layak Untuk Anugerah Atlet Terbaik SAM 100 2016? Akhirnya Pemenang Di Umumkan !!!| KUALA LUMPUR 2 Mac – Pemenang pingat perak Sukan Olimpik tiga kali berturut-turut Datuk Lee Chong Wei dinobatkan sebagai Atlet Terbaik dalam Majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2016 malam tadi.

Jaguh badminton berusia 34 tahun itu menewaskan enam calon lain iaitu gandingan Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong (terjun), Goh V Shem-Tan Wee Kiong (badminton), Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (badminton), Azizulhasni Awang (berbasikal), Mohd Al-Jufferi Jamari (silat) dan Khairul Idham Pawi (Moto3).

Ini kali kedua Chong Wei memenangi anugerah tersebut selepas meraihnya pada 2008.Prestasi yang positif sepanjang tahun 2016 adalah salah satu faktor pemain tersebut dipilih memenangi anugerah tersebut. Pencapaian terbaiknya tahun lalu adalah memperoleh pingat perak Sukan Olimpik selain menjuarai Kejohanan Asia di Wuhan.

Paling menakjubkan apabila Chong Wei berjaya merampas kembali gelaran No. 1 dalam ranking dunia selepas lapan bulan digantung kerana didapati menggunakan bahan terlarang dalam sukan. Chong Wei kembali ke ranking No. 1 dunia pada 9 Jun tahun lepas selepas memenangi Terbuka Indonesia untuk kali keenam berturut-turut.

Sementara itu, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dipilih sebagai penerima sulung Anugerah Atlet Paralimpik Terbaik SAM selepas memahat sejarah buat Malaysia pada 10 September tahun lepas apabila meraih pingat emas pertama kontinjen Paralimpik negara dalam acara 100m T36 (cerebral palsy) lelaki.

Dalam tahun yang sama, atlet kelahiran Perlis itu turut memenangi pingat emas dalam Kejohanan Olahraga IPC Terbuka China dan Kejohanan Olahraga IPC Asia Oceania. Chong Wei dan Ridzuan masing-masing menerima trofi dan wang tunai RM10,000 yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam pada itu, atlet terjun cilik Nur Dhabitah Sabri, 17, pula dipilih sebagai penerima Anugerah Atlet Muda Terbaik selepas konsisten dan cemerlang dalam penampilan pertamanya untuk mara ke peringkat akhir acara 10m platform wanita Sukan Olimpik Rio de Janeiro.

Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) dipilih sebagai penerima Anugerah Persatuan Sukan Dinamik berdasarkan beberapa faktor iaitu kejayaan atletnya meraih pingat dalam setiap kejohanan, kredibiliti kepimpinan dan kegigihan mempertingkatkan mutu sukan silat di negara ini.

Pada majlis anugerah itu juga, Megat Syafique Syazwan Mohd. Khairul, pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil, telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Liga Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tahun 2016.-Utusan Online

The post Siapa Paling Layak Untuk Anugerah Atlet Terbaik SAM 100 2016? Akhirnya Pemenang Di Umumkan !!! appeared first on SIAKAP KELL.



Sumber : 1Citemalaya>