Lindungi anak daripada didera
ANAK sangat penting dalam kehidupan pasangan yang telah berkahwin. Pada kebiasaannya anak yang lahir disambut dan dirai dengan penuh kasih sayang.
Biasanya apabila seorang wanita mengandung, ibu bapanya akan membuat kenduri kesyukuran, setelah lahir diadakan kenduri cukur rambut dan akikah.
Apabila anak dilahirkan, semua ahli keluarga, sanak saudara dan rakan taulan berduyun-duyun datang melawat pasangan yang baru mendapat anak.
Dalam adat Melayu orang yang menziarahi akan membawa hadiah. Malah semasa kenduri cukur rambut, perkara yang sama dilakukan. Cara sambutan sebegitu membuktikan bahawa anak yang dilahirkan itu akan dijaga dengan baik dan penuh kasih sayang.
Oleh itu, mendera atau memukul anak bukanlah satu tabiat ibu bapa atau masyarakat Malaysia.
Pun begitu, hampir setiap hari kita dimomokkan dengan berita penderaan kanak-kanak sama ada oleh ibu bapa, penjaga atau pembantu rumah.
Islam melarang keras mendera anak. Malah Islam menggalakkan kita menyayangi anak. Di Malaysia, penderaan anak bukan fenomena baru. Dalam kes Balasundran, seorang penjaga telah dijatuhkan hukuman mati kerana didapati bersalah membunuh kanak-kanak berumur 26 bulan.
Kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan fizikal dan seksual. (Utusan Malaysia, Mei 1992). Kes ini adalah kes yang menjadi penyebab utama kerajaan meluluskan Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 (Akta 468) yang kini diganti oleh Akta Kanak-kanak 2001.
Di Malaysia penderaan anak adalah isu undang-undang jenayah yang diletakkan dalam bidangkuasa Parlimen Persekutuan.
Ini adalah akta yang terpakai kepada semua orang di Malaysia bertujuan melindungi kanak-kanak daripada didera dan dalam masa yang sama mempertahankan hak kanak-kanak.
Dalam kategori pertama iaitu kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan adalah mengikut seksyen 17. Seksyen 17 sangat luas ruang lingkupnya di mana ia termasuk kanak-kanak yang didera .
Jika diamati peruntukan dalam seksyen 17(2), kecederaan fizikal adalah yang paling mudah dikesani. Kanak-kanak yang didera secara fizikal akan mengalami luka, bengkak, patah, lecur dan sebagainya.
Jika kanak-kanak tidak nampak luka atau bengkaknya dan anak itu terlalu kecil untuk mengadu tentang kesakitannya tetapi menangis tidak henti-henti, muntah-muntah, maka dia mungkin mengalami kecederaan dalaman.
Jika anak tidak berhenti menangis selepas diambil dari rumah pengasuh maka bawalah anak ke klinik segera.
Ada kemungkinan terjatuh tetapi tidak dimaklumkan kerana takut. Anak muntah-muntah, itu adalah tanda paling utama untuk anak dibawa ke hospital segera.
Doktor yang merawat ada tanggungjawab di bawah Akta Kanak-kanak 2001 untuk memeriksa anak dengan teliti dan jika mensyaki anak didera atau mengalami kecederaan, boleh menahan anak diwad untuk pemeriksaan lanjut.
Mengikut seksyen 27(1): Jika seseorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar mempercayai atas alasan-alasan yang munasabah bahawa seseorang kanak-kanak yang sedang diperiksanya atau dirawatnya telah dicederakan dari segi fizikal atau emosi akibat teraniaya, terabai, terbuang atau didedahkan, atau teraniaya dari segi seks, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu seorang Pelindung.
Seksyen 27(2) pula memperuntukan Mana-mana pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (3) Jika pengamal perubatan berdaftar yang disebut dalam subseksyen (1) ialah seorang pegawai perubatan, maka dia boleh mengambil kanak-kanak yang disebut dalam subseksyen itu ke dalam jagaan sementara sehingga jagaan sementara kanak-kanak itu diambil alih oleh seorang Pelindung atau pegawai polis.
Menyelamatkan
Peruntukan ini sangat penting kerana bertujuan melindungi kanak-kanak daripada mengalami kecederaan teruk.
Jika kecederaan dapat dikesan segera, tindakan dapat diambil segera dan boleh menyelamatkan nyawa anak. Tidak dapat dinafikan ibu bapa kadang-kadang terlepas pandang kecederaan anak sehingga apabila dibawa ke hospital, sudah terlambat untuk diselamatkan.
Doktor juga, dalam kesibukan bertugas ada kemungkinan terlepas pandang isu penderaan anak ini. Doktor yang cuai boleh dikenakan tindakan dan ibu bapa yang cuai juga boleh dikenakan tindakan.
Namun secara realitinya jika seorang kanak-kanak didera dan meninggal dunia kerana penderaan tersebut, maka pendera lah yang akan dihadapkan ke mahkamah untuk dikenakan hukuman seperti kes Balasundram.
Kecederaan fizikal lebih mudah dibuktikan dengan adanya laporan doktor dan polis. Jika dulu, ibu bapa merotan anak-anak untuk mendisiplin anak mereka, kini merotan sebagai cara mendisiplin dilaksanakan dengan berhemah.
Jika mencederakan, tindakan boleh diambil terhadap ibu bapa. Di sekolah pun, merotan sebagai satu hukuman hanya boleh dilaksanakan oleh pengetua atau guru disiplin.
Saya sendiri mencadangkan dalam satu perbincangan meja bulat dengan guru-guru dan persatuan ibu bapa dan guru, merotan sebagai hukuman di sekolah patut dihapuskan.
Ini selaras dengan Konvensyen Hak Kanak-kanak yang mana Malaysia telah menjadi ahli. Ia juga melindungi maruah kanak-kanak daripada dimalukan secara terbuka.
Hari ini, memberi kanak-kanak yang nakal kaunseling menunjukkan kesan yang lebih positif daripada mengambil tindakan merotan atau menghukumnya secara fizikal. Islam melarang memukul anak hingga mencederakan.
Rasulullah SAW sendiri sukakan kanak-kanak dan mencium di ubun-ubun mereka. Jika Rasulullah SAW sendiri mesra kanak-kanak, tentulah kita perlu mengikut sunnah baginda.
Apa yang menjadi persoalan, kenapa ibu bapa atau penjaga yang sepatutnya menyayangi anak mereka tetapi tergamak mencederakan pula. Apatah lagi yang mendera itu adalah individu yang mengandung dan melahirkan anak tersebut.
Kebanyakan ibu yang mencederakan anaknya sendiri, adalah ibu yang didera oleh suami atau keluarganya sehingga dia mengalami sakit mental yang menyebabkan dia pula mencederakan anaknya.
Bagi saya, Allah SWT telah menjadikan wanita dengan fitrah keibuan yang menyayangi anak dan sanggup berkorban jiwa raga demi anaknya. Hari ini jumlah ibu yang mendera anak sendiri juga tinggi. Sepatutnya ia tidak berlaku.
Inilah fenomena yang membimbangkan dan perlu dicari penyelesaiannya. Penderaan fizikal kanak-kanak adalah penyiksaan terhadap kanak-kanak. Ia mesti diberhentikan. Kanak-kanak mesti diselamatkan dan dilindungi.
Artikel Penuh: http://ift.tt/2lWb6IB
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sumber : Mediahub
Popular Posts
-
Nak kuku cantik dan sihat, biasanya wanita akan ke salon kecantikan atau spa melakukan manikur padikur. Tapi kalau mahu berjimat, anda bol...
-
'Paracetamol Syrup' keluaran Royce Pharma yang mengandungi alkohol diarah ditarik balik Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataa...
-
"Sumpah geram siapa yang report! Call cakap dengar suara lelaki dalam rumah, selepas itu nak tuduh macam-macam dan kata kitorang buka...
-
Minggu lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan pengedaran sekeping gambar bogel pelakon cantik, Rozita Che Wan yang tersebar luas di inte...
-
KUALA LUMPUR - Susulan viralnya kes seorang wanita mendakwa telah diceraikan suami dan ingin pulang ke Malaysia bersama dua anak kecilnya...
-
Kenaikan harga minyak masak disebabkan pemansuhan subsidi dan pengapungan harga minyak masak mengikut harga pasaran adalah isu yang sanga...
-
Dua Pelajar UMP Berkelah Di Gambang. Saya Tengok Dia Terjun, Lepas Tu Saya X Nampak Lagi.. | Kuantan: Dua penuntut Universiti Malaysia Pahan...
-
Seorang bayi lelaki berusia satu tahun di Filipina tercekik ketika diberi makan Jelly Ace, makanan manis yang sedang popular di negara itu...
-
Gantung Bayi Keluar tingkap Dari Ketinggian 150 Kaki Kerana “LIKE”. Apa Yang Berlaku Buat Dia MENYESAL !!! | Seorang bapa menggantungkan ba...
-
Memberikan KFC, Pizza Hut serta ada yang menerima wang tunai RM50, itulah pendedahan oleh Exco Pemuda Parti Pribumi Malaysia, Abdul Hannaan ...
Recent Posts
Blog Archive
- Mar 2023 (140)
- Feb 2023 (108)
- Jan 2023 (49)
- Dec 2022 (30)
- Nov 2022 (12)
- Oct 2022 (62)
- Sept 2022 (125)
- Aug 2022 (147)
- Jul 2022 (136)
- Jun 2022 (132)
- May 2022 (65)
- Apr 2022 (116)
- Mar 2022 (154)
- Feb 2022 (109)
- Jan 2022 (79)
- Dec 2021 (50)
- Nov 2021 (132)
- Oct 2021 (10)
- Sept 2021 (38)
- Aug 2021 (58)
- Jul 2021 (89)
- Jun 2021 (80)
- May 2021 (93)
- Apr 2021 (154)
- Mar 2021 (185)
- Feb 2021 (107)
- Jan 2021 (115)
- Dec 2020 (234)
- Nov 2020 (270)
- Oct 2020 (304)
- Sept 2020 (218)
- Aug 2020 (114)
- Jul 2020 (7)
- Jun 2020 (40)
- May 2020 (25)
- Apr 2020 (82)
- Mar 2020 (102)
- Feb 2020 (190)
- Jan 2020 (188)
- Dec 2019 (194)
- Nov 2019 (262)
- Oct 2019 (219)
- Sept 2019 (190)
- Aug 2019 (281)
- Jul 2019 (238)
- Jun 2019 (203)
- May 2019 (310)
- Apr 2019 (342)
- Mar 2019 (223)
- Feb 2019 (149)
- Jan 2019 (279)
- Dec 2018 (264)
- Nov 2018 (160)
- Oct 2018 (163)
- Sept 2018 (146)
- Aug 2018 (190)
- Jul 2018 (254)
- Jun 2018 (97)
- May 2018 (176)
- Apr 2018 (164)
- Mar 2018 (148)
- Feb 2018 (197)
- Jan 2018 (307)
- Dec 2017 (349)
- Nov 2017 (407)
- Oct 2017 (186)
- Sept 2017 (275)
- Aug 2017 (291)
- Jul 2017 (1030)
- Jun 2017 (1073)
- May 2017 (1321)
- Apr 2017 (1135)
- Mar 2017 (1160)
- Feb 2017 (1491)
- Jan 2017 (1462)
- Dec 2016 (1261)
- Nov 2016 (1126)
- Oct 2016 (581)
- Sept 2016 (315)
- Jun 2016 (703)