Baru Balik Umrah, Ruhainies Masih Belum Mahu Bertudung Tutup Aurat
Pelakon Ruhainies baru sahaja menunaikan umrah bersama keluarganya bebrapa minggu yang lalu.
Ketika berada di Mekah, Ruhainies dipuji kerana memuatnaik gambar cantik bertudung menutup aurat.
Apabila pulang dari Mekah, setibanya di Malaysia, Ruhainies akui maish lagi belum bersedia bertudung.
Ini komennya:
Orang akan kata balik umrah kena bertudung dan tutup aurat.
Saya tetap akan jaga tingkah laku dan pemakaian agar tidak terlalu terdedah.
Saya pun dari dulu tidak terlalu seksi. Saya akan lebih menjaga selepas ini sebab orang pun sudah tahu saya pergi umrah.
Benda ini isu sensitif tetapi kalau hidayah itu sampai, saya terbuka. Saya pergi ke sana dua minggu.
Tetapi mak dan ayah saya pergi dahulu, saya pergi dengan produksi seminggu selepas itu.
Saya pun sudah lama merancang untuk bawa orang tua ke Mekah.
Kebetulan saya ada penggambaran, jadi saya bawa mereka ke sana.
Mungkin nanti bila dah bersedia Ruhainie akan menutup aurat