VIETNAM - Berang dan cemburu suaminya mempunyai perempuan simpanan, seorang isteri tidak dapat lagi menahan marahnya lalu menyerang perempuan berkenaan dengan melumurkan cili di kemaluannya, lapor Docbao.
Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Vietnam pada 24 April lalu, si isteri telah mengekori suaminya hingga ke sebuah hotel dan menangkap lelaki itu bersama dengan seorang perempuan di dalam bilik.
Selepas gagal mengawal kemarahan, wanita itu menendang muka kekasih suaminya sebelum melumurkan cili bercampur garam di kemaluan perempuan itu dengan menggunakan sarung tangan.
Perempuan itu menangis dan merayu untuk tidak diperlakukan sedemikian dan lelaki itu meminta isterinya berhenti, namun si isteri tidak mengendahkan rayuannya itu dan terus melumurkan cili pada kemaluan perempuan muda itu.
'Mangsa' hanya dilepaskan selepas orang ramai datang melihat apa yang berlaku dalam bilik berkenaan.
Bagaimanapun di media sosial, netizen menyifatkan tindakan si isteri itu agak keterlaluan dan individu yang patut dihukum adalah suaminya sendiri.
"Saya wanita juga tetapi wanita ini agak keterlaluan. Dia sepatutnya menyalahkan dan menghukumu suaminya," kata netizen. - The Reporter