Iqram Dinzly Akui Masuk Kelab Malam Di Langkawi Dengan Fesyen Serban
Iqram Dinzly sekali lagi mencuri perhatian apabila ada berita mengatakan dia telah masuk ke kelab malam di Langkawi dan yang paling peliknya dengan memakai serban.
Pelakon ini akhirnya mengaku dia ada mengunjungi sebuah kelab malam di Pulau Langkawi dengan berserban di kepala.
Pengakuan jujur pelakon ini sekaligus memberi penjelasan bagi pihak dirinya untuk menjawab mengenai gosip Pancaindera yang disiarkan di ruangan Mary Jane dua minggu lepas.
Namun, Iqram berharap supaya masyarakat tidak terus melabelkan dirinya dengan tanggapan buruk hanya kerana hal itu.
Ini kenyataan penuh dari Iqram:
MASUK KELAB
Menurut Iqram lagi, dia hanya ingin berjumpa dengan rakan-rakan dan dalam pada masa yang sama, gemar mendengar lagu dan muzik yang dimainkan di kelab malam.
"Ya, memang betul saya mengaku ada pergi ke kelab malam di Langkawi. Dengan memakai serban seperti mana yang diperkatakan oleh kolum itu di Pancaindera, ia memang saya,"
"Sepanjang saya berada di tempat itu, saya tidak melakukan perkara-perkara yang terlarang,” akui pelakon berusia 35 tahun ini.
“Bukan datang untuk berseronok sangat pun. Saya hanya ingin melihat suasana dan salahkah saya nak rapatkan hubungan dengan sesama manusia?
"Selagi perkara itu tak melanggar akidah saya sendiri, ia tidak menjadi satu kesalahan besar pun. Saya sebenarnya pelik, kenapa ada pihak nak pertikaikan saya pergi kelab malam?
"Ramai lagi orang yang kita pergi ke sana untuk minum minuman keras tetapi tak ada yang ambil perhatian pun. Sebaliknya cerita saya pakai serban pula yang dijaja sampai ke Kuala Lumpur,”
PAKAI SERBAN
Kini Iqram memang selalu tampil dengan imej berserban.
Dia ada memberitahu tujuan dia memakai serban bukan sebab ingin dilihat sebagai seorang yang kuat agama.
Ini penjelasannya:
"Saya ada membuat kajian tentang serban. Dekat pulau ini waktu siang panas dan bila malam pula sejuk. Jadi, bila pakai saya rasa lebih selesa untuk bekerja dan beri saya semangat lain macam.
"Selain itu, lebih mudah untuk saya menutup rambut dengan kemas tanpa mengambil masa yang lama untuk bersiap. Semoga dengan saya akan jadi manusia yang lebih baik
Itulah sedikit sebanyak tentang Iqram Dinzly yang kini berada di Langkawi untuk menguruskan kedai makan miliknya di sana.