Karangan Murid Sekolah Membuatkan Cikgu Sebak



Baru-baru ini viral di laman sosial sekeping gambar karangan seorang murid sekolah rendah. Karangan ini bukan karang yang biasa-biasa atau karangan lawak tetapi karangan ini jauh lari dari sangkaan kita semua. Karangan itu mengejutkan ramai pihak termasuklah ibu bapa dan guru.

Daripada karangan yang didedahkan oleh cikgu itu sendiri kita dapat membuat tafsiran bahawa murid sekolah sekarang semakin kreatif. Pendedahan mereka tanpa batasan.

Seperti yang kita maklum, pendidikan awal bermula dari rumah. Ini bermakna perlakuan ibu bapa adalah pembelajaran paling awal untuk anak-anak.

Setiap perlakuan ibu bapa akan diperhati oleh anak-anak. Setiap sentuhan ibu bapa jadi contoh kepada anak-anak. Oleh yang demikian, ibu bapa juga perlu berhati-hati dalam setiap perilaku mereka di rumah.

Sebuah karangan murid yang dipercayai ditulis oleh murid sekolah rendah telah disebarkan oleh gurunya. Tulisan tersebut begitu jujur menceritakan perilaku ayah ke atas ibunya. Walaupun ianya seolah-olah membawa maksud lain kepada murid tersebut, namun impaknya begitu besar kepada pengalaman beliau.

Mungkin kanak-kanak sekarang terlalu terdedah dengan perkara yang tidak elok dan itu antara penyebab pemikiran mereka dirosakkan tanpa kita sedari. Awasilah anak anda dan janganlah terlelu mendedahkan dengan perkara yang tidak baik. Ingat! Kanak-kanak memerhati apa tindakan orang yang lebih tua lakukan terutamanya ibu dan bapanya.

Berikut adalah gambar karangan yang dimuatnaik di laman sosial oleh cikgu sekolah rendah. Sungguh mengejutkan! Inikah pewaris yang bakal menjadi pemimpin negara kita masa akan datang?



Sumber : Friscomedia