Nota “Selamat Tinggal” Daripada Gadis 15 Tahun Penghidap Anorexia Yang Buat Ramai SAYU !!! | Nota ucapan selamat tinggal yang sangat menyentuh hati daripada seorang remaja yang membunuh diri dengan berdiri diatas landasan kereta api selepas berputus asa dengan penyakit anorexia yang dialaminya didedahkan kepada umum semalam.
Pippa ‘Pip’ McManus telah meninggalkan sepucuk nota kepada keluarganya dengan berkata: “Saya tak boleh melawan anorexia lagi. Saya dah cuba sedaya upaya tetapi dia tetap mengalahkan saya”
Pip sudah menghidap anorexia selama 3 tahun sebelum mengambil jalan terakhir dengan mengakhiri hidupnya di atas landasan kereta api di stesen kereta api Gatley pada Disember 2015
dia bergelut dengan penyakitnya bermula sejak umurnya 12 tahun dimana menurut ibunya Pip mula menjadi obses melihat wajah dan dagunya di cermin dan sering bertanya adakah ianya gemuk.
Pada mulanya ibu dan bapanya menganggapnya hanya perkara biasa dan tidak terlalu memikirkannya tetapi pip juga mula obses dengan diet dan mula melakukan senaman dengan kerap. Pip juga menyertai kelab larian dan tinju dan kurangkan makan.
Akhirnya keadaannya menjadi teruk pada tahun 2012 dan dia mula mendapatkan nasihat doktor. Doktor yang merawatnya memberitahu yang dia mungkin menghidapi enorexia nervosa yang teruk. Sampai satu tahap beratnya hanya 27kg.
Ketika umurnya 13 tahun dia ditahan di rumah sakit mental dan dimasukkan ke Priory untuk mendapatkan rawatan bagi penyakitnya itu.
Kali pertama dia dibenarkan pulang melawat ibu bapanya, dia menulis sebuah nota “selamat tinggal” kepada keluarga, doktor dan anjing peliharaannya.
Di nota itu tertulis “Saya ingin membesar dan mempunyai kehidupan tapi dalam masa yang sama saya saya tak punya apa-apa. Saya tak mampu melawan anorexia lagi. Saya dah cuba berkali-kali tapi dia tetap menang.”
Dia bagaimanapun dibenarkan tinggal di rumah pada 4 Disember 2015. 5 hari kemudian dia bertengkar dengan ibu bapanya dan menjerit “Saya akan membunuh diri” sebelum lari dari rumah. Dia kemudia pergi ke Stesen kereta api Gatley dan membunuh diri.
Sumber:- DailyMail
P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!
The post Nota “Selamat Tinggal” Daripada Gadis 15 Tahun Penghidap Anorexia Yang Buat Ramai SAYU !!! appeared first on OH MY VIRAL.
Sumber : OhMyViral