Padah Ais Krim ‘Berasap’: Pastikan Cecair Nitrogen Sudah Meruap Dahulu


Penjaja atau peniaga makanan yang mengandungi cecair nitrogen digesa untuk lebih peka supaya memastikan makanan tersebut meruap dan mengeluarkan gas sepenuhnya terlebih dahulu sebelum dijual kepada pelanggan. Ini adalah supaya pelanggan atau individu yang memakan makanan tersebut terelak dari terkena sebarang komplikasi (kesan sampingan) yang membahayakan seperti melecur atau radang dingin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, cecair nitrogen harus digunakan pada tahap yang bersesuaian bagi mencapai tujuan yang dimaksudkan, iaitu untuk membekukan produk.

“Pada amnya, selepas pembekuan produk makanan, cecair nitrogen akan meruap dengan cepat menjadi gas dan tidak kekal di dalam produk makanan siap.

Kata Dr Noor Hisham lagi, cecair nitrogen adalah gas nitrogen tidak berbahaya yang disejukkan ke suhu yang sangat rendah (-196°C) sehingga menjadi cecair.

Baru-baru ini, akhbar tempatan Harian Metro ada melaporkan tangan seorang remaja menggelembung dan mengeluarkan air bisa selepas terkena biskut berasap atau ‘dragon breath’ yang dibeli di sekitar bandar raya Alor Setar, Kedah, Jumaat lalu.

Biskut berkenaan dibeli pada harga RM10 untuk 20 keping biskut di sebuah kedai berhampiran bazar larut malam.

Mohd Aiman dipetik berkata, tapak tangannya rasa panas seolah-olah dituang air menggelegak selepas dituang biskut berasap yang patah di atas tangannya.

“Sekiranya pengguna ragu dengan status keselamatan makanan yang terdapat di pasaran tempatan, mereka boleh membuat laporan kepada kementerian melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat atau melalui laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau facebook BKKM,” katanya.

SUMBER

via Bin Usrah