Tangan bengkak & melepuh selepas diinai (black henna)


TURKI - Seorang wanita muda mengalami kesan sampingan yang mengerikan menyebabkan kedua-dua tangannya bengkak dan melepuh selepas membuat inai (black henna) ketika bercuti, lapor Daily Mail. 

Sophie Akis terdahulu bercadang mahu mendapatkan tatu sementara selepas didatangi seorang peniaga jalanan di pantai semasa bercuti bersama keluarganya di sebuah resort di tepi pantai Agadir, Maghribi. 

Mangsa berusia 22 tahun yang sedang bercuti bersama suami dan beberapa saudara maranya yang lain, bagaimanapun memilih untuk menguji inai tersebut di kulitnya dan menunggu selama 24 jam sebelum membuat pembayaran sebanyak 4 pound bagi tatu sementara yang popular itu. 

Wendy dan Sophie Akis
Ibunya, Wendy, yang bersama anaknya pada ketika itu memberikan amaran kepada orang ramai, "Tolong jangan sangka semua adalah okay, tetapi sebenarnya tidak. Tak pasal-pasal kami terpaksa mengeluarkan kos rawatan yang tinggi akibat kejadian ini," katanya. 

Menurut Wendy, selepas beberapa jam anaknya menggenakan inai itu, Sophie mula rasa gelisah apabila tangannya membengkak dan melepuh. 

"Sophie sebelum ini selalu juga menggenakan black henna apabila menghadiri majlis perkahwinan dan tidak pernah mengalami kesan yang teruk. Namun neberapa jam selepas itu, kedua-dua tangannya mula bengkak dan melepuh. 

"Oleh kerana dia akan pulang keesokkan hari, kami bawa dia pergi berjumpa dengan pegawai farmasi dan diberi ubat dan tangannya dibalut selepas disapu dengan krim agar dia tidak mengalami sebarang masalah bila berada dalam penerbangan pulang ke rumah. 




"Sebaik saja mendarat di Turki, kami terus pergi ke hospital. Doktor berkata apa yang berlaku pada Sophie adalah kesan alergik. Doktor berikan ubat iodin dan perlu membasahkan tangannya setiap 10 minit dalam masa dua hari dan disapu dengan ubat krim kulit.

Justeru, Wendy menasihatkan orang ramai yang bakal melancong ke luar negara lebih berhati-hati sebelum mendapatkan khidmat membuat tatu sementara atau inai dari peniaga yang tidak bertauliah. - The Reporter