10 Kebaikan Memakan Sayur-Sayuran


10 Kebaikan Memakan Sayur-Sayuran Yang Wajib Anda Ketahui


Membantu proses menurunkan berat badan

Sayuran hijau adalah semula jadi rendah karbohidrat tetapi kaya dengan serat yang menjadikan ia lambat untuk di hadamkan. Maka ia akan membantu anda berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama. Kelebihan utama sayuran hijau adalah ia sangat rendah kalori yang telah membuktikan bahawa ia sesuai di jadikan menu untuk membantu proses penurunan berat badan.

Mencantikkan kulit

Oleh kerana sayuran hijau mengandungi banyak kandungan air, ia membantu badan untuk kekalkan kelembapan dan ianya menyumbang kepada kecantikan kulit dan rambut. Anti oksidan seperti vitamin C yang terdapat di dalam sayuran hijau juga membantu tubuh untuk membuat kolagen yang juga membantu mencantikkan kulit dan rambut selain mengurangkan risiko arthritis. Vitamin E dan vitamin C bergabung untuk mengekalkan kulit yang sihat walaupun meningkat usia.

Membina dan memperbaiki tulang 

Sesetengah sayuran hijau seperti sayur kailan adalah tinggi dengan kalsium dapat membantu memastikan gigi dan tulang sentiasa kuat. Ia juga dapat mengurangkan risiko menghidap osteoporosis. Sayur yang mengandungi kalium juga mempunyai fungsi yang sama. Untuk mendapatkan tulang yang kuat, badan kita memerlukan kalsium, vitamin D dan vitamin K yang bekerjasama untuk membina dan membaiki tulang.

Memastikan sistem imun kuat

Akhir sekali, sayuran hijau seperti bayam, mengandungi beta-karotena yang membantu melindungi sel daripada rosak, meningkatkan fungsi imun dan melingdungi mata daripada penyakit yang berkaitan usia. Ia juga menyumbang kepada pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.

Menangani masalah kesihatan

selain daripada rasa yang sedap dan lazat sayur-sayuran mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihatan serta menyediakan hidup yang lebih sihat. Pengkajian yang secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan kandungan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan ini telah berjaya mengatasi masalah seperti kanser, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi

Mengurangkan risiko penyakit berbahaya 

Seperti penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Kandungan serat, fitonutrien dan kalium dalam sayur-sayuran membantu melancarkan proses penghadaman.

Kaya dengan sumber protein dan mineral

Kaya dengan sumber protein dan mineral. Contohnya, sayur bronkoli mengandungi vitamin C dan serat. Selain kebaikan kepada jantung, bronkoli juga dapat meningkatkan tahap antioksidan di dalam badan.

Baik untuk Kanak-kanak

Baik untuk kanak-kanak kerana mengandungi prebiotik yang merupakan antigen (pemangkin ketahan badan). Dengan memakan sayur-sayuran, kanak-kanak membesar dengan sihat tanpa ada masalah kesihatan seperti semput.

Membatu untuk lebih Tenang

Membantu minda dan emosi supaya lebih tenang dan melapangkan fikiran. Contohnya, daun salad yang mengandungi karotin, serat dan air dapat membantu melancarkan sistem pernafasan dan mengurangkan rasa dahaga pada badan.

Penawar Semulajadi

Menjadi penawar kepada penyakit seperti timun yang mengandungi racun alkoloid. Timun atau mentimun amat berkesan untuk merawat kanak-kanak yang mengalami masalah kecacingan. Sayuran ini juga memberi kebaikan khususnya dalam merawat penyakit batuk.


P/s: Kajian telah mengatakan bahawa pengamal sayur-sayuran dan buah-buahan telah dikenali hidup lebih sihat dan lama berbanding mereka kurang mengamlakan pemakanan berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan, jadi apa lagi pastikan dalam menu harian kita ada mengambil sedikit sayur dan buahan-buahan supaya seimbang :P

Sumber: http://ift.tt/1m2L0Zr

via Bin Usrah

Sumber : Gengviral