'Beauty with brain' - Kisah inspirasi gadis UiTM viral di media sosial


Sesuatu kejayaan tidak akan mudah tercapai tanpa usaha dan pengorbanan. Banyak cara untuk berjaya, namun terpulang pada diri kita sama ada memilih untuk berjaya atau separuh berjaya atau belajar sekadar cukup syarat asal ada status masuk universiti. 

BEAUTY WITH BRAIN
  • Anugerah Naib Canselor
  • Anugerah Pelajar Terbaik Pengurusan Hartanah
  • Anugerah Pencapaian Terbaik 4 Semester

INSPIRING THREAD 2017

Untuk setiap kejayaan akan ada cerita di sebalik tabir. Susah payah itu orang bukannya tahu. Yang orang nampak hanya kita sarung selempang gah masa majlis konvo. Padahal pengorbanan kita itu bukan main dahsyat lagi. Allah saja yang tahu. 

Ini adalah kisah Aina Fazlen, student UiTM Seri Iskandar. 

Kakak ini adalah senior aku. Kami belajar dalam Kursus Diploma Pengurusan Hartanah. Tujuan aku berkongsi tentang kejayaan Kak Faz ini sebab akur asa cerita tentang kejayaan ini wajar dikongsi. Kita bagi ruang sedikit untuk thread motivasi. 

Aku tahu ramai yang nak dengar sendiri dari budak-budak konvo yang dapat award, macam mana cara mereka menguruskan kehidupan agar dapat mengimbangi kehidupan sosial dan akademik. Lebih excited, Kak Faz ini jenis hijabistilister yang mementingkan imej dan tidak mengenepikan akademik. 


Secara jujurnya, ini yang aku kagum sebenarnya. She manage to balance beauty management and score paling max in academic. Bukan semua orang mampu buat begitu. Like some other people rather mengabaikan buku sebab sibuk pakai face mask highlighter so on. 

Kak Faz ini aku dok perhatikan saja dia masa aku pertama kali jaga booth jual karipap pagi-pagi. Dia memang jenis suka dress up yang on point. Sangat stylish and posh. Kebetulan pula, classmate aku rapat dengan Kak Faz. 


Classmate inilah yang menceritakan tentang Kak Faz ini jenis perempuan yang sangat rajin dan selalu membantu kalau student junior perlukan bantuan tutoring. Dia selalu bagi past year questions pada junior. Siap buatkan modul berserta jawapan lagi agar junior senang rujuk. Terharu, kan? 

Berbalik kepada kisah selepas SPM, Kak Faz dilema sikit dalam pemilihan kursus untuk sambung di universiti. Dia nak belajar perubatan tetapi tiada rezeki. Dia nak sangat tetapi dia terspoil SPM. Dia dapat UPU TESL di UPSI, tetapi hati kata tak mahu. Sudahnya, Kak Faz applylah second intake UiTM. 

Diploma Pengurusan Hartanah adalah pilihan pertama Kak Faz. Cabarannya di sini bila netizen padang rendah pada golongan second intake. Second intake ini kononnya tak figure out life lagi. Konon had no clue nak jadi apa. Bazir setengah tahun kan. 

"I nak masa convo, I pakai selempang and make my parents proud," itu saja yang Kak Faz fokuskan. Bila dah tekad begitu, Kak Faz pun buatlah cliche tampal gambar parents di dinding bilik UiTM. Letak kata-kata semangat. 

Bezanya di sini, Kak Faz memang betul-betul tatap gambar parents untuk dapatkan semangat. Bukan bazir letak gambar passport parent tapi end up pandang pun tidak. Semangat belajar ke laut tak timbul-timbul. Mahal tau sekeping RM1.20. 

Masa orang tidur, masa itulah Kak Faz bangun study. Aku selalu bangun jam 4 pagi, ingatkan itu dah cukup awal. Rupanya Kak Faz jauh lebih canggih dari aku. Dia study jam 3 pagi gais. Perit tu sementara tapi bila dah biasa, semua dipermudahkan.

Cabaran kedua pula, Kak Faz ini ada satu penyakit yang dia saja tahu penderitaannya macam mana. Orang yang tak rasa, tak tahu. Dia setiap sem ada sakit perut yang extreme. Sakit punya sakit, sampailah masa sem 5, dia kena operate. Ambulans datang UiTM ambil dan bawa dia pergi ke Hospital Lumut. Masa itu tengah final exam. Punyalah tragedi. 

A day after operation, Kak Faz jawab exam dengan masih pakai ward punya tag. Bila cerita pasal sakit perut ini, bukan yang sikit-sikit tetapi yang cukup untuk merosakkan beberapa minggu sebelum exam. Jadinya, persediaan exam jadi merosotolah. 

Kawan Kak Faz yang tolong bacakan buku untuk Kak Faz. Kak Faz dengar sambil tanya-tanya untuk faham. Adalah juga ciri-birit sampai paper Building Kak Faz tak baca apa-apa langsung. Asyik menjenguk tandas dan mood belajar hilang sebab tak selesa. 

Tak payah sengih sangat, korang pun pernah cirit birit leleh. Tapi bila Allah itu nak membantu, bila Dhuha menunjukkan functionnya, dengan izin Allah, Kak Faz dapat score A+. 

Sebenarnya untuk berjaya bukannya susah. Ada dah tersedia caranya. Yang susahnya bila kita memilih untuk ikut semua atau hanya beberapa perkara sahaja. Diri kita yang tahu apa kemampuan dan pengorbanan yang kita boleh buat. Cara yang berjaya ini cliche sangat gais. Tetapi ramai yang degil. Ramai yang nak sacrifice sikit tetapi mahukan hasil yang besar. Amal tips yang hanya nafsu kata okay. Tips keagamaan pandang sepi. So itulah gais. 

Boleh follow Kak Faz. Jangan malu-malu untuk follow dia di Twitter dan Instagram. 

Sumber: @Silly_Boney